Thursday, August 2, 2012

My First Sour and Hot Stingray

Tajuk sesangat mem-poyo-kan...bajet omputih makan kot masakan gitu tu..wahahaha...hidangan buka puasa  lepas. Permintaan Cikgu... Heisshh...Cikgu ni kalah orang mengandung Ramadhan kali ni. Nak makan tu nak makan ni...fenin makcik yang ilmu masak sejengkal cuma ini.. Gigih pepagi lepas masuk opis menuntut ilmu dengan orang Melaka cenggana nak masak benda alah ni. Tak dela payah ngat haaa...

Bebahan :
 1/2kg ikan pari - potong dan cuci dgn tpg gandum lepas tu baru cuci plak dengan air limau nipis.
 Ni akak kerani ajar..die kata nak tak bau hancing
3 ulas bawang merah, 3ulas bawang putih, skit halia, sket kunyit, sket belacan dan lada kering sesuka hati ikut rasa tekak nak pedas mana. Semua bahan ni kisar dan tumis.Makcik banyak masak main hagak2 sebenarnay :p
Lelain..serai sebatang, satu ikat daun kesum, air asam jawa pon makcik hagak-hagak

Lepas tumis bahan kisar makcik tambah serai. Lepas tu tambah air asam+ikan. Agak-agak nak didih tu masuk daun kesum.Perasakan la garam gula eh...Makcik tak letak haji-no-moto sebab makcik pon belum haji lagi dan tak reti naik moto.. tah hape2 melalut. Dah tu tadaaa...siap. Komen Cikgu...kuah kene pekat sket lagi best. Minggu depan buat lagi.. Itu kalo ikut ilmu kias Cikgu maknanya sedap.Hehehe...

No comments:

Post a Comment

Dah tulis?? Terima kasih :)