Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, June 3, 2015

Bercuti-cuti Ke Bayou Lagoon Park Resort



Haishh...asyik cerita berjalan je. Orang lain berjalan sampai ke luar negara bagai tak ada pon kecoh. Dah la naik kepam baru nak up entry huu... Konon saje nak letak review konon ada esok sape-sape yang nak pergi tempat ni, boleh elakkan benda-benda yang perlu dielak.

Awal bulan Mei hari tu cuti berderet untuk negeri Pahang. Bosan kot ke sebab duit terlebih heh?? amboi sangat mokcik ayat awak ai ajak Cikgu jalan-jalan. Last minute punya program. Biasa ai nak ke mana-mana servey saje dah makan mingguan. Perancangan kene mantap biar lepas tu berserabai jugak jadinya.




Bayou Lagoon Park Resort (BLPR) Melaka. Kenapa Melaka? Hmm..sebab tempat dekat-dekat dah habis kene booking awal lagi. Ai ni kalau nak ke mana-mana kene fikir tempat yang anak-anak boleh suka suki. Kat sini ada kolam, jadi ke sini lah kami.

Tempat ni tak jauh, kalau dari Raub tu kene la ke Ki'il dulu dan naik ikut jalan tol. Keluar tol Ayer Keroh tu ikut je tanda Jalan Seri Negeri. Ikut je nanti akan nampak papan tanda tempat ni, dan sila ikut papan tanda tempat ni la pulak, okey?? Suka Melaka ni papan tanda dia sangat bagus. Bukan takat letak nama-nama jalan, siap pasaraya mana apa semua ada tanda, mudah bagi orang yang suka sesat macam ai dan Cikgu hehehe...




Tempat daftar masuk semua dibuat di kaunter Amari Villa. Lengang je kan?? Sebab ni gambar pagi hari check-out punya gambar. Owh kat sini tempat letak kereta memang dahsat. Bukan sebab tak ada tempat parking. Sini disediakan tempat parking bertingkat tapi tula, jauh sikit. Bagiyang menginap di Amari Villa bepeluh la jugak ketiak heee... Hasilnya, kereta bertindih-tindih parking dari jalan dua hala jadi satu hala. Dengan pemandu yang letak kereta macam tempat ni bapak diorang punya lagi, hazab rasa... eh, ke memang diorang punya??



Ini tempat daftar. Ramai sangat orang mungkin sebab cuti kan? Tapi efisien dan tak ada la masa menunggu tu lama sangat. Sebab diorang guna sistem nombor. Sambil tunggu boleh lepak dulu kat lobi. Kerusi banyak jangan risau.


Ini pulak gambar kaunter waktu nak check-out. Banyak beza kan? Tepi pasu atas kertas label pink karer tu ada mesin tekan untuk dapat nombor giliran macam kat bank tu. Nanti bagila kertas tempahan online dengan kad pengenalan anda untuk dapatkan bilik. Jangan lupa ambil sekali tag untuk masuk ke taman air dan baucer untuk sarapan kat sini.

Masa cetak resit tempah online, tengok dia tulis penginapan kami kat Amari Villa ni, tapi bila daftar masuk orang tu bagi kat Tahiti Villa. Tahiti Villa ni banyak unit penginapan jenis dua,tiga bilik rasanya, macam apartment. Sebab asal kami lalu bila orang buka pintu tak macam bilik kami. Kami amik Studio Apartment je.

Cuma satu je nak komen, masa buat tempahan tu, ai minta untuk bayar tunai di kaunter. Dah siap tempah semua ok la. Sekali dua hari lepas tu Cikgu dapat mesej dari Bank Islam ai booking guna kad kredit die hehehe kata amaun sekian sekian dah ditolak. Betul la macam tak ada apapun, tapi macam..tah rasa macam dimungkir janji pulak.Gitu..




Ini troli khas bagi orang-orang yang bawak banyak bagasi. Kami tak banyak mana. Satu beg troli sederhana, satu beg bimbit dan satu beg mayat beg kanvas besar yang corak-corak kartun tu, ai panggil beg mayat  Beg kanvas tu letak toto bantal dan barang bukan-bukan. Pun untuk seludup masuk periuk nasi+beras dan bla bla bla.. bunyi cam banyak betul benda seludup eh




Cafe utama, kat bangunan Amari Villa Kasyah konon nak ke cafe la tu Tapi masa kami datang ni ramai orang. Jadi sarapan di buat di pusat konvesyen. Bangunan paling depan antara bangunan-bangunan BLPR. Jauh la sikit menapak, sebab kami di Tahiti Villa. Disebabkan sarapan  percuma untuk dua orang cuma Akasyah je lepas masuk tanpa bayaran  kami pergi sarapan pepagi sebelum hero besar bangun. Lepas sarap tu, keluar kejap carik nasi lemak untuk hero-hero. Beli je kat gerai tak jauh dari BLPR ni.. Jadi kepada sesiapa yang tak nak amik voucher makan pun no hal lah. Dan makanan kat sini walaupun banyak pilihan, tak berapa kene kat tekak ai. Nasib baik tak bawak hero berdua sekali. Tekak diorang sama je macam tekak mama diorang ni, buat rugi je nanti.




Bilik jenis studio. Besar dan luas dan best heee... Sini ada kabinet dapur asas lupa nak amik gambar yang siap ada sink. Suka sangat, kira tak payah la nak basuh gelas ke apa guna sinki tandas. Rasa ke-hygene-nan skit ayat mokcik hover... Ada peti ais mini, cerek elektrik dan bahan-bahan minum tu. Kira okey sangat la.





Ruang tidur. Minta katil jenis kelamin tak dapat. Tak apalah. Kali ni tak boleh nak makeover katil. Sebab katil dia jenis berkaki. Bila turunkan tilam, tak sama tinggi paras tilam dengan katil..jadi rapatkan jela katil tu. Aliff Aneeq tidur depan tv, bentang toto. Kabinet tv tu memang lekat kat situ yang mana sangat mengerikan. Anak-anak duk panjat lompat, hoishhh..mokcik takut terbalik tv tu. Hair dryer ada dalam laci kabinet tv. Dalam almari tepi katil ada iron, ironing board dan sejadah tau. Kureng skit sebab tak ada bantal lebih. Nasib baik beg mayat ada heeee...dah macam poket Doraemon dah. Tapi tu ada pintu gelongsor ke balkoni.



Okeh lawatan ke bilik air pulak. Ai cerewet sikit  dengan kebersihan bilik air. Kalau tak sampai tahap kepuasan hati ai, memang wajib la ai jadi bibik cuci balik bilik air ni sebelum guna. Luas pon luas. Depan shower ni ada tingkap kira boleh main ciku-cak ke tempat tidur. Kalo bilik yang ada jakuzi bergunalah jugak kot tingkap tu, ala-ala romantik gitu. Aliff bising takut orang nampak dia mandi melalui tingkap tu. Dah keje pulak air nak menutup dengan kain. Padahal tak nampak pon, prasan je budak tu, sape tah nak intai dia heeee...




Tadaa......pemandangan dari bilik kami. Anak-anak memang duk mencongok kat balkoni. Ajak masuk tak nak. Punya la penangan nak main air.Masa ni  baru pukul 4petang. Tapi cuaca redup.Orang pon memang ramai, sebab taman air ni turut dibuka kepada orang luar.




Ini kawasan main budak-budak. Tapi ramai je pak-pak dan mak-mak orang kat sini. Sebab aa baldi gergasinanti bila air penuh dalam baldi tu dia mencurah ke bawah. Ramai la pak-pak dan mak orang menunggu nak kene simbah. Sakit woitt, kuat jugak air tu... Ai kene pon sebab tak tahu, sekali lalu nak kejar si Aneeq bedebur kene..




Kawasan yang ada binaan ala-ala colesium ke apa nama eh, ada gelongsor jenis melambung-lambung. Cikgu suka naik sini. Antara kawasan ni dengan kawasan budak-budak main ada kolam landai, khas untuk baby-baby kot nak main air. Dalam gambar tu kalau perasan ada ramai budak-budak kecik fefeling berenang biar air paras tumit je, boleh laaa...

 Hujung belah sana pun ada lagi tapi ai malas nak bergerak nak menyenap gambar. Hahaha..dasat tak?? Ada gelongsor pusing-pusing dengan jambatan ke apa ntah nama kalau tengok gambar dari balkoni tu ada  Ramai jugak ai tengok yang berdarah bibir hidung terantuk. Yang jatuh tergolek sebab licin pon ramai, so hati-hati. Tandas pon kat sini tau. Ada lagi tempat macam main bumper car, keretapi apa ntah..tapi sebab ai-is-berat-bontot malas nak melilau. Heii, ai jaga anak tau. Kene perati bebudak ni, kang hilang. Dalam telefon Cikgu ada rasa gambar, tapi ai malas nak trasnfer heee...




Bagi gambar di awal pagi satu. Air dia tak berapa nak bersih sangat, mungkin sebab hari cuti ramai orang guna. Terutama belah gelongsor pusing-pusing tu. Yang beratap tu cafe dia, boleh beli makanan kat situ tapi harga biasalah mahal sikit. Ai memang paksa anak-anak makan dulu dan bawak roti/biskut dan air je dalam beg sandang. Tu pun sorok-sorok la sikit. Diorang cek sebelum masuk tau. Sini bukan tepi pantai pon angin menderu, sejuk sangat. Sila bawa tuala kering bebanyak sikit.



Ngetip...

-Kat sini macam tak ketat sangat peraturan dia. Jadi bolehlah sewa satu unit dan masuk reramai. Sebab tu selamba je diorang bawak depan mata toto tilam bantal apa. Kalau macam kat PD dulu, staff akan tanya.

-Satu unit studio cuma diberi dua gelang percuma apartment banyak sikit tag kalo tak silap Dua jenis warna, satu warna untuk sehari. Dewasa RM20 dan kanak-kanak RM16 kanak-kanak lebih 90cm kene bayar tiket Tiket yang dibeli ni tiket harian tau. Kalau anda dah guna tiket harian main tengahari keluar lepas tu nak masuk balik petang dah tak boleh diorang potong bila kita keluar  Patut untuk penginap BLPR berilah keistimewaan sikit kan??  Tapi kalau pandai selinap time ramai orang lepas je

-Mohon bawa tuala sendiri sebab tuala hotel tak boleh dibawa ke kolam. Kalau dapat tangkap kena bayor tapi tak tau berapa cas. Nak sewa tuala kolam kat sini pon boleh RM10 deposit RM5  Kalau jenis malas songeh bolehla sewa. Pelampung boleh dibawa dari luar.

-Bawa hanger lebih. Baju basah-basah tu boleh gayut kat balkoni. Balkoni ni agak panas sebab ada mesin penghawa dingin ke apa nama eh, kira semapt la kering baju-baju.

-Tiles kat taman air ni banyak dah tercabut, jadi sila berhati-hati. Luka payah wehhh.. Lantai belah yang gelongsor pusing-pusing tu pon lebih licin dari tempat lain. Ramai jugak mangsa kejadian. Dari budak, mak pak budak pon ada. Tak cuci sental elok-elok kot, air kan sentiasa je on, macam berlumut gitu kot tapi tak nampak lak lumut Dalam kawasan kolam tu pon kalau peratikan ada bucu-bucu yang agak tajam. Hari pergi tu ada dua orang budak berdarah kepala. Turun dari gelongsor lelaju kene bucu-bucu tu kot.

-Nak bantal lebih? Boleh, tapi silalah bayar ye. Sini memang banyak benda memang just do it duit. Rasa larat bayar, silakan.

-Kedai makan agak banyak di kawasan ni, untuk lebih penjimatan dan kesedapan, tak perlualah amik yang sekali dengan baucher makan apa tu. Tempat makan bakor-bakor pon banyak, bila lagi khenn..





Ohya, kalau ada yang berminat nak datang ke sini, jangan book la kat Trivago ke Agoda ke Pagoda ke, bapok mahei wehhh... Ai silap tak servey betul-betul kata kerja last minute kan?? Bila dah tempah tu baru terjumpa lama web BLPR ni haaa.. harga laman web dia bagi jausssss murah. Banyak juga la bezanya geram mokcik! 





6 comments:

  1. Thanks for info sis, rasanya tiling yang tercabut ramai dah komplen. Tapi still belum dibaiki ke? Saya akan pergi bercuti ke sini bulan Dec ni. Harap2, tiling yg tercabut tu dah dibaiki la kan..thanks again sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi membaca :) harap dapat membantu

      Delete
  2. Thanks dear bg tips. Moga dimurahkan rezeki oleh Allah

    ReplyDelete
  3. tq for sharing..ingat plan nak bawa anak bercuti disini..insyaAllah akan difir-fikirkan..hmm..

    ReplyDelete
  4. kalau dah sampai tile tercabut, benda tajam dalam air masih nak pergi juga nampak sangat kita terlalu ambil mudah sampai keselamatan anak2 pun digadaikan. pergi je la ke tempat lain. report kpd pihak berkuasa dan tulis review yg jujur.

    safety first. jangan ambil risiko.

    ReplyDelete

Dah tulis?? Terima kasih :)