Thursday, June 23, 2011

Teringat - Ingat...

4 Februari...sorang budak baru daftar masuk ke kelas 4 Sains 1. Budak yang nampak lembut tak banyak cakap, berkulit putih, mata agak sepet, ade gaya cina kampung sket. Gayanya nampak seakan adik-adik disebabkan die jalan sangat berlenggang lenggok. Bawak beg selempang tepi kaler ijo lusuh, spek putih jernih bulat besar, kasut kung fu dan mudah senyum. Oh, budak yang nampak skema itu rupanya tak mudah seperti rupanya. Hari pertama je die nampak skema, hari kedua dah stat tunjuk belang-belang. Dalam kelas die akan buka stoking dan sidai di cermin tingkap nako. Kasut dia akan susun elok di tepi meja. Kemudian dia akan duduk seolah-olah berpeluk lutut atas kerusi. Oh so weird budak baru ni. Dalam beg selempang itu tak punya banyak buku. Tiada buku teks, cuma buku tulis nipis. Pen??Sebatang je, tu pun cilok orang seblah punya. . Oh ya,  dalam sminggu pasti dia akan cuti sehari dari datang ke kelas. Itu paling minima. Persatuan, sukan, badan beruniform tak pernah hadir. Kelas tambahan boleh di kira dengan jari. Alasan, rumah jauh.

Budak baru tu nakal. Air suling dalam bekas putih dibuat senjata untuk main perang2 dalam makmal kimia. Natrium  die seludup keluar nak buat bom kecik ke ntah ape ntah, salu fly just nak duduk minum kedai pakcik tepi skolah, dan kalo masa last Add Math/Agama dia akan ponteng dan buku cerita classmate biasa tidak selamat kalo ada die. Dah siap baca baru hantar tanpa pernah minta2... Tapi yang paling menyakitkan hati..die antara Top 10 student.

Kerana perangai nye yang 'cool' itu ade la minah2 yang sangkut. Minah-minah bukan dari kelas yang sama rasakan die sangat cool dan idola. Kerana boleh langgar peraturan but still top scorer. Start la kirim salam, surat2 cinta la apa...tah ape2 la budak pompuan. Kami budak2 pompuan yang skema ni rasa sangat sakit ati. Ya, berbau jeles. Sebab?? Dia yang salu tak datang skolah tak buat kerja rumah boleh keluar ke papan itam buat solan Fizik dengan betul, boleh bagi penerangan dalam kelas Bio dan buat seme persaman Kimia siap ajar kami yang ngadap muka cikgu seharian ni. Sangat sakit hati....

Dan dia, adalah nama lelaki pertama yang tercatat dalam diari. Atas sebab sebagai budak baru masuk skolah. Padahal budak baru masuk bukan die sorang tapi cuma nama die tercatat dalam diari. Siap catat nama penuh lagi.Adakah itu memang tanda-tanda???Tanda-tanda dia memang sudah ketentuan jodoh.




Hmm....MOHD AZIZI BIN MOHAMED SA'ARI cepat la balik..tak best pulak awak tak de kat sini. Saya nak gaduh2 dengan sape lagi??? Hero awak yang dua tu asek buli saya...huhhuuuuu....balik laaa

2 comments:

Dah tulis?? Terima kasih :)