Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Friday, October 23, 2009

baEk2 sAhajE....

Ini realiti dalam kehidupan kita di dunia ini :
Pasti ada seseorang individu yang kita merasakan tiada "chemistry" antara kita dan dia.. sepatah perkataan kita, dibalas dengan sepatah perkataan yang sememangnya jauh terpesong dari apa yang kita harapkan. Semacam tidak boleh berkomunikasi dengannya. Lebih sakit jika jawapan-jawapan yang diterima amat menyakitkan hati.
Seandainya individu itu hanya tiada chemistry dengan kita seorang, namun tiada masalah dengan orang lain, rasanya tiada hal. Apa yang sering bermain-main di kepala ialah, bagaimana pula dengan hanya
SEORANG individu yang hampir TIDAK punya chemistry dengan RAMAI orang. Bererti ramai orang yang selalu tidak bersetuju dengannya. Mungkin akibat bahasa atau perkataannya, ramai sekali yang tidak berupaya berkomunikasi dengan berkesan atau menyebabkan ramai orang sakit hati dengannya. Malah tidak berapa suka untuk menegurnya andai terserempak di tengah jalan pun. Pernahkah anda "terjumpa" dengan orang seperti ini? Bahagiakah hati orang seperti ini? Mungkinkah dia selalu merasa kehadiran Tuhan disisinya sewaktu dia menyakiti hati ramai orang? Adakah dia seorang yang baik, namun disalah tafsir oleh orang ramai?

Rasulullah pernah melabelkan seorang lelaki sebagai " Ini adalah orang paling buruk dalam kaumnya". Sepantas kilat Aisyah bertanya mengapa Rasulullah berkata demikian.
Nabi menjawab, " Wahai Aisyah,
manusia yang paling hina adalah yang ditinggalkan oleh orang kerana mereka takut pada ucapannya yang buruk" - Hadis Bukhari, Muslim Tarmizi dan Abu Dawud.
Maha Suci Allah, semoga kita semua bukan dalam kategoti manusia serupa itu. Jagalah hati dan lidah kita semua agar tidak dibenci orang.. Wallahu'alam...

*sumber Aisyah : Ummum Mukminin Keanggunan Sejati karya Sulaiman An-Nadawi
**thanx tu FIna artikel ni...

5 comments:

  1. macam mana nak berdepan dengan orang yg anti akan kita?

    ReplyDelete
  2. die sorang jer ker anti?yang len ankel ek?hahaha...gurau je...lau die saorang yang tak suka kite...pdulikan lah...tak luak pom...ke sape?lec ke?

    ReplyDelete
  3. sanang..kite psycho balik org tu

    ReplyDelete
  4. entry nih mmg kena betui dengan budak yg sy hangin tuh she..habis suma org meluat dgn dia..

    ReplyDelete
  5. anor...anta jer kat die post ni...lau tak sedor2 gak...print besar2...tepek atas dahi die

    ReplyDelete

Dah tulis?? Terima kasih :)