Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Monday, November 19, 2012

Edisi Kepokaian Siri 1


 Entry ni berkaitan dengan entry hak lepas2 pasal papan tanda Alcano Design tu. Kami ke sana cuti hari tu. Awal2 dah cakap kat Cikgu nak usha2 je skali...adesss, dah siap bayar deposit daaa... Huu...Cikgu kata tak pela. Melabur sket. Kami selama ni mana ada penah beli perabot rumah. Jadi bila skali beli ni biarla puas hati. Masalahnya bang, masa tak beli perabot tu duit nye bukan bersimpan gak Buat2 tutup mata sebab macam Cikgu kata, benda nak pakai lama, harapnya.

Sebelum ke sini kami ade carik2 tempat perabot murah lepas tu ada la blog orang femes2 kata Alcano ni murah tu kami sampai ke sini. Betul ke murah?? Hmm..Kalo nak banding dengan Carvenzi atau Westcourt dari segi harga memang kalah la. Tapi ada benda2 kami tengok kat sini kualiti die ok sket. Bukan nak kata tempat2 murah tu tak elok..benda yang elok tu kene tengok poket kita elok ke tak juga kan?? Kalo rasa anda boleh membeli di tempat yang hi class dan poket anda bukan di buat dari gelas, silakan. Ini pilihan kami yang nak merasa kelas-kelas tapi poket ala-ala gelas. Hehehe...Sini perabot dia leh custom-made. So kalo ade idea sendiri nak feeling2 lain dari biasa, tak nak pergi rumah Cik Kiah ada kerusi sama so sini ada perkhidmatan tersebut pehal ayat cam  skema ha?? Lau tringin nak kusi cam maharaja India bawak je gambar nanti diorang cuba buat. Tapi rege korang tanggung la...hehehe



Ini tokei kedai Alcano Design... Mr Chai dengan isteri Mrs Angel.
Belakang tu ade pic diorang dengan mazidul akmal dan kak jee blog yang kami refer tu


Ini le lebih kurang rupa kerusi pilihan Cikgu.. Kami minta buat betul ikut ukuran ruang tamu kecik kami.. Yang pernah servey kat kedai2 perabot besa jenis2 gini besarnya godang. Kami minta kurangkanlah sikit ke-godang-an kerusi tu dan harga pon biarla tak godang jugak hehehe... Lain-lain order Cikgu amik katil + tilam untuk tiga bilik lain tu haa....




Ini barang2 yang bakal di-lorry-ing keluar kepada pembeli. Baru siap wrap...


Sebelah ni ha kawasan jahit2..kagum tengok diorang jahit potong material..laju wess...ai nak jahit lurus gigil2 weeeee


Belah sana tu patut bahagian ketuk ketak...tak sure nampak ke tak. Tengah2 diorang lambak barang2 yang nak di hantar.

Sape2 rasa berminat ini petanya. Ai amik dari Makcik Gogel je... Kami ikut jalan macam nak pergi ke Hospital Sg Buloh tapi sebelum sampai amik lorong paling kanan ala-ala nak ke Shah Alam. Lepas tu ikut peta ni ha...sila ikut peta ni betul2 sure sampai tanpa sesat macam kami hehehe...

9 comments:

  1. sheG, tempah sofa tu kat mana eh? dia boleh ikut design n fabrik pilihan kita ker? penghantaran dia caj bape? mcm best jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru prasan ada msg..cmna nak buat kita prasan aa msg eh??tak leh ada notify cam kat fb ke??hehehe

      Delete
  2. good ada map lagik..haha..baru jer terbaca dr blog mazidul n kjee ni..

    ReplyDelete
  3. Salam. Sis, prnghantaran luar dr kl dia charge brape ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf lambat reply..sy banyak kerja luar bulan 5.kos unt penghantaran luar kl die akan cas tgk tmpt.kalo dkt2 ok lgi.mcm sy ni luar kl y perlu bermalam sbb nak pasang semua tu makan dua hari..so harga lebih la skit.pun..tmbah harga cas tu still plg murah la di tmpt saya

      Delete
  4. Hi Sis, sofa kalau untuk ruang kecil macam sis tempah tu berapa ye.. dan caj penghantaran berapa ye.. just tuk buat anggaran je..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai anon..duk kat mana ye??kalo kawasan lembah klang slngor apa tak de cas. macam saya ni luar kawasan ada cas sikit tak silap dalam 200. nak untung beli barang bagi penuh satu lori la. kerusi tu tak silap dalam 1k lebih skit. saya amik semi leather. die banyak jenis. nak pvc pon ada..

      Delete
    2. maaf sy terpikir balik pasla sy balas ni..krusi y mana. kuis yang L tu dalam 1k++ harga tahun saya beli tu la. y jenis cleopatra tu dalam rm7++

      Delete

Dah tulis?? Terima kasih :)