Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label jalan2. Show all posts
Showing posts with label jalan2. Show all posts

Saturday, December 31, 2016

Bercuti - cuti Cara Bajet 1b



Nak sambung balik entry lepas. Kemain kan, siap tajuk ada nombor-nombor sekian. Hohhh...

Lawatan ke Deerland Lanchang Siri Kedua




Ini si comel. Pandai dia senyum kan?? Ini landak albino. Memang bulu dia warna putih. Bukan sebab dia tak sempat warna ke, tak besar lagi ke, tidak. Keturunan eropah kot, putih bagai. jangan mengarut boleh tak Masyitah 

Adik yang jaga tu bagus sangat. Ajar cara pegang dan tak kisah nak jawab banyak soalan dari akak yang keponingan ni. Adik tu cakap, landak ni stress, jadi bulu dia banyak gugur. Tengok, landak pun tau stress tau. Siap gugur-gugur bulu. Bulu dia macam keras tapi tak adalah sampai sakit mencucuk kulit, baby lagi kot. Dia suka orang kiput dia bebulat gitu. Aishhh...comel sangat awak eh. Dah la mata merah. Landak normal ada, tapi tak boleh nak pegang tangkap, garang sikit. Nak ambil gambar pun asyik lari menyorok.




Dia malu. Tutup muka gitu. Budak-budak ni takut nak pegang. Ai jugak berani. Hahahaha... Dengan anak pun berlawan.




Ini ular sawa. Kenapa duk dalam kurungan? Sebab dia besar sangat. Adik tu cakap, berat dia 15kg. Lagipun dia baru lepas makan. Jadi akan jadi lebih malas, berehat je la. Sebab tu kalo jenis makan lepas tu tido orang panggil macam ular sawa. Gini la kot..berlingkar je ha..

Ular ni diberi makan seekor ayam dalam berat 2kg tengok ai tanya adik tu, bagus kan ai, lengkap berat ayam lagi kah kah kah sekali sebulan. Biasa ular akan lapar lepas bersalin kulit. Makan tidur, mana tak besar badan, lepas tu kulit tak muat, salin. Ewahhh... Jadi ular bersalin kulit sebulan sekali. Ini pun ai baru tahu. Kalau tipu, tipulah ye, adik tu cakap gitu.




Sesi menerai ular. Aneeq nak sekejap je. Lepas tu lari sambil bertempik geli geli. Ular ni kecik sikit. Dalam 5kg. Tu pun dah berat, 15kg tak tau la. Aliff awal-awal lagi lari tah ke mana. Cubaan Cikgu nak acah-acah menakutkan anak dengan ular tu tak kesampaian. Kasyah menangis terus.Takut...




Bagi can Cikgu bergambar sorang. Kalau tak asyik berkepit dengan makwe dia. Makwe dia dibawa lari oleh Aliff. Alasan dukung adik, padahal memang nak lari.

Eh, ular ni kulit dia lembut tau. Lembut sangat. Selama ni ai bayangkan kasar gitu. Lembut dan licin. Ai pegang la yuu...tapi sayang, sebab ai jurukamera rasmi, tak de orang nak ambilkan gambar.




Okes... ai nak naik atas jap rileks rileks, chill chill. bye bye incik ular. Eh incik ke puan??

Slow motion je dia menjalar. Itu adik yang sanggup melayan pertanyaan akak yang poning. Terima kasih dik. Sudi layan akak. Cikgu kemain lagi tak bagi ai tanya macam-macam. Laaa, biar la. Ai tanya berapa lama dia keje sini? Berapa gaji? Apa skop tugas? Duduk kat mana? Hai, macam temuduga calon je. Hahahaha...




Okey, kawasan basuh tangan. Air dia sejuk je. Segar. Kat sini hero-hero siap main baling-baling air. Bengang je Cikgu heee... Kawasan bersih, tak panas. Siap ada tempat duduk-duduk kerusi batu lagi. Tak ada rasa macam pergi tempat orang, macam balik kampung je.




Badger kalo tak silap binatang ni. Dalam BM, errrrr..... Si pencuri dalam Dora, ni Aliff cakap. Ke hulu ke hilir dua ekor tu. Sibuk sangat berkawad siap bertembung sesama sendiri lagi.




Bila kita jalan-jalan nanti akan nampak pondok kayu. Tak sempat ambil gambar, hero-hero dah berlari ke sana ke sini. Ini kawasan reptilia dan serangga. Semua dalam kotak kaca gini. Ini saudara Oscar kata Aneeq.




Ulor lagi. Tapi ni versi kecik-kecik. Tu ada kulit dia. Kiranya masa kami datang ni tengah dekor saliln kulit la memasing.

Ada banyak binatang kat sini. Katak yang luar biasa, labah-labah, apa lagi...hmm.. ai lupa. Sebab tak banyak ambil gambar, anak dah melasak. Aneeq siap panjat kawasan kayu. Bekas kaca ni diletak atas tunggul kayu gitu. Nak bagi nampak macam bersinambung la dengan konsep dia tu.

Nyaris je dia nak cepuk ambil katak ke apa..hoiiiii anak. Jadi cepat-cepat lah kita. Kalau dah sampai kawasan ni, kiranya lawatan anda dah nak tamat. Ada juga tempat ayam-ayam yang unik, arnab-arnab dan banyak lagi. Ayam-ayam tu tak berkurung pun, elok je tak merayau bukan-bukan.



Tempat lawatan akhir. Kedai serbaneka. Akhir sekali sebelum kita keluar nanti akan jumpa. Jual barang-barang kenangan. Cikgu beli aiskrim. Upah nak bagi anak-anak diam. Sayang tak banyak pilihan. Adik kedai tu cakap, sebab musim cuti, orang ramai beli, tak sempat nak topup.



Akhir sekali, gambar akhir. Sambil tunggu anak-anak makan aiskrim. Nak tunjuk pagar tinggi tu. Tempat tu bakal jadi Pusat Konservasi Harimau. Lagi dua tiga tahun. Bakal jadi tempat tarikan orang ramai nanti.

Okes, tammat. Bajet macam cerita orang dedulu.

Tips top..

-kalau nak melawat Pusat Konservasi Gajah, elok bermula di Deerland Park ni. Untuk membunuh waktu kata orang. Sebab kat sana, program gajah bermula pukul 1.30 gitu. Jadi datang la sini dulu..


-tempat ni tak ada kawasan makan-makan, jadi kalau boleh bawa bekal macam kami. Gerai-gerai ada, kalau masih awal, gerainya tak dibuka lagi. Kedai terhampir kat cabang depan nun...

-Tiket masuk yang berbaloi bagi ai. Dengan kawasan yang tak luas mana (dalam 45minit lawatan) dan persekitaran yang macam dalam taman hutan gitu, seronok. Kawasan pun bersih terpelihara.

-Bawa air minuman. Kawasan tak besar mana, tapi haus yu,tak tau kenapa. Ai bawak air minum sebotol aje. Jangan la siap bawak berbotol-botol macam nak berkelah pulak dalam tu...

-Kawasan letak kerea yang luas jadi jangan risau ok. Nak berkelah boleh berkelah kat sini. Macam kami.. heee

-Kad/kertas penerangan kadang diletak sebelah tepi, kadang belah depan, seeloknya pihak pengurusan letak satu tempat je mudah. Tak adalah pengunjung blur macam ai tercari-cari.

-Barang-barang dalam kedai perlu sentiasa diupdate. Tak berapa sedap nak tengok dengan rak-rak kosong. Dapat pulak anak-anak pengunjung jenis cepat sentap. Nak aiskrim kene beli satu jenis yang sama semua, tapi tak dapat, mulalah perang saudara bermula. Heee...





Friday, December 30, 2016

Bercuti - cuti Cara Bajet 1a



Lama betul tak menaip. Ni semua sebab window 10 la, lepas tu blogspot pun sama dah naik taraf, jadi lain sikit, maka pening la makcik alasan, padahal M tak cakap

Sejak anak dah bertambah jadi empat ni, makin payah kami nak keluar berjalan - jalan. Satu, sebab nak kena fikir tempat yang sesuai dan menarik minat anak - anak. Dua, kena fikir tempat yang ok dengan kadar kelasakan anak kalo bawak pergi muziun nanges la pihak muzium nanti Tiga, mesti ikut bajet. Bajet tak boleh berlari-larian, walaupun dalam hati niat baik nak bawa anak berjalan-jalan, bajet mesti mau sesuai.

Setelah bermusyuarah macam salah je ejaan dengan Cikgu maka kami sepakat nak becuti-cuti dalam negeri sahaja. Mudah, sebab tak perlu kos menginap heee... Pilihan kami, Temerloh Bandar Patin. Tak jauh dari Raub, dalam sejam lebih je naik kereta.

Turun awal pagi, nak elak kesesakan dengan manusia lain. Raub Bentong ni, jem dia dalam bandar, malas betul berlama-lama sangkut. Nanti mood anak pun spoil. Ai macam biasa bawa bekal. Nasi lemak, sambal bilis dan telur rebus. Makan tepi jalan nanti.

Destinasi pertama kami....




Taman Rusa Tanah *Deerland Park, Aliff trasnlate ikut suka hati dia. Orang tak ramai lagi. Suka suka.. Lepas bayar harga tiket, RM6/dewasa dan RM4/kanak-kanak. Budak-budak ketot tak kena bayaran. Heee... akak kat kauter tu bagi stiker dan kupon. Stiker tu lekat je kat baju. Lepas tu silalah masuk ikut pintu tepi tu haaa...




Selepas pintu masuk utama, nanti ikut je dia punya trail. 




 Lepas papan tadi tu akan ada lorong memanjang gini. Macam masuk dalam hutan kan?? Suka sangat. Nanti kita ikut je jalan ni. Setakat ni hero-hero behave lagi. Aneeq dah ada aura-aura perwira, kesan nasi lemak kot? Kasyah masuk je mengadu bau busuk. Alahai...bukan busuk apa sangat pun. Bau macam hutan gitu, macam mana nak cakap ye? Macam kalau kita ke lata atau jeram, ada bau gitu la.



Sangkar burung pertama yang kami jumpa. Tak nampak sangat beburungnya. Cantik comel kecik je. Cikgu berkenan nak bawa balik seekor, bela kat rumah. Duk mencari orang jaga taman ni. Hmphh..

Depan sikit dari kurungan ni, ada pondok kayu gitu. Situ nanti kita dapat tukarkan makanan untuk rusa. Ai ingat satu kupon dapat satu bekas makanan je. Punya duk tanya, boleh beli tak makanan tu? Nak beli sebakul dua ubi tu. Rupanya adik penjaga taman tu bagi 4bakul kecil, ceh..buat malu je ai. Keh keh...




Sesi memberi makanan bersama rusa. Penakut semua ehh.. terjerit-jerit. Annur lagi best, amik ubi nak masuk mulut. Haishhh...bukan makanan awak la kecik. Buli rusa ni tebal kasar. Macam mana la boleh buat kot bulu ye?? Ke tu rusa kategori lain? Hahaha...

Aneeq lambat bagi ubi tu, terus rusa tu jelir-jelir lidah macam nak tarik bakul tu. Apa lagi, bertempik tak ingat, takut. Habis jatuh bakul ubi tu. Panjang betul lidah eh..

Tanduk rusa tu ada bulu-bulu lembut je. Suka usap. Rusa ni dah biasa dengan manusia, rileks je dorang.




Ini geng rusa tak rakus macam kat atas. Baik je tunggu orang suapkan. Aneeq melayan dorang. Dorang?? Errr..dekor kot.





Up lagi gambar bersama rusa. Kata Deerland kan? Hohoi...can malican ketipung payung.




Lepas kawasan rusa tu tadi, kami bergerak lagi. Banyak kawasan burung-burung. Orang panggil unggas kan, ke silap? Tapi dalam kurungan la. Memula ai ingat ni ayam api tau konfiden musti bila depan anak lepas baca kad penerangan tu baru tau bukan. Peasant apa ntah nama dia. Hahaha..lupa snap, tapi banyak la jenis-jenis beburung gini.




Itu ha nampak kad penerangan setiap haiwan kat sini. Sila baca, jangan malas. Nanti macam ai, buat konfiden depan anak tapi salah.





'Macam kucing atuk je mama?' Yela sangat tu Aneeq. Sama keluarga, jenis je lain. Sedap je dia duk menjolok-jolok kandang tu. Kena gigit baru tahu.





'Ni pun macam ayam atuk.." Yela nak. Haish...





Letak gambar ni sebab rasa lawa. Hahaha...ai jurukamera rasmi hari tu. Jadi gambar jurukamera tak adalah. 





Merak ni bila kembang, besar sangat. Macam tetahu je nak ambil gambar terus dia bukak kembang gitu. Nampak la tahap bangga beliau. Siap catwalk datang dekat-dekat kami. Bukan catwalk la, birdwalk?? ke chicken walk?? Apa-apalah.. Ceh..patut la dapat anugerah binatang paling bongkak. Hahaha..apokah? Tapi memang cantik. Masa dia flip nak bukak tu macam, wahhh... Annur sampai takut, kenalah Cikgu bawa dia ke tempat lain.

Hak belakang atas dahan pokok tu, merak putih. Ai ingat merak albino. Rupanya tak, memang style dia, putih. Tak sempat nak warna lagi kot bulu tu, tunggu dia besar sikit lagi, hujah bernas Aliff. Betul la sangat. Inilah penjahat dalam cerita Kungfu Panda tu, Aliff cakap. Eh? Maknya tak tengok habis. Merak putih ni kembang kejap je, nak ambil gambar terus dia tutup sayap dia tu. Eksen ngko ye. Sayap ke orang panggil? Dah kenapa ai asyik pening sejak masuk Deerland ni. 


Kena stop dulu la kot, dah asyik pening je..kita sambung lagi nanti.
Saje la tuuwww..boleh prolong entry blog heee...



Wednesday, April 29, 2015

Bercut-cuti Ke Bukit Fraser 2


Akhirnya berjaya menyambung cerita hehehe... Sekian lama, apekah...



Tempat wajib ambil gambar kalau datang ke sini. Nak ambil gambar kat sini kadang sampai kena tunggu giliran tau, punyalah femes tempat ni.Ni ai ambil awal pagi, jadi tak ada lah orang mana. Sambil tunggu nak sarapan pukul 7.30 kat hotel. Sempat la merayau dekat-dekat. Cuma yang tak best bila hari dah meninggi sikit dan orang yang nak bergambar makin ramai.Diorang kadang macam tak fikirkan langsung keselamatan diorang, janji dapat bergambar, tak kira la selpi ke apa,semua macam tak peduli dengan kereta. Pemandu kereta memang kena berhati-hati lebih kawasan sini, dah la jalan turun bukit sini.





Tempat yang paling banyak kali Cikgu pergi dengan anak-anak bila ai kerja, Allan's Water. Diorang jalan kaki dari hotel ke sini. Tempat ni banyak juga aktiviti cuma masa ai pergi ni dah petang sangat dan cuaca tak berapa elok, dengan petir guruh berdentam-dentum. Jadi diorang dah berkemas-kemas apa yang patut. Budak-budak ni bukan kisah sangat, dapat bagi makan ikan tu gembira sangat dah. Makanan ikan ada jual kat kaunter bot kayuh tu dengan harga RM1 sebungkus. Kami bawak bekal roti siap-siap beli dari Raub, pek besar punya. Sorang tiga keping roti lagi jimat hehehe.. dasar kekut sangat 

Dalam gambar tu kalau perasan belah belakang ada bebola gergasi putih, boleh disewa, RM15 dalam 15minit tak silap. Kalau nak merasa berjalan atas air boleh la. Aneeq beria nak naik tapi sebab dah petang tu, ai cakap je diorang nak tutup dah hehehe.. Selain permainan bebola gergasi tu, ada bot kayuh dua tempat duduk RM6/15minit. Budak-budak tak boleh naik yang ini. Dia ada syarat ketinggian kalau tak silap. Masa datang ni ada pasangan tengah amik gambar kawen. Persekitaran memang cantik cuma kena tahan mabuk la sikit kalo jenis mabuk le..



Ikan besar-besar. Menakutkan tengok cara ikan ni makan. Macam lapar sangat padahal kemain ramai yang bagi makan. Takut anak-anak jatuh kena makan je nanti banyak sangat tengok cerita la mokcik ni Kat sini boleh memancing tau, cuma kena bayar sewa tapak RM10 lepas tu pancing la. Bagi yang suka cabaran memancing, sini bukan tempatnya la, ikan sini jenis mudah tangkap. Ini untuk orang yang memancing memang untuk nak ikan. Sedap ke tak ikan ni?? Tah la, sedap kot. Hahaha...




Tempat lain yang biasa dilawati kalau ke Bukit Fraser, The Paddock. Ini kawasan memanah, RM10 sekali main. Tak teruja sangat nak cuba sebab dah penah cuba.




Kami datang untuk ini.. Menunggang kuda. Kadar bayaran untuk sekali pusing tapak tu, RM6 untuk kanak-kanak, RM8 untuk dewasa dan RM10 untuk dewasa+kanak-kanak. Aneeq teruja sangat kot, sampai-sampai terus terjun masuk gelanggang tu. Menjerit la ai takut sebab kuda jantan seekor dalam tu macam dah lain macam je. Orang yang menjaga pun jerit suruh Aneeq keluar dari situ. Nasib baik la dia nak keluar sendiri "taik kuda busuk la mama.." Hahaha..



Budak yang dua kali naik. Kali kedua naik sebab Aliff tak nak naik. Aliff memang jenis penakut sikit. Nak pegang usap kuda tu pun puas pujuk heee...



Cikgu naik tiga pusingan. Dua kali dengan Kasyah dia naik sampai tak nak turun dan sekali dengan Aneeq tak silap. Nampak tak ke-ter-paksa-an Aliff di situ? Kaku je. Heee... Memang macam membazir sikit, pusing gelangang tu bukan lama mana pun, tapi tak apalah, nak bagi pengalaman kat anak-anak. Kat sini kalau hujung minggu dan cuti umum buka sampai pukul 7.00malam tau.



Akhir sekali, letak gambar kami sekeluarga. terima kasih pada saudari yang sudi tolong ambil gambar. Jenuh ai nak setting timer bagai..syukur ada orang membantu. Hee..nak minta tologn segan. Owh, jelas ternyata ai yang kegemukan di situ hahaha...

Kat Bukit Fraser ni pun boleh buat aktiviti jungle trekking, banyak trek boleh pilih ikut keupayaan dan kelaratan anda je. Pun boleh ke Air Terjun Jeriau, cuma masalahnya nak ke sana bukan boleh naik dengan kereta, 4km jalan kaki. Kami pilih aktiviti yang anak-anak boleh ikut sama je. Hujung minggu kat sini ramai geng berbasikal, cuma bila dah ramai jadi masalah sikit bab berkongsi jalan jela. Jalan naik dan turun kat sini kat kecil dan sehala, agak menganggu dan berbahaya bila kita kena menunggu diorang berbasikal dan kita berkereta kat belakang. Itu pendapat ai jela, heee..

Kepada yang mahukan percutian yang menyenangkan, mendamaikan dengan udara segar dan keindahan alam yang tak begitu terusik, boleh cuba ke Bukit Fraser. Jom bercuti-cuti dalam Malaysia.. dah macam apa je ending hahaha

Wednesday, April 15, 2015

Bercuti-cuti ke Bukit Fraser 1



Ai ada kerja sikit di Bukit Fraser hujung minggu lepas. Alang-alang  angkut sekali  4A, bolehlah bercuti-cuti hujung minggu. Cikgu pun sebenarnya tak konfiden nak bagi ai drive naik atas sendiri. Ai ni jenis mabuk, bawa sendiri kereta pun boleh mabuk, macam mana tu?? Hehehe..

Dari Raub pukul 2.45petang, kebetulan pulak masa tu hujan mencurah-curah. Air menderu turun dari bukit masuk atas jalan dengan dedaun kering dari bukit, dah gaya macam ombak melanda kereta. Nasib baik Cikgu yang pandu. Anak-anak semua dah tidur, alhamdulillah. Bolehlah maknya sama lelap sebab dah pening-pening lalat.




Kami menginap kat sini untuk 3hari 2malam ni. Puncak Inn Bukit Fraser. Elok sampai hujan dah berhenti terus daftar dulu. Tapi masuk bilik kendian sebab ai ke tempat kerja dulu selesaikan apa yang patut baru masuk bilik.

Pilih sini sebab paling dekat dengan pekan dia dan tempat ai kerja. Kira kalau ai bawa kereta ke tempat kerja tak adalah Cikgu mati akal dengan 3A dalam bilik je.




Nampak peta? Nampak macam besar je kan Bukit Fraser ni? Bayangan gurauan je semua tu. 3A dengn Cikgu boleh je jalan-jalan ke sana ke mari sampai ke Allan Water bagi makan ikan tu. Ni peta dalam kawasan PLATIH, pinjam.



Cuma kalau nak komen satu jela tempat Puncak Inn ni, tangga. Huuiiii..ai khen famili ramai jadi konon amik la bilik keluarga. Letak kat tingkat tiga yu, naik tangga empat kali. Lenguh kekaki.  Ini baru kat tingkat dua, ai kan muatan berat jadi yang paling belakang la hahaha...





Lepas tu baru sempat usha-usha pasal bilik Puncak Inn ni. Kat tingkat satu bilik Standart, tingkat dua yang dalam gambar ni Junior Suite. Tingkat tiga bilik Family Beza harga bilik keluarga dengan suite cuma RM10 je, nyesal tak upgrade. Ingat mahal. Orang kaunter tu cakap murah sebab kat tingkat dua tak ada pemandangan. Terhalang kat bumbung tingkat 1. Huuu...ai tak kesah pemandangan apa, nak naik tangga tu sakit....




Ini harga bilik kat Puncak Inn. Bilik Deluxe terletak di bucu-bucu tangga. Jadi kemungkinan nak dapat tingkat atas tu tetap ada. Jadi sila bertanya dengan jelas yer?? Gambar bilik hotel tak ada, sebab masuk bilik dah nak Magrib, sibuk nak mandikan 3A masak nasi apa. Kang masa tu la ai sebok nak ambik gambar memang menunggu bebel Cikgu la. Hahaha.. Tolong abaikan nombor telefon kat tepi tu, nombor pemandu teksi tu, sebab ada kes kecemasan sikit dengan peserta program hari tu.

Err..masak nasi?? Ye, ai masak nasi. Kami bawak periuk nasi elektrik kecik. Huuu..walaupun harga makanan boleh tahan, tapi dengan cuaca yang melaparkan gini, nak terpongkeh jugak poket membeli. Jadi biasa Cikgu beli lauk dan nasi sendiri masak. Sekali masak 4pot abis licin huuu...




Anjung Tinjau ke apa nama eh?? Tak sempat nak usha.. Dari atas ni orang kata pemandangan cantik sangat. Huu..mokcik tak larat nak naik tangga. Balik keje naik tangga pon dah semput, lagi nak naik atas sini nak amik gambar?? Tidok la rajin mokcik, kita snap aje dari bawah.





Tempat makan Puncak Inn. Luas dan selesa. Ada kat bahagian luar pon ada. Boleh la nak feeling macam kat negara omputis gitu makan. Kami kene makan kat dalam sebab kaalu kat luar banyak godaan untuk si kecik tu. Lagipun dekat dengan meja buffet hahaha...itu motif benarnya

Harga makanan kat sini pun tak adalah bajet hotel sangat. Macam kat luar je. Mungkin sebab hotel ni bawah pengurusan Perbadanan Bukit Fraser kot. Steamboat RM25/orang, makanan goreng-goreng tu dalam RM6-8. Kira masih boleh lagi la. Kalau tengok hotel lain, nasik goreng dah RM15 huiiii...tidak lah hamba membeli....




Meja bufet. Tak banyak pilihan tapi kena la dengan selera kami. Pagi pertama ada nasi goreng dan bihun goreng. Menu tetap roti bakar-bakar, bubur ayam dan kacang panggang. Juga roti macam kruton+kentang+sosej goreng bersama tah macam mana tah..tapi sedap sgt. Makan dengan bubur pun jalan. Rangup gitu... Air suam kopi teh jus-jus memang tiap hari ada...

Sarapan percuma untuk dua orang dan kanak-kanak bawah 6tahun. Aliff kena bayar RM8, tapi berbaloi sangat sebab kemain dia makan pagi tu. Nasi goreng sepinggan mambung tambah bubur ayam dua mangkuk. Kasyah yang tak  berapa sihat pun selera datang. Nasi goreng semangkuk dan bubur dua mangkuk. Aneeq jangan cakap la, tiga kali tambah nasi goreng. Inilah sebab kami kena pilih meja dekat dengan meja buffet.Hahahaha...

Hari kedua mee goreng dengan nasi lemak. Ini anak-anak macam dah kureng sikit. Mee pun muak tak macam bihun. Tapi masih lagi okey la.

Penutup gambar 4A kesayangan ai. Bergambar depan deretan kedai yang bukaknya pukul 11pagi nanti. Sini lah tempat Cikgu beli makanan untuk makan makan kami.

Gambar jengjalan akan di-naik-tarikh kemudian. Heee...

Saturday, March 7, 2015

Bercuti Di Kondominium Peranginan TNB Port Dickson 3



Sambung entry bercuti lagi. Heee..jarang kami dapat ramai-ramai gini, seronok sangat. Inipun banyak gambar tak masuk lagi. Seronok...



Ini Ma saya, staff TNB senior. Tak silap 35tahun kot berkhidmat dengan TNB. Sebelah tu Cikgu Besar dari Cameron Highland. Sorang ni suara memetir betul, tu lekat nama Guru Besar tu hahaha.. Yang dua orang budak kecik tu anak dia. Hak sorang lagi tu Aliff..



Adik ketiga dan keempat ai. Sorang cikgu sorang misi. Bersama anak-anak. Cover dengan anak belaka nih, padahal lepas tangkap gambar serah anak kat suami memasing dan men-dugong belaka...



Lepas acara di kolam ke pantai la pulak. Nampak tak? Dekat sangat. Ada pintu kecik untuk penginap ke pantai. Pondok kecik tu tempat bakal kami ber-BBQ petang nanti.




Sempat la layan pasir pantai kejap. Pantai kat sini macam tak bersih sangat. Sebab anak adik yang lokek kulit tu lepas tu naik biji-biji kulit dia. Ni sesi nak mengalih pandangan si Kasyah je. Sebab mak pak ada agenda lain.





Ini ha agendanya...lama dah nak merasa naik Bot Pisang ni. Rezeki pemandu ni. Kami kan ramai, jadi naik sampai 3pusingan nak bagi semua merasa. Itupun En Duta TNB kata Bot Pisang ni tak trill mana, sebab bot yang tarik satu enjin je. Kalau dua enjin lagi best nanti bot tu melayang-layang lawan ombak. Hoishh...tak payah la.



Ini pusingan ketiga bersama Bot Pisang. Pusingan yang dikira lebih extreme. Gambar tu diorang kena baling dalam laut. Bagus pemandu ni boleh kawtim. Siap adik boleh minta nak jauh mana, laju gitu gini... Dia amik satu kepala Bot Pisang ni RM10. Ada bot lain tu letak harga RM20-RM25. Kena pandai mencari dan tawar menawar. Bila kami dah naik ualng-ulang tu, encik pemandu tu kira lumpsum je, siap  bagi diskaun. Yela, sepagi je mau cecah RM500 dia dapat. Rezeki encik yang pemurah...




Tah apa nama benda ni tah. Benda ni memang laju, melayang-layang. Naik berempat. Yang duduk menghadap sana tu daya tarikan kurang sikit tapi mata pedih lebih la sebab air laut tepercik dari enjin bot tu. Adik ai dengan Ngah duduk menghadap sini. Adik ai kata anak tudung siap tercabut, tangan pun sakit-sakit lenguh menahan dari jatuh. Tu pon En Duta dah pesan kat pemandu bot, jangan laju sangat, sebab semua perempuan. Benda alah ni RM20/sorang. Adik yang laki pun ada naik, siap tergolek-golek menahan diri dari jatuh, turun tu cakap rasa ank muntah, macam mabuk. Hahaha...




Edisi petangnya pulak. Sebelum main bakar-bakar. Ambil gambar secara paksa. Tak masuk semua lagi ni, tah sape tah yang tangkap ai lupa dah.




Ada ayam. sotong, sosej dan jagung Cameron. Ai siap buat coleslaw untuk makan. Sedap ber-BBQ dekat pantai gini. Masa ni dah ramai orang. Kolam pun dah penuh dengan pengunjung. Kami
dah tak heran dengan kolam. Mana tak, dari petang Rabu lagi berendam membawa ke pagi sampai tengahari Khamis. Lepas habis aktiviti pantai masuk balik dalam kolam. Nasib baik cafe tu tak buka, kalau tak memang tak naik bilik dah kot.




Kek tu untuk meraikan En Duta TNB dan Ngah sempena hari ulangtahun perkahwinan mereka dan hari lahir Ngah. Memasing sibuk makan yang bakar-bakar dulu. Kek letak tepi. Meja tu AJK Tugas Khas cilok dari tepi kolam, tapi lepas tu hantar balik. Cuaca baik sangat hari tu, redup je. Kami mula membakar pukul 4.30petang. Lama betul tak berkelah gini ramai-ramai...

Nak guna tempat ni kene tempah dulu masa nak check in tu. Ada tiga tempat, satu besar dan ada tempat duduk kerusi meja bagai, betul tepi kolam mandi tu. Dan dua jenis macam kami ni, gazebo dan hampir dengan pantai. Masa tempah tu dah ada orang ambil yang besar, tapi memang tak berapa berkenan yang besar tu sebab tepi kolam. Bahaya untuk budak-budak. Itupun Aneeq dah hilang diam-diam masuk kolam sendiri.

Tempat BBQ ni seeloknya tempah awal. Cakap masa pendaftaran tu bila nak membakar nanti diorang akan letak nama kita kat tempat tong bakar tu. Siap dengan kipas penyepit dan fire starter lagi orang tu bagi. Terima kasih encik BBQ lelaki india tak sempat tanya nama Sebab banyak bantu kami hari tu.



Sebelum balik bergambar kat basement dulu. Dari kiri tepi adik ai yang tingkatan 3 Amer, adik ipar terbaru dari Melaka si AJK Tugas Khas, adik ai dari Poslaju, En Duta TNB, adik bongsu perempuan dari PALAM dan incik Abah. Depan tu Su Dam, adik bongsu ai. Dah lama tak beramai-ramai dan membongok bersama-sama. Semoga semua panjang umur semua dan dapat ber-gathering lagi lain kali...