Sunday, November 28, 2010

44 dAys AnD MorE..

weeehuuuu...dah slamat mengharungi pantang 44 hari....
tak mudah nak berpantang weehh...tp nak wat camna..nak sehat kan??
mekasih buat abah ma y menjaga long selama pantang ni
tp bukan bermakna dah lepas 44hari ni kak long dah merdeka
pesan bebel ma abah long ingat lagi..hehehe

Hari 1 - 10
nasi putih + ikan haruan/ikan kering bakar
air horlick + roti high fiber skeping
ubat kecut peranakan + antibiotik
makjun + air akar kayu
urut 3hari seksa weehh..trutama nak betulkan urat kat bahu y tersimpul

Hari 11 - 21
menu dah tambah ayam bakar dan....sup belut spesel abah sedapp!!
tp kuah still tak leh makan...letak sket je
air horlick + roti high fiber
air milo + biskut cap ping pong siap cap tu..
makjun + air akar kayu
dah stat bertungku...aabes hitam peroott!!!!sabar2...nak kempis kan
pelepas/rombak dapur orang kata...nak balik Raub kan??

Hari 22 - 44
menu tambah lagi...dah boleh makan sayur sawi
kuah2 pun dah boley...hehehe
still sket bnda bisa2,sejuk2,angin2 y ni jenuh nak mengingat nyer
air horlick/milo + biskut/roti
makjun + air akar kayu
.......

*benda paling ditakuti time pantang?????nak tunai hajat kat tandas.ngeriii!!!
**opsss...pantang tak abes lagi...kena terus sampai 100hari :p
***lain orang lain gaya pantangnya...betoi dok???

No comments:

Post a Comment

Dah tulis?? Terima kasih :)