Sambung entry bercuti lagi. Heee..jarang kami dapat ramai-ramai gini, seronok sangat. Inipun banyak gambar tak masuk lagi. Seronok...
Ini Ma saya, staff TNB senior. Tak silap 35tahun kot berkhidmat dengan TNB. Sebelah tu Cikgu Besar dari Cameron Highland. Sorang ni suara memetir betul, tu lekat nama Guru Besar tu hahaha.. Yang dua orang budak kecik tu anak dia. Hak sorang lagi tu Aliff..
Adik ketiga dan keempat ai. Sorang cikgu sorang misi. Bersama anak-anak. Cover dengan anak belaka nih, padahal lepas tangkap gambar serah anak kat suami memasing dan men-dugong belaka...
Lepas acara di kolam ke pantai la pulak. Nampak tak? Dekat sangat. Ada pintu kecik untuk penginap ke pantai. Pondok kecik tu tempat bakal kami ber-BBQ petang nanti.
Sempat la layan pasir pantai kejap. Pantai kat sini macam tak bersih sangat. Sebab anak adik yang lokek kulit tu lepas tu naik biji-biji kulit dia. Ni sesi nak mengalih pandangan si Kasyah je. Sebab mak pak ada agenda lain.
Ini ha agendanya...lama dah nak merasa naik Bot Pisang ni. Rezeki pemandu ni. Kami kan ramai, jadi naik sampai 3pusingan nak bagi semua merasa. Itupun En Duta TNB kata Bot Pisang ni tak trill mana, sebab bot yang tarik satu enjin je. Kalau dua enjin lagi best nanti bot tu melayang-layang lawan ombak. Hoishh...tak payah la.
Ini pusingan ketiga bersama Bot Pisang. Pusingan yang dikira lebih extreme. Gambar tu diorang kena baling dalam laut. Bagus pemandu ni boleh kawtim. Siap adik boleh minta nak jauh mana, laju gitu gini... Dia amik satu kepala Bot Pisang ni RM10. Ada bot lain tu letak harga RM20-RM25. Kena pandai mencari dan tawar menawar. Bila kami dah naik ualng-ulang tu, encik pemandu tu kira lumpsum je, siap bagi diskaun. Yela, sepagi je mau cecah RM500 dia dapat. Rezeki encik yang pemurah...
Tah apa nama benda ni tah. Benda ni memang laju, melayang-layang. Naik berempat. Yang duduk menghadap sana tu daya tarikan kurang sikit tapi mata pedih lebih la sebab air laut tepercik dari enjin bot tu. Adik ai dengan Ngah duduk menghadap sini. Adik ai kata anak tudung siap tercabut, tangan pun sakit-sakit lenguh menahan dari jatuh. Tu pon En Duta dah pesan kat pemandu bot, jangan laju sangat, sebab semua perempuan. Benda alah ni RM20/sorang. Adik yang laki pun ada naik, siap tergolek-golek menahan diri dari jatuh, turun tu cakap rasa ank muntah, macam mabuk. Hahaha...
Edisi petangnya pulak. Sebelum main bakar-bakar. Ambil gambar secara paksa. Tak masuk semua lagi ni, tah sape tah yang tangkap ai lupa dah.
Ada ayam. sotong, sosej dan jagung Cameron. Ai siap buat coleslaw untuk makan. Sedap ber-BBQ dekat pantai gini. Masa ni dah ramai orang. Kolam pun dah penuh dengan pengunjung. Kami
dah tak heran dengan kolam. Mana tak, dari petang Rabu lagi berendam membawa ke pagi sampai tengahari Khamis. Lepas habis aktiviti pantai masuk balik dalam kolam. Nasib baik cafe tu tak buka, kalau tak memang tak naik bilik dah kot.
Kek tu untuk meraikan En Duta TNB dan Ngah sempena hari ulangtahun perkahwinan mereka dan hari lahir Ngah. Memasing sibuk makan yang bakar-bakar dulu. Kek letak tepi. Meja tu AJK Tugas Khas cilok dari tepi kolam, tapi lepas tu hantar balik. Cuaca baik sangat hari tu, redup je. Kami mula membakar pukul 4.30petang. Lama betul tak berkelah gini ramai-ramai...
Nak guna tempat ni kene tempah dulu masa nak check in tu. Ada tiga tempat, satu besar dan ada tempat duduk kerusi meja bagai, betul tepi kolam mandi tu. Dan dua jenis macam kami ni, gazebo dan hampir dengan pantai. Masa tempah tu dah ada orang ambil yang besar, tapi memang tak berapa berkenan yang besar tu sebab tepi kolam. Bahaya untuk budak-budak. Itupun Aneeq dah hilang diam-diam masuk kolam sendiri.
Tempat BBQ ni seeloknya tempah awal. Cakap masa pendaftaran tu bila nak membakar nanti diorang akan letak nama kita kat tempat tong bakar tu. Siap dengan kipas penyepit dan fire starter lagi orang tu bagi. Terima kasih encik BBQ lelaki india tak sempat tanya nama Sebab banyak bantu kami hari tu.
Sebelum balik bergambar kat basement dulu. Dari kiri tepi adik ai yang tingkatan 3 Amer, adik ipar terbaru dari Melaka si AJK Tugas Khas, adik ai dari Poslaju, En Duta TNB, adik bongsu perempuan dari PALAM dan incik Abah. Depan tu Su Dam, adik bongsu ai. Dah lama tak beramai-ramai dan membongok bersama-sama. Semoga semua panjang umur semua dan dapat ber-gathering lagi lain kali...
No comments:
Post a Comment
Dah tulis?? Terima kasih :)