Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, February 7, 2012

Perkara Asas Sebelum Membina Rumah

Sebelum kami membuat keputusan nak bina sendiri rumah bukan kami la bina, orang lain banyak kali kami tangguh2 keputusan ni. Hmm..salah ai kot. Cikgu jenis gamble sokmo, ai ni jenis takut2. Yes, ai takut komitmen. Hahaha..baru sedar sekarang kelemahan tu patut dulu nak kawen pun boleh nak lari2 lagi baru paham prasaan Julia Robot dalam Runaway Bride Stat dari beli tanah pon Cikgu yang gamble beli tanah lot tu. Kalo tak..huuu...tapi disebabkan penat house-hunt dah masuk 3tahun +sakit sebab asek melepas aje kami teguhkan hati tahun ni nak kene bina gak rumah tu.

Tapi banyak juga prosedur die rupa eh...uiihhh...kepala fenin, hati runsuing, ai dah goyang2 dah. Hehe..tapi Cikgu pandai. Dia pandai teguhkan ati binik die ni. Asal hujung minggu die akan ajak kami metim famili. Bincang pasal rumah, verangan2 itu ini. Dan akan keluar house-hunt rumah cantik2 bagi idea esok2 atau kedai2 konon2 survey barang2 untuk rumah padahal baru siap pelan je rumah tu..hahaha

Untuk yang nak bina sendiri rumah, ada beberapa benda asas yang nak kene tahu...
1) Tanah yang nak di bina rumah tu kene nama orang yang nak buat loan tu. Kalo tanah tu dalam geran buat dua nama ok gak. Cam kami sebab ade musabab, tanah Cikgu beli tu letak nama ai. So loan perumahan nanti ai yang buat la. Oh ya, make sure juga status tanah yang nak di bina rumah tu. Kalo pertanian sila tukar kepada perumahan ke apa..well, kalo ikutkan sekar tanah pertanian melayakkan kita bina sebiji rumah atas tanah tersebut. Tapi kami memam tanah untuk buat rumah. Tanah lot..luas dalam 6600sf. Sape yang tak tukar status tanah nak tukar tu, kalo buat sendiri makan masa juga la. Kalo suruh konsultan buat cepat sket sebab besa diorang ade kaki dalam tu. Cuma..makan pitis la pulak kan kan...

2) Kemudian buat pelan rumah. Carik la mana2 syarikat yang berdaftar buat benda alah ni. Lau nak murah leh je beli pelan dah siap dari Majlis Daerah tapi yela..no fun la. Umah tak de taste kita kan kan..cost die tak mahal lau beli siap dari MD dalam ratus2 la..tapi kami amik dengan kontraktor ni. Die ade arkitek die. Kos ni tengok pada kecantikan pelan rumah tu. Kami amik syarikat besa2 je. So upah die dalam 3k je. Ade lagi dua syarikat lain kat Raub ni tapi kos die dalam 5k gitu. Memam pelan die lawa...but, pelan lawa2 buat pe??? Janji rumah die bina tak senget benget daaaa...bukan makcik nak bingkai pelan letak kat depan ponnn...

3) Nanti pelan ni akan dihantar ke MD untuk di kelulusan. Kos kat sini ukut keluasan rumah. Makin besar makin mahal. Umah kami insya ALLAH dalam 1700sf huuu kalo tak berubah lagi... Dalam masa 3bulan kot leh lulus. Sebab bantyak peringkat nak kene masuk ni. Bahagian survey tanah la, akitek diorang la bla bla bla..dah tak ingat dah lecture apek tokei tu..hahaha lau buat rumah kat kampung leh je tak jumpa MD ni, tapi kene ade duit sendiri la. Kami ni pinjam gomen wuuu...

4) Kalau seme dah ok..baru diorang akan buat kerja2 tanah. So jangan sebok2 nak pergi sodok tanah pe. Kalo nak buat ok kot. Hehehe..kami masukkan dalam kos buat rumah tu je. Mudah.. :p

**tak lama lagi banyak la entry2 pasal rumah..dulu jeles je tengok2 orang reno rumah..hehehe...hhuii, projek mahal gini kene detail sket tulis. Bagi peringatan, payahnya nak membina rumah tangga hahaha

2 comments:

  1. wah..mu buat umah kat raub ke??..tak mau balik kelate doh ko???...aku nak kelik kelate...huhuhu...kampung ku nun jauh di sana....huhuhu...

    ReplyDelete
  2. sape tak nak balik shila??tp cam payah je...buat la sini dulu.lau jodoh pjg sedap sket duk umah sndiri...sini sewa naik sapai 600 doh..bek wat umah sendiri..slesa.esok2 ade rezeki balik kg, jual la pulop.tanah kat kg insya ALLAH

    ReplyDelete

Dah tulis?? Terima kasih :)