Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Friday, September 30, 2011

Mari Memasak Bersama Taylor Lautner

Betul ke eja nama pelakon Twilight tu gitu??Main taram je ai, suka suki hati je ek??? Motip nak kene masak ade budak Taylor tu?? Saje...die kan agak semat2 gitu, kot la masakan ai pon jadik sedap kalo ade die..hahaha. Ni ha si warewolf tengah usha baekkk punya kot ai nyer masakan tak jadi.


 Ni la wallpaper orang sekin...hahaha..ok la dari tak de. Ok wat..dapat masak bersama Taylor yuu?? Yu ade??hahaha....nak buat untuk alas masak je pon. Kot pasang mahai2 kam nanges plak. Patut la ade artis tak nak masuk paper,  takut jadi bungkus nasi lemak. Okes...ni kira okey..wallpaper je.
Okes, sebenarnya..ai silap membakar cam na tah time masak. Cikgu lak sebok sokmo...suh tutup dgn wallpaper je dulu katanya...tu comot2 dah ai tes lap. Masak tak berapa mane...tp efek hamek ngko...dulu patahkan paip..hahaha...

Pstt....penah org buat tak masak kurma letak susu tepung anak ganti santan???hehehe..jangan dibuat yer, konpom tak sedap masak kurma tu...hahahaha

Thursday, September 29, 2011

Kasihnya Ibu....

Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seora...ng ibu ketika gempa bumi melanda Jepun. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda, mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan tersebut. Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut (seperti orang yg sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannye menunduk ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya.

Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh cuba untuk mencapai wanita tersebut melalui celahan runtuhan tersebut dengan harapan wanita tersebut masih hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita tersebut yg sejuk dan kaku menunjukkan yang dia sudah tiada lagi. Pasukan penyelamat lantas terus meninggalkan rumah wanita tersebut.

Tiba-tiba, ketua pasukan penyelamat merasakan seperti ade sesuatu yang tidak kena, lalu berpatah balik ke rumah tersebut. Dia telah berlutut sekali lagi dan cuba mncapai sedaya upayanya dicelah runtuhan untuk mencapai sedikit ruang kosong di bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, dia menjerit, “ada bayi, ada bayi disini!!” Lantas seluruh pasukan penyelamat bekerjasama mengalihakn sisa runtuhan disekeliling mayat wanita tersebut. Ape yang mereka lihat ada seorang bayi lelaki yang berusia 3bulan yang berbalut deangan selimut di dalam pelukan wanita tersebut. Ternyata wanita tersebut telah terkorban ketika melindungi bayinya. Ketika gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. Bayi tersebut masih nyenyak tidur ketika ketua pasukan penyelamat mengangkatnya keluar dari celah runtuhan.

Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi lelaki tersebut dan ketika doctor membuka balutan selimut bayi itu, dia terjumpa sebuah telefon bimbit dan terpampang di skrin telefon tersebut sepotong pesanan bertaip “SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..” Pesanan ini telah dibaca oleh semua orang yang berada di situ, dan mereka semua menangis dan tersentuh.

“SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..”
Begitu besarnya kasih sayang seorang Ibu...!!

*copy from FB

Tuesday, September 27, 2011

Aliff Ngaji


Budak ni sangat payah nak ngaji Quran, tak tau la ngape. Tapi kalo kita duk ngaji ke ape die nak lak sengeng2 datang lepas tu same same sebok baca2 walopon dengan slanga die tu. Bila nak di ajar dari bawah, stat ngenal, payah la. Paling payah bab nak suh sebut hurup Alif tu..boley gado tau!!! Ni video die terbukak ati nak blaja ngaji tu pon sebab seme pak-pak sedara kene ngaji sebelum tu,so die nak la di ajar oleh Tok Bah eh. Tu pon menimbulkan ke-fe-up-an dah rasanya di pihak Tok Bah..hahaha...anak leh la godam2..ni cucu, sayem weiii!!!


psst : tringat lak jaman kecik2 salu kene balun kalo tak gi ngaji...hahaha

Budi Bahasa Orang Kita

Ini gambar diambil dari dalam kete pada pkul 7.40pagi semalam. Sebelum ai ke kenek dan seterusnya dapat menjadi pengerusi majlis sari MC la tu  Trima kasih inche' MA..tat y ai laik Poliklinik Dong..hahaha
Tak payah minta dapat...ai lab yu more laaa...Ok suda suda..macam tak pernah bercuti pulok
Malam sebelumnya ada Majlis Rumah Terbuka. Sape sponsor?? Dato' Seri Ng Yen Yen hokeyy...
Kalo kita2 ni padan buat rumah terbuka kat rumah suda Tapi ikut kata saksi, jemputan awam makan huk alaaa...
Dahsat..macam kebulur tak penah makan,berebut2. Lepas tu buang rata riti...Akak ni kata sedis sekali
Macam tak pernah pegi skolah perangai. Walopon majlis ni di dataran terbuka, tolong la ingat adab2 anda.. bila ditanya saksi kedua
"Diorang tak sedia tong sampah la..."
Kan ade plastik itam kat tiang2 tu?
"Ala..nanti orang majlis datang cuci la kak..kang tak de keje pulak diorang"
Ewah...gitu ya??Elok la..esok dah ada anak
Diorang cakap gitu lepas sepah menan ke makanan
Korang pasrah jela yeee....

Friday, September 23, 2011

Setail Rambut






 Tolong la..paling tak shuke se-tail rambut gini haaa...Nape nak kene tudung2 dahi sgala..Dah la sek-ben panjang benor. Ada tengok cite Bread, Love and Dream tak?? Tu gambar hero die kat atas. Nama eh Yoon Si-Yoon tak silap.Sekarang tengah siar kat TV8. Kes stop tengok cite tu  mase tayang kat Astro dulu, pasal tak bekenan dengan si Tak-Gu tu la. Dah keje kilang roti sila sumbat rambut dalam topi tu bebetul ya..geli tokak den!!!
Eh eh, si Justin Bebel pon ada...yang ni lagi la, ada tertengok satu interview yang die dok asyik gelenge kepala kes nak suh rambut die elok,uiiii...menyampah tolll!!! Tapi leh plak lepas tu same nyanyi lagu bebi bebi bebi tu... Ni sure si Justin tiru geng2 Korea kan rambut dai gitu..Nak kata kes tutup mata sepet, ehh..kam lagi tak nampak la kalo rambut berjerumbai gitu ha..
Si pelakon Autumn ni elok je haa apa nama tah, makcik lupeee... yerrr..nampak padang luas tu haaa...ensem pe???Hades...kepada hadek2, tolong la jangan buat rambut cenggini eh, kalo ade yang buat balik karam siap la. Sek-ben tu sila trim kemas2...sakit mata Lom

Monday, September 12, 2011

Cukai Top-up 6%


Tak puas ati betul pasal cukai perkhidmatan yang telefon tu. Baca paper Kosmo tak silap semalam yang ada cadangan suruh boikot jangan beli supaya tokey2 Telco ni akan tarik balik kot kenaikan 6% tu?? Ye ye ye.. tarik la sangat kan?? Rasanya hal naik-boikot ni dah lama dah dengar. Sebelum ni pasal bayaran Astro. Tapi still tak goyang pon Astro tu ai tengok?? Mungkin jawapan die, sebab tak ramai yang boikot so benda tu tak jalan. Rumah ai ni kalo tak ber-Astro,jangan harap la dapat tengok tivi.Kalo nak boikot perkhidmatan yang kerajaan provided tu kena la bagus. So apa pilihan kita ada??

Macam bayaran prepaid ni. Minggu lepas ari Senin, ai singgah kedai cha ya nun alip depan umah tu.Beli barang2  seketul dua sambil nak top-up henpon la. Kebetulan ada mamat depan ai potong Q beli top-up gak. Budak cashier tu cakap "harga die jadi RM10.60..itu kerajaan naikkan cukai" Wahhhh....cepat tol golongan ini. Padahal baru 5hb time tu...dahsat!!! terus ai kensel nak beli top-up. Kadang-kadang kesal, mentang2 la kita ni tak berkuasa sangat kan, asal benda naik je suruh boikot, jangan beli. Orang yang suruh tu sebenarnya paham ke tak dengan situasi pengguna ni??Dan lama mana la boleh diboikot benda yang kira dah nak jadi part of life tu?? Lama2 pengguna pon akan terima. Dan time tu tokey2 ni akan ketawa...yee, pengguna mudah lupa...

Pakai la bil..ni ade yang gatal lidah cadangkan. Ai ni sebulan pakai paling-paling banyak cuma RM30 je. Kalo ade perkhidmatan talian tepon murah gitu boleh gak ai nak swap ke talian. But but..kalo ada pon, kene make sure talian tu ade line elok kat sini. Kalo talian je murah, tapi signal asek hilang...payah la. Normal la kalau pelanggan suka benda yang murah dan elok kan?? Rasanya lau Celcom wat pelan yang sekarang min RM50 sebulan tu rendahkan sket lagi jadi min RM30 sebulan, kan bagus? Lau lebih nanti pengguna bayar lebih.Lau guna sikit bulan tu, caskan jela RM30..Ai ni banyak pakai mesej sebenarnya. Nak kol kalo hal kerja tepon opes kan ada?? Kalo tengah keje luar tu lain kira...Ala, cakap hal kerja panjang mana sangatla. Nape...nak kata ai kedekut la tu...oit oit...RM20 tu banyak benda boleh beli tau..hoh!!

Friday, September 9, 2011

Jamuan Raya

Kami buat perbincangan tak-dak meje semalam
Konon nak buat rumah separuh terbuka
Ale, jemput kawan2 opes yang berapa kerat
Kawan2 cikgu dan anakssss muridnya yang tiap tahun ramai
kata cikgu paling kelakar kat sekolah..muskil ai ape y klakar pakcik tu

petunjuk
@ cikgu
@ ai
@ Aliff

"Kita buat kuzi jela macam dulu tu..tambah rendang sket.."
"Ingat nak buat nasik kerabu..."
"Leceh la sayang...nasi lemak orait gak"
"Ape best nasik lemak...beli kedai depan la.."
"Aliff nak ma..Aliff nak..."
"Aliff nak apa??"
"Aliff nak ayam cho...a'e milo duo..ketam duo...haaa...coh coh..banyokkk"
read : Aliff nak ayam soe (satu) air milo dua, kentang (fries) dua haa...sos sos banyak

Lepas tu selamba die bagi 20sen dan bawak keta menan die pergi. Cikgu dah gelak gile. Chet ini budak..ingat ni drive-thru  ke ape???

Monday, September 5, 2011

Lepas Raya

Assalamualaikum semua..salam Syawal
Rasa kejap nau cuti raya eh...tup tup dah masuk keje balik. Sangat dengki budak separa botak yang still kat kampung laman. Tak tau kenapa die cuti lama sangat..nak kawen lagi satu kah?? ngah..jaga2 muahaha Dengan saki baki sengal lelah hasil ke'jem'an yang terhasil lebih 12jam, semalam kua round bandar Raub, sambil mencarik kot ade benda yang boles dibeli untuk topup peti. Ai besa, kalo nak balik cuti lama, memam peti kosong la. So kalo ade yang bertuah datang beraya time tu memam sedis dan sadis la. Hahaha....

Eh, kat tempat korang prasan tak harga barang dah banyak yang naik?? Ke prah-santan ai je?? Memang berpegang pada janji betul diorang ni, mana nak carik zaman sekarang orang cenggini ha. Tak naik harga masa bulan posa eh..lepas je posa, raya harga naik gile. Udang besa beli dalam RM18 dan jadik RM21, nestum budak dah naik 30sen, susu Aliff dah naik 70sen, tu antara yang prasan la. Tapi memang trasa ade naik harga barang. Bukit Koman pon akan naik seposen dua. Sikit je kan??? Haprak la sket..kalo dah satu barang 20sen..lau 10 barang bukan dan 2hengget??? Jangan beli, kuasa penggguna. Haaa...ni satu lagi statement kalo mendengar rasa nak caci maki. Yang kami duk nak beli tu barang perlu. Bukan barang gedik gendut. Aduh..makin penat ai, ni malas pot pet ni, makan tenaga. Harga tetap tak turun-turun. Hahaha...



Ha..ni pic kuaga terbaru kami. Kunun tema pink-flow la sangat. Berlendir-hingus makcik nunggu sorang-sorang bersiap. Ai yang paling jaus balik leh siap nunggu diorang. Hampes betul diorang ni. Tak pe..len kali balik amik dalam studio. Payah betul nak amik gambar dengan budak kecik. Budak yang tak kecik pon prangai same telah naik eh...nanti lebey cite next entry. Ai bukak blog dengan modd bebel tadi..Modal pon modal bebel je...hahaha