Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, January 23, 2014

Cobaannnn....



Ya ini cobaan bukan main-main. Cobaan yang betul-betul punya lah..hehe apakah ayat ande itu?? Sebenarnya percubaan bukan cobaan. Ades..cubaan nak menjadi ibu yang lebih main-tali bukan mithali ye sebab tengah nak belajar main-tali benang dan kain-kain. Sedehhh!!!

Sejarah ai dengan menjahit ni dah lameeee. Ai selalu suka cuba-cuba jahit. Tapi selalu kene bebel Ma sebab tiap kali ai menjahit sure akan patah jarum. Ma kata ai kuat makan jarum. So lepas SPM dulu Ma anta ai gi blaja menjahit kat Kemas jangan tak tauuu!!! Murah je pon, 2hengget skali datang blajo. Kang die ajar la sampai siap kita jahit pakaian kita nak tu. Ai dan la blaja jahit baju kurung dengan kebaya tapi anjaib yang terhasil bukan baju kurung tapi baju melayu, untok Chekgu hahaha.. tengah hanget ber-chenta memang la chenggitu pesal ayat macam mehh ni.. Baju melayu leher teluk belanga je pon..warna hijau slow yang comel  tah ke mana baju tu,tak de pulak nampak dah sekarang ni Masa jahit tu model die adik laki ai,yerla..kami mase tu shenta jarak jaus, main agak je size badan. Gigih buatkan seb baik la Cikgu nak pakai dengan cara ai jahit yang mueh mueh... Segan gak sebab arwah mak Cikgu dulu menjahit. Memang kene bahan la kot..harap masa tu bukan menantu die je lagi hehehe..

Sekarang bila dah berstatus ibu eh..mama anak tiga feeling nak menjahit tu datang balik. Lho katanya nak berjimat cermat sangat so mana-mana yang mudah-mudah tu baik la ai jahit sendiri. Pulak bila baca blog-bog yang mak-maknya menjahit lagi la ai rasa wahhhh!!! Tahun sudah seluar sekolah Aliff Cikgu semua anta kedai hehe malu saye kalo nak utter, tapi tahun ni no no! Ai akan cuba jahit sendiri.Bermula dengan seluar sekolah Aliff hujung tahun ari tu. Walopon diragui Cikgu takut senget. Heiiii...takat kain cotton ai boleh la... blagak tak hengat jugak,cotton je padahal Tapi rasa best la pulak. Dari bagi kedai skali utter tu selai sua amik RM5 dah save 20hengget dah kami. Lepas tu teringin pulak buat bantal peluk kecik ke hero-hero tu. Ni still menjahit tapi dengan tangan sajo. Dengan batasan masa memang gigih ai nak jugak buat.

Lepas tu usha la mesin jahit mini. Gigih suh adik beli kat Tesco jenama Global tak silap macam gambar kat bawah tu. Rege dalam RM90 masa tu. Guna dan dua kali je hang. Diam membisu seribu bahasa. Jengggg ai.. Tu yang gigih jahit bantal budak-budak guna tangan je.

 *gambar amik dari gugel



Dan sekarang ai nak naik sket taraf..beli hak ni plak. Hehe..nak beli mesin jahit yang betul tu rasa luar kemampuan lagi. Paling murah yang portable seken pon dalam RM400 uisss..tak pe. Bli hak ni dulu. Lama dah usha, bila Mokcik Laza emel stok dah ada apa lageyyy...dapat pulak diskaun 10hengget bila dari Makcik Laza dah jadi RM149.00 Ai shuke shuke benda murah-murah ni..harap la tahan eh??



*nanti dah ada hasil jahitan akan upload. Hehehe..bajet berseni la pulop. Matik laaa...

Thursday, January 2, 2014

02 Januari 2014







Gambar pagi tadi..pukul 6.30 pagi.. Hari pertama mereka ke sekolah, eh..hari pertama Aneeq ke sekolah dan ini tahun kedua Aliff ke pra-sekolah dah 6tahun Aliff, tue dah mama Asal nak Aneeq tu pra sama sekolah dengan abang dia, disebabkan umor Aneeq tu baru 3tahun 2bulan budak hujung tahun kan??Pra kat sekolah Aliff tu macam tak berapa nak terima dan timbal balik pros cons kami daftarkan Aneeq ke TBK Perpaduan je.. Dekat je,selang dua rumah dari rumah pengasuh. Mudah dan senang untuk kami. Nak bagi pendedahan je pon. Lagipun si Sepet tu sebok nak sangat sekolah. 

Hantar Aneeq ke tadika ni kira salah satu langkah penjimatan kluarga kami la. Hehehe..kalo anta ke umah pengasuh dua orang sbulan dah nak $600, terasa betul kami macam sebelum ni tak pernah anta dua anak pulak Akak pengasuh minta nak naikkan bayaran yela sebelum ni dia cuma amik $200 je, lepas piki-piki tak salah die pon. Sian jugak die..mana ada dah area Raub ni rege tu. Rata-rata kalo kat pekan rege $300-350 tu standart dah. Area KG ada la lagi $250. A

Tapi bila stat bayar bulan Disember ari tu, agak terasa dengan kenaikan harga. So kami somi istri pakat nak hantar Aneeq ke tabika kejap tabika kejap tadika..mokcik konpius Harapannya betul la kami dapat berjimat. Bayaran tabika cuma $10 sebulan. Masa awal je kene dalam satus lebih. So skarang status Aneeq transit. Budak transit $100 je sbulan dah jimat $190. Muahahaha..bapok keji mak die bab kira duit 

Langkah-langkahpenjimatan kami yang sudah bermula sempena tahun naik eh..naik tahun 2014 ni..
-Hantar Aneeq ke tadika
-Teruskan bf Kasyah insya ALLAH sampai 2tahun
-Banyakkan berpuasa sunat ni khas untuk ai puasa ganti pon banyak ni hehehe
-Dimestikan bawak bekal dari rumah sebab belanja makan Cikgu kat sekolah $15/hari untuk sarapan dan makan pagi 

Ok..nanti kene piki apa lagi langkah lain.. :)


Tuesday, December 31, 2013

Dah Nasib...........






Baru lagi kejadiannya,dalam 2jam tadi je...sedehh!!!!!!! Tandukan kepala si Aneeq... Camna la nak mengkabokan kat Cikgu.. huuuuu..... Abisla duit bonus yang belum masuk lagi itu...waaaa!!!!!

*pon abis la peluang nak berjim-bara ke kiil gamoknye...

Tuesday, December 10, 2013

KC bersama Intech Kitchen (2)

10-11 Mei 2013

Akhirnya penantian kami berakhir. Lepas kami dah stuju dgn rekaan apa semua, kami berhubungan dengan Jessica. Dia kol Cikgu kata orang-orang dari Intech Kitchen akan datang pasang KC minggu tu. Minta kami tengok tarikh seswai ke tak.. Kalo ikutkan memang kami sebok sket time tu. masa ni kan demam pilihanraya tapi kalo asek nak ikut jadual kami, lagi lambat la dapat tengok KC kami. So pada 10/5 (Jumaat) geng KC installer dari Intech datang Ai cuti yu...sempene nak menyambut diorang hahaha...





Ini kawasan untuk kabinet ruang keluarga. Ukuran 6' x 10'. Lebar 2' lebih. Lekuk tu kami minta kontraktor buatkan siap-siap. Cuma ralat sket sebab simen antara aras tu brada di luar bukan tertutup dengan pintu kabinet. Time ni memang nak salahkan Cikgu, ai dah bagitau siap2 nak macam mana..skali petang ai datang lawat tapak..adess... Takpe, rumah baru nanti kene ingat bajet macam banyak rumah So kabinet kawasan ni akan ada tiga aras pintu. Kekotak ni semua diorang pasang kat luar rumah. Dah siap baru pasang dalam rumah.




Nampak tak apa benda ke-ter-kilan-an ai tu?? Antara aras tu ada tiles terjulur keluar. Ai tak nak gitu.. tapi ini pon ok dah...Ini dah hampir nak siap pasang. Uncle tu sorang je pasang. Rileks je.Cikgu pilih material 4G..nak ala-ala cermin gitu ha. Nampak reflek bayang dalam tu..itulah ai, 7month pregnancy time tu.. mem mem-besar kan?? Kena la duduk tengok je hehehe





Ini gambar asal dapur kami. Bentuk L je. Kontraktor dah buat siap2 kabinet ni dengan kaunter top tu. Masuk dalam harga bina rumah. Masa Jeff datang ukur dia ada cakap guna saje kabinet bawah yang sedia ada untuk jimat duit bagus tak die,boleh suggest kami gitu pulak tapi Cikgu tak nak..cacat katanya. Berhagak!! Muahaha...


Ok..ini pic di antara sebelum dan selepas kabinet dapur kami, sebepas kot?? Hahaha... Still guna 4G. Bawah sinki je bukan. Aluminium rasanya. Proses pemasangan di dapur..yang ni last skali diorang pasang..sebab sangat mengambil masa. Esok hari baru betul-betul siap. Yang memanjat tu adik Jeff. Lupa da name nye haa...



Kabinet kasut kat luar rumah..Yang memula skali pasang dan siap. Sepah giler kat luar. Diorang buat kerja-kerja memotong apa semua kat luar untuk siapkan kotak-kotak tu, tapi habuk die ya Rabbi... Memang kene basuh rumah balik. Demam makcik!!

Geng isntaller ni datang bertiga je. Pakcik rilex tu, adik Jeff dan sorang lagi budak yang pic atas tu ada pakai baju itam corak putih-putih. Tapi kerja cepat dan tip-top. Ajak stop minum air pon tak nak. Diorang cuma stop bila sampai waktu rehat diorang. Hari Sabtu tu diorang pasang dari pkul 8.30pagi sampai 7.15malam tau.. Sebab yang sempat siap sepenuhnya hari Jumaat tu cuma rak kasut dan separuh kabinet kat ruang keluarga.



Saturday, December 7, 2013

Suspek...


  
Rimas jadi suspek ni tau..hidup segan mati tak mahu lagaknya.. Dah la hari-hari kene diperati,melilau je sepasang mata tu,dengan surat suh serah diri.. Tak best betol idop!! Kami tak bersalahhhhhhhhh....


Dan akhirnya...




Suspek yang telah menyerah diri awal lagi..gembira je kene tahan. Kira ok la tu kot...


Suspek lain..kami berenam. Sorang dalam bilik kene cek dan lepas tu kene x-ray fulak dan sorang tukang tangkap gambor.. Lagi dua suspek lambat sket menyerah diri hehehe... sori bosh!! Mereka adalah suspek yang sangat kecoh..tolonglah. Ai pon tak dapat menahan diri nak membantu untuk mengkecohkan sama diri


Heee..kami ke sini semalam. Pemeriksaan dada..untuk menyingkirkan kami sebagai seorang suspek TB. Sedis..muahahahaha.. Akak kerani kene TB tak pepasal kami satu opis kene surat arahan untuk cek dada. Berbondang la kami ke spital Raub semalam. Tapi best per..berfoya-foya di spital. Buat kecoh kat sana..misi-misi pon layah kan je.. So kena la dengan moto tu KAMI SENYUM ANDA CERIA.. ye,kami memang ceria hehehe.......kene cucuk pon ceria 



Suspek model yang dilepaskan keluar dengan jaminan. Senin ni datang balik,nak tahu keputusan tes dan x-ray. Ades..harap seme ok..

Okey untuk pesanan penaja, kalo ande ada masalah batuk-batuk teruk berterusan selama lebih 2minggu, sile la ke klinik/spital berdekatan untuk saringan. Sekarang ni tengah musim tau.. Bukan lama pon, cucuk sket lepas tu x-ray dah siap. Yang lama tu kalo ande bersukeria di hospital seperti kami..hehehe


Saturday, November 30, 2013

KC bersama Intech Kitchen (1)


 17 Mac 2013

Encik Jeff dari Artak Kitchen atau nama barunya Intech Kitchen datang dari nun jaus dari Kajang ke rumah kami untuk proses seterusnya. Iaitu proses ukur mengukur dan perbincangan. Kami dah buat lawatan tapak ke kedai+kilang Intech Kitchen ni sebelum ni. Kami mengharapkan dapat install kabinet ni sebelum hari lahir Cikgu, konon sebagai hadiah la, non-hado nampaknya. Sebab Jeff kata memang full die punya jadual. Dan terpaksa di anjak2 nak bagi laluan CNY. jadi pada tarikh 17/3 tu lah En. Jeff datang. Smart orangya..tp asekla tak nak pandang kamera bila nak amik gambar. Hehe..muda lagi. Bagus la..bila puji2 dia "Ai bukan bos..ai kuli saje kak" Yela tu Jeff ..



Ini Jeff tengah buat lakaran. Lepas proses ukur2. Sangat teliti orangnya. Dalam beg die seme benda ada. Macam beg Doraemon dah-dah..



Tolong abaikan model tak berbaju tu. Kene marah tu pasal muke penyuk je.. Ada berkenan dengan tab ke benda apa tah benda yang Jeff punya. Dah la siap brebut dengan Aneeq siap tertumpah air sipiiiiii je lagi nak kene benda Jeff tu. Seriau mokcik..tu yang dah kene pegang tu. Tu pon sempat die rembat pemadam Jeff adoiii...


Lakaran Jeff..cepat je siap nyer.. Orang dah pro katakan. Ce bagi ai buat..hmm...lukis meja pon hampeh. Lakaran yang lain-lain takde. Ai malas nak snap hehehe...

Kami dah cakap awal-awal. Kami bajet tak besar mana. Takut jugak..sebab servey2 rata-rata harga quotation kami dapat memang dahsat.. Kami ada amik quo dari 4 5 orang yang berbeza. Kalo yang dari Raub ni ada dua masa kami minta quo tu, satu tu depan skolah Cikgu, dapur saje dah 10k. Material 3G..uiii...

Kami minta quo untuk tiga jenis material biasa la orang kurang ongkos iaitu melamin, 3G dan 4G... Ikutkan ai, melamin je dah la. Tapi beza antara 2jenis material tu tak byk, dalam 2-3k je. Dan masa inilah, Cikgu guna kuasa veto die reply Jeff dan pilih ikut suka hati die.. Dan alhamdulillah, harga yang kami dapat untuk 4jenis barang tu jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh nampak tak betapa murah tu murah dari kedai2 kat Raub ni. Ada satu kilang dari Klang tu agak murah dan orang Melayu kita jugak, cuma tak pilih die sebab..die tak de 4G.
Kami tak banyak pilihan sebab, banyak tak sanggup nak buat bila cakap kami ni di Raub. Maknanya jodoh ai kami memang dengan Jeff... dan penantian pon bermula.. :)



Wednesday, November 20, 2013

Artis Kebudayaan La Sangeeeettttttttt.....







Ok..ini video cilok dari kawan Cikgu kat fish-book die ayat Aneeq ni  Persembahan murid-murid pra-sekolah. Mana Aliff?? Tengok yang paling mencapak tu ha..kemain lenggang die. Lepas persembahan ni ramai pulak yang request geng dia untuk buat persembahan..Cikgu pon bajet anak die femes. Hoishh..tak kuasa makcik!!

Wednesday, November 13, 2013

Majlis Graduasi Pra Sekolah Aliff



Yang dalam bulatan tu gambar cikgu kelas Aliff..Cikgu Farah..baik cikgunya. Sabar sungguh mengajar Aliff die suka main, kalo tak pegang betul2 memang tak dela Yang lelaki tu penolong kanan kalau tak silap, GB di sebelah nye.



Ini gambar atas pentas Aliff..Majlis ni pada 09/11/2013 (Jumaat)  Aliff dah seminggu duk cakap nak menari atas pentas. Ingatkan pasal apa, rupanya majlis graduasi. Boleh Cikgu lupa nak bagitau, dia kol ajak datang masa tu ai kat klinik, kalut la ai nak pergi ke sekolah nun ha nak nengok si Aliff ni. Dan la kejap jenguk muka..Tapi dengan tak bawa kamera apa..huuuu..ni cilok fb kawan Cikgu..sedis!!!

Friday, October 25, 2013

Pantang Larang?



- Jangan tiup muka baby nanti baby gagap/payah nak cakap
- Jangan suka usik/main dagu baby nanti baby tak nak minum susu
- Jangan main/duduk atas kepala baby  nanti baby juling 
bukan duduk atas baby tu tapi macam kita duduk atas dari tahap pandangan bayi
- Jangan bawak baby dalam hari jalan balik jauh-jauh malam nanti baby payah nak tido
- Jangan slalu usik/cium baby nanti baby lambat besar
- Jangan geletek/letak baby depan cermin mudah pendek umur
- Jangan cium tangan baby nanti baby besar suka minta barang orang

Phewww..banyak nau jangan dengan nanti kan kan kan?? So korang penah dengar tak? Ni antara pantang hak ai ingat kalo berketan dengan baby-baby ni. Well..ai besa sangat benda karut marut ni sebab dah terbiasa terbesar dengan pantang benda gini. Dedolu masa kecik-kecik salu la kata tah ape-ape la orang cakap ni tapi bila dah jadi mak orang..ai lak same duk cakap benda sama... Tapi kadang ade kebaikannye jugak. Orang jaman dulu nak menegur bukan jenis sound tepek cam kita sekarang ni, berlapik beralas. So itulah sebab keluar alasan yang kadang tak masuk akal gini.

Saje je keluarcerita pasal benda ni, sebenarnye nak menayang si bongsu yang dah tiga bulan. Hehe.. Size kepala dah 41cm naik 1cm, panjang dah naik 2cm jadi 61cm, berat baik sekilo dah jadi 6.6kg patut la rasa penat semacam tangan ai..eshhh!!! Cepat betul baby membesar..tak lama lagi sure rindu saat-saat gini huuu...

Wednesday, October 23, 2013

Kalo Nak Membeli Tanah

Tah camna kami somi isteri terjebak dalam eksiden membeli tanah pon tak le keretian. yang kami prasan lepas kami asek dikuciwakan oleh harga2 rumah yang mahal tahap mael lambong kami dah tukar arah.. Tapi kami mula cinta beralih arah dari mencari rumah ke mencari cinta tanah tu pasal rege rumah sini. Rasanya kat mana2 pon harga rumah/tanah memang melampau kot sekarang. Bayangkan kat sini teres setingkat yang baru, ukurun konon2 dalam 20 x 70 la sangat, dengan binaan cuma 20 x 40 je, bilik air satu 3bilik dapur kocik tu...starting cecah 180k makkk!!!! ni kira kawasan luar sket bandar.kalo yang tahap2 konon bandar la sangat makan 200k. ni mula la rasa nak ungkit kesilapan Skim rumah Pertama ni..hahaha..len kali mengderoyan eh...hahaha..ni nak cite sal tanah.

Ini pengalaman kami yang dah berkecimpung dalam pembelian tanah secara amatur selama hampir setahun kat Raub neh..kecoh la makcik neh kan??hahaha

1) Lokasi
Ya..pasal hartanah ni yang penting adalah lokasi lokasi dan lokasi ya cik adik cik puan cik abam sekalian. Raub ni tanah die samada berbukit dengan berpaya je.jarang y berlapang dada. Kalo yang lapang dan rata regenye biasa akan melapangkan akaun kita. Kalo anda memilih nak beli yang berbukit sila kira basi-basi untuk lereng bukit cerun segala. Kalo tanah berbukit untungnya dapat tanah free untuk sodok2 kalo y boleh sodok la kalo nasib dapat y jenis lembah ke paya, sila pikikan bersama rege untuk penambunan tapak rumah ande itu.

2) Tengok Geran Tanah
Cite kawan Cikgu, die memang nak beli tanah gedik2. Sebab memam nak buat rumah sangat2 dah. dapat tanah cantik harga pon agak2 murah. Naseb la hati die rasa tak sedap pergila encik tersebut cek kat pejabat tanah, skali tengok nama lain atas geran tanah tu. Hohoho...tuan tanah asal tu tak tahu menahu pon.dan tak de niat pon nak jual tanah tu. So ini penting. Kalo boleh pelan tanah tu anda amik fotostat satu salinan untuk anda. Bukan pe, sekarang pen-tipu sangat cirdik. So anda perlu cerdik juga. Kalo dapat salinan geran jangan lupa pergi la siasat mana yang perlu. Jangan galoks nak membeli bayar deposit bagai, tanah tak dapat. Kalo cek di pejabat tanah dan pejabat2 y berkaitan kene la bayar sket untuk diorang bukak fail tu tapi bukan mahal mana pon, melabur la sket sebelum anda dilebur ok??

3) Tengok Keadaan Tanah
Anda juga kene tengok tanah. Jangan mudah percayakan orang walopon yang nak jual tu kawan baik korang. Mana tahu die nak tipu atau nak lepaskan tanah bermasalah kat korang ke apa ke kan???Kalo tanah tu 3ekar, seeloknya anda redah la 3ekar tu bia puas ati tengok ceruk tanah. Kadang tanah ni tepi2 nampak comei...dalam???Ini pengalaman kami sendiri. Orang nak jual tu kata tanah rata elok tanah ni tepi jalan  skali amik ngko. Paya..paras peha dikkk!!! Cikgu balik penuh dengan pacat tergedik2 sampai ke dada...hahaha..derma darah ya bang?? Kalo ande tak larat nak jelajah seme tanah-tanah tu boleh la berurusan dengan juruukur tanah. Tak amik consultan tak pe. Biasa kalo juruukur yang kat Pejabat Tanah apa tu pon boleh di kawtim tapi diorang buat kerja lepas waktu kerja la. Bayaran pon jauh lebih murah. Dan satu lagi tips, tengok peta geran tu. Benda ni ada cam peta topografi eh ape nama die..kalo tanah tu ada paya ke apa biasa atas peta ada tanda. Tak silap bertitik-titik kot. Kalau ande tak pandai baca peta sila carik orang yang pandai. Jangan segan bertanya nanti sesat jalan...

4) Jumpa Owner
Ni patut sambungan dari tengok pelan tu. Ye..lepas tengok pelan sila carik owner. Memam la mase nak memula beli mugkin anda akan deal dengan broker2 tak bertauliah segala. Kalo dah dapat pelan sila carik tuan sebenar. Kadang broker tak bertauliah ni amik untung melampau. Cam pengalaman kami, broker kata tanah jual RM160k. Dah la kami tanya geran tanah tak nak kasi. Cikgu tak puas ati carik gak.Kebetulan jumpa pakcik yang kenal gitu2 tuan tanah. Die duduk kat satu perumahan area Raub ni jugak. Semangat kami pergi mencari..skali tuan tanah nak jual RM95k je...rasa nak sepak2 orang je kan??? Biasa broker akan amik 5% je tapi kalo amik sampai seganda gitu..sila sepak mereka2 itu.

5) Jangan Segan
Nak beli tanah mulut kene becok.Kalo mulut style ade emas dalam tu tak payah la. Anda tak boleh segan bertanya. Nampak bodoh??? Bia la..kadang bila nampak bodo2 ni tuan tanah akan kesiankan kita tapi ade gak yang nak ketuk kita bia nampak bodo tapi cerdik sebenarnya dari nampak cerdik tapi bodo..hahaha Dan anda jangan segan nak keluar sikit duit. Jangan segan nak cek status tanah kat Pejabat Tanah, jangan segan nak upah juruukur tengok tanah tu macam kes kat atas, Cikgu masuk tanah tu dengan juruukur besa kat Pejabat Tanah ade yang buat kerja2 sambilan ni, bayar pun tak mahal.

6) Carik Kawan
Ya..kalo anda ade kawan2 ke kenalan kerja kat Pejabat Tanah lagi mudah. Kami stat memula tak kenal sesapa pun. Tapi syukur ALLAH still sayang kami dari ditipu. Dari kesalahan kecil tu kami kenal2 orang. So sekarang agak mudah kerja kami. Tak la sesakit memula dulu

dan yang penting skali................anda kene BANYAK SABAR dan BERDOA
bak kata akak sorang tu carik tanah ni macam nak kawen jugak.kene pilih betul-betul.

Monday, October 7, 2013

Rumah Kami...


Inilah rumah sewa kami menumpang teduh selama hampir 5tahun di Raub ni. Rumah En. Sahak :) Tetiba teringat bila Cikgu ajak pusing-pusing sini petang semalam. Tak sangka dah 6bulan kami pindah dari sini. Sempena 6bulan pindah ni buat entry khas untuk rumah pertama kami, walopon rumah sewa je.

Kelebihan kawasan rumah ni...
1) Sangat rasa selamat sebab rumah sbelah-sbelah jiran hokey walopon ai jarang ber-so-sial dengan diorang. Harapkan Cikgu je...hehehe

2) Sesuai sebagai rumah teres yang almaklum keluasan >< 800sf sangat la mudah di menten kan

3) Kawasan perumahan ni hampir semua berdekatan ada tau. Sekolah rendah, skolah menangah, kedai runcit, CC, klinik, surau, farmasi, kedai letrik, kedai mamak, kedai tak mamak, kedai gunting rambut, kedai spa urut2, kolej, taman kanak2 kemudahan wifi...ape lagi. Semua dalam lingkungan die je. Pasaraya je jaus sket...sket je. Tapi Tong Fat jela...bukan JJ pon

4) Perkhidmatan memang ok. Kutip sampah bagus. Letrik air jarang sangat terputus. Line tenet je slow... ini bukan line beruk-ben eh... 

Kurang eh...bukan masalah kecik besar rumah tapi...

1) Kalo hujan lebat sket memang sampai ke dalam la. Tiris woii..besalah rumah buat dengan lutut kira elok sikit dari buat dengan kaki kan?? Time hujan dapur paling teruk. Celah-celah siling abes la air meleleh2

2) Macam dah pecah sket saluran dalam simen yang nak ke sink. Sebab selalu ada air bergenang bawah sink. Tanya orang paip die kata kene pecah simen tu betulkan. Hadoi...Nak beki makan banyak gak..so setakat ni kami bersabar. Kalo membasuh heavy2 memang berkolam la bawah tu. 

3) Letrik tak cukup. Plug kat bilik ketiga + tempat lundry bahagian blkg owner sambung buat tmpat laundry + plug tempat dining tak leh pakai. Lampu selalu kene tukar baru. Baru2 ni mesin basuh asik rosak. Ingatkan sebab terlalu otomatik kami salah guna rosak. 4x beki las orang dari HQ turun cek abes satu rumah cakap tak cukup kuasa buat mesin basuh kami rosak. Hadoii..seb baik dalam waranti lagi. Panggil adik hak memang buat wiring cek guna alat die pon kata benda sama.

4) Tandas satu. Ni paling kronik. Tak patut buat gini. Pemaju pon... Kalo ye pon nak jimat bajet, pisahkanlah tandas dengan shower...Merana...

Memang sayang rumah ni...sayang gile... Sini la tempat blaja masak masak..sini la tempat Aliff Aneeq blaja jalan cakap...sini la temapt pecah ketuban nak branak Aneeq dulu hmm.... Terima kasih Pakcik Sahak

Tuesday, October 1, 2013

Botak Cin..



Akhirnya budak tecik suda botak..yeah!!!! Lama betul nak dapatkan tarikh temujanji dengan pakcik pencukur rambut. Sebok kemahin pakcik tu..tak tau apa yang disebokkan tah.. Dah lepas-lepas UPSR pon sebok memanjang..konpius mokcik..hehehe...





Yes suda licin kepala ini budak. Setelah tiga orang anak akhirnya pakcik tersebut berjaya melicinkan kepala tanpa tompok-tompok sepertimana yang sudah-sudah. Alhamdulillah..

Friday, September 13, 2013

Malang Tak Dak Bau

Dedulu masa kecik salu piki, kenapa orang duk kata malam tak berbau tak berbau. Memang tak de bau pon, kecuali kalo ade lembu ke dekat tangki najis ke malam-malam kuat la sikit bau die.Rupanya malang, adeihaiii... Eh nak cite pasal malang sebenarnya. Terbaca paper pasal abang terlanggar adik sendiri tadi. Sesambil online baca plak cite sorang bloger yang trauma sebab anak dia iras-iras nak hilang kat Aeon. Ai baca pon nak meleleh air mata. Weiii..anak bukan nye I/C dah hilang leh repot dapat kaki apa.. Ni anak wei anak.. iras-iras nak hilang pon dah gemuruh jiwa, kalo hilang tah la..

Anak seken ai penah gitu. Hala-hala nak hilang kat JJ mase tu JJ lagi namenya Rerupanya die main nyorok-nyorok bawah tempat bahagian orang letak baju-baju tu. Ale, tempat yang macam atas die besa diorang longgok kain baju bawah die letak kanvas berzip so bawah tu diorang leh simpan apa-apa. Masalahnye dia main sorok-sorok tu sorang-sorang dan tak de sape yang main dengan dia. Tak ke naye?? Ai dah leleh gile dah. Yess...ai memam cenggeng. Hati tisu. Cikgu time tu rambut die jadi merimbun ala-ala Alleycat tapi seb baik jumpa. Hilang tak lama, dalam 15minit gitu je tapi.. Ya ALLAH, tuhan je tahu.

Hal dengan kereta pon penah berlaku. Nanti ada la orang kata apehal la mokcik ni banyak benar hal kesah die berlaku. Asal orang gitu die pon ada la gitu, banyak nau pengalaman die. Huk aloh, ai ni datang dari kuaga beso, 10beradik. tu hak jadi jela, kalo tak lagi besor. So fiil memacam. Dan sekarang walopon ai baru anak tiga tapi anak-anak jaman sekarang, cabaran die memang...

Ai penah masa tengah mandu tengah jalan drive dalam 40kmj anak ai yang tengah well,dia memang jenis lasak dan aktif naik ke depan tempat co-driver dan bukak pintu. Keta Cikgu tak sama macam keta ai keta yang naik bila tekan brek terus kunci. Mak nye pulak nak laju je..sekali anak terbuka pintu terus ternganga pintu tu. Time tu memang tak tau nak cerita. Dengan sbelah tangah still pegang stereng sbelah lagi menggapai anak yang tengah bergayut kat pintu kereta. Nasib time tu bukak tingkap. Dah macam pilem Usop Aslam dah rasa.. Alhamdulillah anak selamat sebab die bergayut kat tingkap. Kereta pon cuma terbabas ke tepi sikit je,tak de rosak apa, pintu pon tak terkopak. Kalau apa-apa jadi sure masuk paper tu satu hal..orang luar hak mengata tu satu hal. Ades.. Bila hal gini berlaku orang akan kata itu ini.. Tak pandai jaga anak, tak pasang car seat untuk anak. Lain orang lain caranya. Lain keluarga lain anaknya. Mungkin anak orang lain boleh duduk dalam carseat elok je, cam anak ai?? Minta maaf..

Cuma apa ai nak cakap kat sini, dalam kes ni ibu bapa kene LEBIH waspada. Kalo boleh kene piki laju 2 3 tapak dari anak, tambahan anak zaman sekarang yang ramai jenis tak makan ayat 'Jangan'. Anda lebih kenal anak anda macam mana. Betul malang tak berbau..tapi kalo boleh kita elak, kita cuba elak. Kalau tak boleh elak itu maknanya kerja tuhan. Kita maknusia selalu lupa benda tu.. Peringatan untuk diri sendiri jugak. Alahai, esok outing pertama kami berlima. Harap semua ok.. :)

Wednesday, August 14, 2013

The One n The Only.. Salam Aidilfitri



Tajuk toooo poyossss....saje tunjuk perah-sah-an kot sebab taun ni yang the one and only tu...







Iye...the one and only tu merujuk pada kad raya ai tahun ni. Tu jela kadnya. Itupun dari Muhammad Aliff, kad raya pertama Aliff, projek sekolah dia. Hepi dapat kad pertama ank tapi sayemmmm...bila ai bagi kad ai kat Cikgu dia sengih-sengih
"Abang ingat sayang dop bagi kad doh ke abang sebak dale pate.. Takpola, kad sayang abang ganti mula deh?"  abang ingat sayang tak bagi kad dah ke abang sebab dalam pantang. tak pela kad sayang abang ganti lain kali ye? 
Tensi mokcik....hoihhhhh!!! Wat eba pong, tak lambat lagi nak wish Selamat Hari Raya kan? Ada salah silap kata bicara harap maafkan. Walopon ai posa 4hari stengah je sob sob itu bukan kehendak diri ini. Hehee..

Tuesday, July 23, 2013

3 A

Sebab utama ai payah ngat nak update blog sebelum ni adalah disebabkan...........




















Please meet............the third A in our small family dah pe hal lak kene spekang ni mokcik? Bersalin pon kat Kota Bahru je..bukan New Castle ponnn...



Muhammad Akasyah bin Cikgu
14 Julai 2013(Ahad) 3.14 petang
BW : 4.00kg HO : 35cm LT : 57.5cm
Pusat Bersalin An-Nur Kubang Kerian, Kota Bahru.

Cite lelain nanti update slow milo ek?? Tak pe..tak de orang tanya biar ai tanya ai jawab sendiri jugek..hehehe..sekian..