Sebenarnya jeles tengok keluarga adik ipar selalu je gathering, macam best je. Merancanglah kami adik-beradik nak buat 'family gathering' dari tahun lepas membawa ke tahun ni, Nak tarikh yang in dengan semua orang memang payah. Yang cikgu dengan masalah cikgu, yang kerja shift, bebudak sekolah lagi, belum dengan hal-hal peribadi itu ini. Alhamdulillah dalam kekecohan itu ini selamat juga kami ber-gathering buat pertama kalinya. Weeehuuuu...
Maka dengan ini juga, akan menjadi stok untuk entry dan yang pasti sangat lah entry ini bersambung-sambung dan sambung hehehe...
Usaha adik ai mem-booking kurang berjaya walaupun dia dah book tempat ni sebulan lebih awal . Bak kata Duta TNB ke Kondo PD En. Hafiz, kalau nak tempah tempat ni musim cuti-cuti sekolah memang payah sangat. Dia siap buat rayuan apa dah, tak dapat jugak. Syukurlah atas ke-senior-an Ma sebagai pekerja TNB maka permohonan diluluskan walaupun Ma mohon agak lewat, hee..bagus TNB ni, menghormati orang tua heee...
Kami bertolak dari Raub pada 18/2/2015. Ai cuti Rabu tu sebab nak samakan jadual dengan cuti Cikgu. Sekolah kan dah cuti dari hari Rabu lagi. Alhamdulillah, memang tepat keputusan ai bercuti tu. Sebab Ma book kondo pon dari 18-20 Februari 2015. Kalau ai tak cuti, dah rugi sehari hari nak berjimba-jimba.
Kondo Peranginan TNB ni terletak tak jauh dari Politeknik PD. Keluar dari Tol PD ke belah kiri, ikut papan tanda ke Teluk Kemang. Kira kalau dah nampak Poli PD boleh dah perlahankan kenderaan dan tengok papan tanda Thistle belah kanan. Kondo ni belah belakang dari Thistle tu.
Tempat pendaftaran...tak ala-ala kondo mana pon khennn... Macam hotel murahan sahajo heee... Model dalam gambar, adik kedua bongsu ai, Ayeh dan Kasyah.
Lobi. Biasa dan sederhana je, tapi ai suka, rasa macam rumah-rumah je. Eh, dah kata kondo bukan hotel kan? Kondo ni waktu check in dia 3.00petang, check out pula pukul 12.00tengahari. Kondo ni 6tingkat kalau tak salah. Lobi di tingkat 1. Tingkat bawah parking lot dan kolam mandi.
Kawasan lif. Kami di Tingkat Lima. Masa ni tak ramai mana orang. Sunyi lagi. Mood cuti baru nak mula kan??
Kondo eh dari depan. Cantik kan?? Macam rumah orang kaya kaya gitu. Boleh la buat verangan kejap heee...
Pandang bawah pulak. Kat depan tu ada gelanggang tenis tak silap. Kat sini disediakan banyak permainan macam futsal, snooker, bola tampar, ping pong apa lagi, kena bayar la sikit sewa. Adik-adik sempat main ping pong. Geng lelaki la buat perlawaanan persahabatan. Lepas tu lawan lumba motor kat arked kena tukar token je, masuk percuma Suara diorang pepalih kuat. Dari tingkat 5 boleh dengar diorang terjerit-jerit.
Ingat nak adakan pertandingan karaoke. RM15/jam kalau sewa kat sini. Kira nak lawan balik kes tak puas hati masa kecik dulu dvd player rumah dulu ada fungsi karok dan sistem markah sekali Yang menang adik ai si Hafiz tu, padahal nyanyian paling out, lagu pulak ABC, bapok hampeh. Mesin tu bagi 95markah, memang bingung mesin tu. Tapi sayang, tak dapat nak sewa, staff kata rosak dari tahun lepas tak dibaiki lagi.
Pandang bawah pulak. Kat depan tu ada gelanggang tenis tak silap. Kat sini disediakan banyak permainan macam futsal, snooker, bola tampar, ping pong apa lagi, kena bayar la sikit sewa. Adik-adik sempat main ping pong. Geng lelaki la buat perlawaanan persahabatan. Lepas tu lawan lumba motor kat arked kena tukar token je, masuk percuma Suara diorang pepalih kuat. Dari tingkat 5 boleh dengar diorang terjerit-jerit.
Ingat nak adakan pertandingan karaoke. RM15/jam kalau sewa kat sini. Kira nak lawan balik kes tak puas hati masa kecik dulu dvd player rumah dulu ada fungsi karok dan sistem markah sekali Yang menang adik ai si Hafiz tu, padahal nyanyian paling out, lagu pulak ABC, bapok hampeh. Mesin tu bagi 95markah, memang bingung mesin tu. Tapi sayang, tak dapat nak sewa, staff kata rosak dari tahun lepas tak dibaiki lagi.
Ok, ini dalaman rumah. Ruang tamu kondo ai ambil dari arah pintu gelongsor. Model yang hensem tu incik Abah. Masa ai sebok amik gambar Abah dah tanya, pelik kot sebab korum tak cukup lagi masa ni tapi ai dah sibuk amik gambar sana sini. Kata nak masuk blog, terus beliau pesan "Hah, jangan nok masuk dalam intenet-intenet, kang orang edit gamba abah" Har har har..harus gelak dengar statement beliau.
Ruang tamu sangat luas. Ini keadaan sebelum mendapat sentuhan mak-mak. Elok teratur je. Pintu yang belakang meja makan tu tandas. Sebelah dia bilik tidur kedua. Dari situ ada macam laluan ke bilik ketiga dan ke tempat sidai kain.
Ini ruang tamu dari pintu hadapan. Nampak kan keluasan kondo ni. Selepas di alih kedudukan kerusi meja apa, ramai-ramai tidur bergolek depan tu ha. Malam sejuk kat sini. Buka je pintu gelonsor dengan pintu depan, angin menderu masuk. Tepi pantai pulak, lagi la...
Kami bawa toto dengan tilam angin. Tambahan untuk tempat tidur. Kalau dibaca arahan kat dinding tepi tu, tak boleh bawak tilam apa. Alahai..nak buat camna, kami ramai. Nak sewa dua kondo tak lepas. Maksimun penghuni kat sini 12orang dalam satu-satu amsa. Alhamdulillah, staff sini bertimbang rasa sangat. Dia cuma kira orang dewasa sahaja, kanak-kanak bawah 12tahun tak dikira. Jadi kami cuma lebih 5orang dan bayaran yang dikenakan sangat berpatutan. lupa berapa tapi tak sampai seratus pon
Dapurnya kecik comel je. Bila sekali ramai chef masuk, pakat terlanggar bontot. Best jugak dapur konsep terbuka gini. Asal ada je orang kat dapur tu, kita boleh terus nampak. Istilah nak makan curi-curi memang tak ada la kalau dapur jenis gini. Dari elok nak makan sorang-sorang dah kena buat satu kawah terus.
Dapur sini siap ada peti ais satu pintu, mikcowave dan electric kettle. Benda lain yang ada kat atas tu, benda haram heee.. Periuk nasi dan camping stove tu Ma bawa dari rumah. Kami pakat-pakat bawa makanan sikit sorang. Ai bawa sambal bilis, adik-adik ai ada bawa laksa dan kari ayam. Ma siap ada ayam goreng, kari dan rempah ratus nak masak. Belakang periuk nasi tu ada tanda amaran Dilarang Memasak. Tapi yang terlarang itulah godaan hehehe. Luar tingkap dapur tu ada kawasan khas untuk sidai-sidai kain. Ai veri the laik. Tak adala bersusun baju kat tepi tepi beranda macam rumah kongsi...
Ini la Master Bedroom atau Bilik Tidur Utama.Luas. Katil Kelamin Queen, bilik air sendiri dan ada penghawa dingin. Bilik Utama ni ada pintu sliding yang membawa ke beranda yang dikongsi dengan beranda ruang tamu. Ini pon sebelum ubahsuai. Selepas di ubahsuai, tilam tu diturunkan maka akan menjadi katil yang luas untuk dikongsi tidur beramai-ramai.
Ini beranda...Ambil gambar dari dalam je. Sebab masa ni matahari terik sangat lagi. Panas membahang. Dah la tepi pantai. Beranda ni la yang bersambung ke bilik tidur utama. Luas dan besar. Tambahan tempat menyidai pakaian kami..heee Dari sini nampak laut tau, tapi pemandangan tak lawa,so tak ambil gambar.
Ini bilik Cikgu Besar aka adik kedua ai Nor. Itu panggilan manja je, sebab dia ni garang melampau jangan marah Nor Ini bilik kedua. Agak luas tapi tak ada bilik air la. Bilik air kongsi kat luar bilik. Bilik ni tak di makeover, sebab anak-anak dia baik, tidur tak ada istilah terjun tiruk hahahaha...
Bilik ketiga ada dua katil bujang. Aliff tengah tolong ai ubahsuai. Dia pon dah tahu, asal ke hotel je mesti nak kena ubah letak duduk perabot. Bahaya weh, budak-budak tengah melasak.. Setiap bilik ada penghawa dingin, meja solek dan almari. Memang selesa.
Dua bilik ni dalam 10' x 12' luas dia.Bilik air biasa-biasa je. Tandas duduk, singki dan pancuran hujan. Luas bilik air dalam 6' x 8' kalau tak silap. Ai duk kira luas berpandukan tiles yang ada. Lepas tu lupa...huuu..padahal kira satu rumah dah ari tu. Gigih sangat kan??
Tips untuk yang datang beramai-ramai
*Bawak toto untuk tambahan tempat tidur kalau anda ramai. Kalau tak guna sebagai tilam pun boleh guna sebagai selimut. Sejuttttt...
**Bawak tuala lebih sebab satu bilik cuma diberi dua helai tuala bilik warna putih dan dua helai tuala kolam belang putih biru Jadi satu rumah cuma ada 12helai tuala. Untuk kami hari tu cuma dapat 4helai je tuala kolam
***Jangan lupa ubat nyamuk. Walaupun agak tinggi, nyamuk tetap ada. Adik-adik pepagi je menggaru. Kalau dalam bilik berhawa dingin memang tak ada, kat luar.
****Kain buruk yang bukan buruk eshhh...maksud ai kain untuk lap kaki. Kondo cuma bagi dua je, depan bilik air. Dengan budak-budak ramai, keluar masuk kolam lagi, mandi apa, lantai licin je
*****Bawa hanger tambahan. Sini memang ada tempat sidai baju, tapi hanger sikit. Lupa bawak?? Sila cilok kat bahagian house keeping hahahaha.. kene marah tak tahu ye??? ini tugas adik ipar ai si AJK Tugas Khas
caish.. xleh tukar nama, adik manis pon adik manislah.. nak tukar nma real bnar.. btw, syabas lom.. lama doh kawe tunggu .. XD biarkan sbgai knagn
ReplyDeletehahaha..tenet opis ok waktu pagi je..lambat la sikit..buat sikit2 pepagi.
Deleteok la tu si adik manis..weeeweeettt!!!
cni ada tmpt bbq x
ReplyDeleteada...
Deleteada kecik ada yang besar
dalam next entry ada sy letak pasal tempat bbq
Tilam kelamin queen??..mcm mn la agknya kelamin queen tu...haha...
ReplyDeleteSori..gurau je..jgn marah
cik/encik/puan anon
ReplyDeletehee..tah la...ayat pening gitu la.nak cakap bukan katil single queen..tp ayat tak keluar
Macam mana nk apply ayah sy dah pencen, dia lupa... tolong bgtau pleaseeee. Duou selalu pegi masa kecik2
ReplyDeletemaaf..lambat reply, saya bersalin. setau saya kene guna no pekerja tnb tu untuk tempahan. cara tempahan pun online.. jd kalo dah tamat perkhidmatan dgn tnb rasanya tak dapat kot.
DeleteDalam satu masa agak2 boleh dpt 2@3 unit x.sbb nk buat fmily day.
ReplyDeleteDalam satu masa agak2 boleh dpt 2@3 unit x.sbb nk buat fmily day.
ReplyDeletetak berani nak cakap.sebab famili kami ari tu mohon guna nama mak adik dua orang, tapi cuma lepas yang mak je.adik pon mohon awal dua bulan,tak dapat.rezeki mak je dapat
DeleteSalam sis..kena bayar x untuk penginapan?
ReplyDeleteHusband ada plan nk book utk next year
maaf puan, sebab bukan saya yang book.book atas nama mak saya(staff tnb) kalau tak silap bawah rm100. ni memang kemudahan kira untuk staff tnb,tu dapat harga gitu.dia book ppun online, macam kalau gomen staff ada rumah perangangin persekutuan kan, ha macam tu.orang luar saya tak tahu.maaf sangat ye
Deletepemohon kena apply online dkt web site tnb..hanya untuk staff yg masih bkhidmd dgn tnb shaja...
ReplyDelete