Friday, December 18, 2015

Alhamdulillah...



Assalamualaikum..

Lama betul tak bertulisan baru blog ni. Kalau rumah dah jadi macam rumah hantu kot. Hehehe..perasaan kali ni tak sama macam dulu. Umur dah meningkat, macam-macam datang. Apepun syukur sangat, dengan ke-susah-payah-an tu kami dikurniakan seorang lagi amanah dari NYA.




Cahaya yang terpuji.. Annur Madihah binti Cikgu

Heroin kami yang muncul tanpa diduga dan diminta-minta akhirnya heee... Lahir pada pertengahan bulan Oktober baru ni. Antara punca ai mood swing yang tahap topan. Heee... Mengandung kali ni memang sangat mencabar dari segi fizikal dan emosi. Tapi disebabkan anak dah ke empat kot, jadi ai lebih pandai urus diri. Walopon selalu sangat memalam berendam air mata sendiri sebab selalu emo jadi ai selalu mencuci tandas, bagus tak??Cara ai lepas perasaan adalah dengan memabasuh tandas huuu 

Alhamdulillah, kelahiran kali ni mudah. Sangat dipermudahkan oleh NYA. Walaupun kami bimbang dengan banyak benda, aturan DIA sangat mudah. Ada sikit masalah lepas kelahiran tapi janji kami anak beranak sihat, insya ALLAH tak mengapalah.

Harapnya lepas ni rajin la blog ni berisi cerita. Heee...

No comments:

Post a Comment

Dah tulis?? Terima kasih :)