Friday, November 5, 2010

jOm BranaK...eDiSi aMbuLans

pemergian ke HOSSHAS adelah diiringi sorang doktor muda, dua orang nurse dengan sorang drebar yang dicanang oleh doktor sebagai drebar ambulans paling mantop spital Raub. bila dah baring dalam ambulans tu baru pasan, ya..kecik rupanya banda alah ni..dalam ati tuhan je tahu betapa debarnya sambil berdoa tak de pe2 jadik...bimbang akan sempat ke tak sampai ke spital sinun dengan bukaan jalan dah 6cm.

elok je van gerak, dia pasang trus lagu tu weng wong weng wong!!! time tu sempat g bimbang bimbang takut mabuk. ai ni pemabuk tegar.plak kalo naik van yang gegar die tu ala2 naik roller coster, tambah lak bingit melampau tu...ade yang termuntah dalam ambulans karang. mase tu sakit nak branak dah tak rasa mana mungkin sebab perasaan jakun naik van tu melampau kot.. akak nurse dah letak topeng oksigen dah...dia kata untuk bagi bekalan oksigen cukup kat baby.lagi la lemas diriku. lepas tu doktor tu plak pesan "akak, duk ngiring ya..kalau trasa benda nak keluar bagitau saya" time tu gigih mesej kekanda tersayang minta die polow dari blakang.. nak kol dah tak boleh sbb bising hamat bunyi ambulans tu. dgn tangan gigil2 tahan sakit dan gigil getaran ambu tu gigih menaip msg minta ampun maaf sgala..

Raub nak ke Temerloh dalam 100km lebey ok???bape lebih die??tak sure..tp mmg banyak gak lebih die..elok sblm sampai Bentong, sakit terasa lain macam.rasa ade benda tersembul nak keluar..dengan suara serak2 ngadu "nurse, saya rasa macam ade benda nak keluar dah" kelam kabut staff nurse dgn si jururawat desa tu. diorang mula buat check up untuk jantung bayi. yer..jantung bayi saya lemah, so mmg akan dipantau selalu. tekanan darah saya yang jatuh gile2 pun dipantau juga... ape kes kejap saya,kejap ai kejap aku..gasak la doc tu plak leh kata "tahan ya kak..cuba tahan. jangan teran...dah tak jauh temerloh" Ya ALLAH..sakit die tuhan je tahu...puas la mengerang sakit, sampai suara dah tak keluar mane dah. mungkin sebab kesian, staffnurse tu minta kat doc tu untuk benarkan saya meneran, keluarkan baby kat spital Bentong. tp doc tu refuse, dia tak nak kot ade komplikasi pe2 spital Bentong still tak leh handle dan still kena hantar ke temerloh ..skali lagi dia mohon supaya pesakit die ni bertahan..kepit dulu, jgn teran.

dari Bentong nak ke Temerloh tu gagah menahan baby dari kua...boleh terasa kat tangan kanan ni kepala bayi tersembul. suara dah serak2 sebab mengucap. tp still leh rasa kagum dengan diri sendiri, sebab sket pun air mata memang tak keluar. ai ni drama queen dan bapak eh manje nyer... tp syukur sebab tidak menangis itu buat pernafasan lebih clear dah keupayaan nak tahan baby lebih ok. setiap kali kontraksi datang, selang seminit setiap kali itulah dengan kuatnya mengucap. otak dah tringat kekanda, Aliff dan semua. sisa2 tenaga tu dengan tgn kiri terkepit celah ambu cuba jugak msg nak minta ampun semua dari suami, rasa cam nyawa dah tak lama dah kat bumi ni, tp sayang, tak dapat send sbb hp jatuh cam drama la pulak...tangan kanan ni pulak cuba tahan baby dari keluar...maha kuasa ALLAH, kuatnya push dari dalam rahim tu, tak leh nak ditahan oleh tangan orang dewasa. staffnurse tu siap tolong tolak dengan dua2 tangan die lagi tak nak bagi baby keluar...sakit???jangan ditanya. rasa die macam ada kayu besar yang dimain tolak masuk keluar dari dalam perut.bila kontraksi kurang dan kami menolak kepala bayi masuk, perut sakit sangat...dan itulah rutin sampaila ke spital Temerloh.

elok je sampai terus ditolak masuk ke spital, bilik bersalin. dan mungkin hikmah naik ambu yang laju dan terhentak2 tu, checking terakhir jantung baby dengan tekanan darah dah normal. staffnurse tu separuh menjerit bagitau. masa tu tak sempat nak rasa syukur sbb still piki, camna baby nak keluar, sebab doc cakap baby ni hand presentation.

sampai ke bilik bersalin, semua kelam kabut. sebab kebetulan hari tu ramai yang bersalin dan bilik tu tak siap sedia betul2. staff temerloh menjerit2 suruh cepat naik katil bilik bersalin tu. masa tu contaction sampai lagi dan diorang semua menjerit lagi "kepala baby dah nak keluar..kepala baby dah nak keluar" pesakit yang terhegeh2 nak tukar katil ni akhirnya direntap supaya cepat menelentang. dan diorang semua menjerit2 suruh push, ade yang suruh pegang kaki supaya leh push. tapi tanpa persediaan apa tak sempat tarik nafas kedua, baby dah keluar.

doc temerloh tu angkat baby dan letak atas perut...suruh pegang. hampir2 jatuh baby sebab tangan ku still menggigil bahana duk tahan baby kua atas ambu tadi. mase bagitau kenapa tak boleh nak pegang baby elok2, doc temerloh tu dah membebel.time ni kesian pulak dengan staff dari Raub. yela, kena bambu sebab diorang membenarkan sorang pesakit yang dah nak bersalin dibawa travel agak jauh dan disuruh tahan jangan bersalin walopon baby dah nak keluar...hasil nya????alhamdulillah anak kami tak lemas cuma bahagian bawah tu koyak lagi...

10.10pagi baby keluar menjenguk dunia dengan selamatnya. setelah dipotong pusat baru terdengar suara yang paling melegakan sampai buat air mata yang tak keluar lansung tadi terus meleleh laju "nurse...boleh saya masuk tgk isteri saya???"

*walopon kanda tak leh masuk dah sbb dah bersalin, tapi tak apalah...yang penting tahu dia selamat sampai walau dengan keadaan kalut malut tu

3 comments:

  1. scary lah ko nih! haku pulak gerun. Tapi alhamdulillah.. semua selamat..

    ReplyDelete
  2. park chick : kande kate tak pela...kifarah dosa2 ngumpat..hahaha

    qas : sbb dah slamat dah insya ALLAH tak de pe2 ni la brani nak cite ni..hehehe

    ReplyDelete

Dah tulis?? Terima kasih :)