Tuesday, March 27, 2012

Ade Sape Nak Jaga Budak??

Lama tak ngepos entry.Keje masuk bergolek-golek lepas naik cuti ari tu. Tak shuke tak shuke tak shuke.... Dari jadi akak kerani sampai ler ke posmen seme mokcik buat sendiri. Hoh...gini la kalo keje S yer dik kakak. Time senang memang senang-renang. Time keje tu datang, rasa nak baling-baling je jam kalo dah nak cecah pukul 5 makcik malas meng-OT kan diri. Keje keje jugak dek, tapi hanak laki kat rumah tu lagi penting Cikgu dok sebok dengan tanah sekangkang monyet tu la, tak abes-abes. Mokcik dah tensi. Malas mikir. Rasa lambat benor nak lulus bagi rumah tu naik.

Hmm..mokcik risau sebenar eh. BS Dabel A sekarang ni macam tak nak dah menjaga si Aliff tu. Dari awal tahun asekla dok menanya pasal hantarkan si Aliff ke sekolah. Kalo bercakap pon die asek-asek pusing ke solan tu. Memula mokcik buat bingai je solan-solan tu tapi semalam Cikgu dah bunyi. "Kak Tun salu tanya pasal tantar Aliff ke sekolah. Dia tak nak jaga Aliff dah ke??" 

Mokcik kelu pilu. Hmm..Nak mencari BS bukan mudah. Nursery lagi la. Syarat-syarat diorang kadang payah kami nak ikut. Adeh..mokcik ni kerjanye timing lari-larian sket. + masa program dengan Jabatan Kebajikan tahun lepas kami buat spot cek nurseri-nurseri ni. Alahai sayang...kesian sangat kat budak-budak. Tak taula parent budak-budak tu tahu tak camna diorang jaga. Nurseri yang ok ada la satu dua tapi penuh. Sian budak gigi jarang tu. Die tu badan je besar, tuannya baru 3tahun 6bulan, tak cerdik mana pon. Mulut je bising, dah la suara kuat.Tapi pemalu.  Ikut ati nak je makcik nanya terus kat akak ngasuh tu, tapi tak sampai ati. Huuu...Mula la terpiki-piki nak brenti keje la. Jangan ngengada mokcik..hutang rumah sape nak bayar Dulu tak kawen orang kaya ke kan??

Budak manja dan pemalu tapi tak tau malu

Mokcik sekarang tengah usha-usha orang nak jaga budak. Cari-cari area bakal rumah tu sama. Hmm..harap dapat la akak tu sabar sampai tahun depan. Nak tak nak tahun depan Cikgu kata masuk sekolah jela. Bia sama sekolah dengan die. Mudah nak pantau katanya. Harapnya...ada hikmah semua ni. Hmm...risau mokcik.

No comments:

Post a Comment

Dah tulis?? Terima kasih :)