Saturday, November 30, 2013

KC bersama Intech Kitchen (1)


 17 Mac 2013

Encik Jeff dari Artak Kitchen atau nama barunya Intech Kitchen datang dari nun jaus dari Kajang ke rumah kami untuk proses seterusnya. Iaitu proses ukur mengukur dan perbincangan. Kami dah buat lawatan tapak ke kedai+kilang Intech Kitchen ni sebelum ni. Kami mengharapkan dapat install kabinet ni sebelum hari lahir Cikgu, konon sebagai hadiah la, non-hado nampaknya. Sebab Jeff kata memang full die punya jadual. Dan terpaksa di anjak2 nak bagi laluan CNY. jadi pada tarikh 17/3 tu lah En. Jeff datang. Smart orangya..tp asekla tak nak pandang kamera bila nak amik gambar. Hehe..muda lagi. Bagus la..bila puji2 dia "Ai bukan bos..ai kuli saje kak" Yela tu Jeff ..



Ini Jeff tengah buat lakaran. Lepas proses ukur2. Sangat teliti orangnya. Dalam beg die seme benda ada. Macam beg Doraemon dah-dah..



Tolong abaikan model tak berbaju tu. Kene marah tu pasal muke penyuk je.. Ada berkenan dengan tab ke benda apa tah benda yang Jeff punya. Dah la siap brebut dengan Aneeq siap tertumpah air sipiiiiii je lagi nak kene benda Jeff tu. Seriau mokcik..tu yang dah kene pegang tu. Tu pon sempat die rembat pemadam Jeff adoiii...


Lakaran Jeff..cepat je siap nyer.. Orang dah pro katakan. Ce bagi ai buat..hmm...lukis meja pon hampeh. Lakaran yang lain-lain takde. Ai malas nak snap hehehe...

Kami dah cakap awal-awal. Kami bajet tak besar mana. Takut jugak..sebab servey2 rata-rata harga quotation kami dapat memang dahsat.. Kami ada amik quo dari 4 5 orang yang berbeza. Kalo yang dari Raub ni ada dua masa kami minta quo tu, satu tu depan skolah Cikgu, dapur saje dah 10k. Material 3G..uiii...

Kami minta quo untuk tiga jenis material biasa la orang kurang ongkos iaitu melamin, 3G dan 4G... Ikutkan ai, melamin je dah la. Tapi beza antara 2jenis material tu tak byk, dalam 2-3k je. Dan masa inilah, Cikgu guna kuasa veto die reply Jeff dan pilih ikut suka hati die.. Dan alhamdulillah, harga yang kami dapat untuk 4jenis barang tu jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh nampak tak betapa murah tu murah dari kedai2 kat Raub ni. Ada satu kilang dari Klang tu agak murah dan orang Melayu kita jugak, cuma tak pilih die sebab..die tak de 4G.
Kami tak banyak pilihan sebab, banyak tak sanggup nak buat bila cakap kami ni di Raub. Maknanya jodoh ai kami memang dengan Jeff... dan penantian pon bermula.. :)



No comments:

Post a Comment

Dah tulis?? Terima kasih :)