Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, January 8, 2015

Bah Merah Kelantan 2014


Saya selamat pergi dan kembali dari kampung, alhamdulillah. Walaupun pada mulanya Cikgu teragak-agak kerana mendengarkan keadaan jalan yang sangat tidak memuaskan dan faktor-faktor lain yang perlu diambil kira sebab pulang dengan anak-anak kan? dan keadaan kereta kami yang tidak memuaskan.

Malam sebelum pulang, saya menyibukkan diri mencari jalan terbaik selain laluan biasa. Dengan LPT yang masih banjir, jalan lojing yang belum dibaikpulih, altenatif lain melalui Negeri Sembilan yang mana Cikgu memang tak biasa dan saya cuma ingat-lupa-lupa jalan tersebut dulu lalu pon abah yang pandu. Akhirnya tawakal je balik melui jalan biasa. Jalan Gua Musang. Syukur semuanya dipermudahkan.


Rancangannya bertolak betul-betul awal pagi dan bila hari dah cerah sikit baru nak melalui kawasan Bukit Tujuh dan seterusnya. Berhenti sekejap di masjid Lipis maaf lupa nama masjid untuk subuh Di kawasan masjid penuh dengan kenderaan denagn aneka bendera dalam misi bantuan banjir ke Kelantan. Terasa sangat ke-malaysia-an bila ahli-ahli kumpulan berbual dengan pelbagai loghat, Sebak, ya! Inilah rakyat Malaysia. Prihatin dan sangat pemurah.

Sebaik sahaja masuk ke kawasan terjejas, memang jelas kesan banjir melalui skema warna yang sama sepanjang jalan. Jalan memang agak teruk dengan lubang-lubang yang dalam tetapi boleh dilalui cuma perlu lebih berhati-hati kami turun pagi jadi jalan kurang sesak dengan kenderaan Sepanjang jalan tu ada empat biji kenderaan yang pecah tayar. Syukur sangat sebab kami tak terlibat dan terima kasih kepada Cikgu yang memang ter-sangat-lah berhati-hati memandu. Dek kerana ke-ber-hati-hati-an Cikgu memandu, sempatlah saya menangkap beberepa keping gambar.




Rumah yang diheret kuasa alam..sampai ke gigi jalan. Ni tak silap kawasan Manik Urai. Maaf, sebab tanda jalan apa dah tak jelas dan saya pulak jenis yang payah nak ingat nama kawasan.



Pelebaran sungai yang sangat dahsat. Tak pernah tahu pon ada sungai kawasan ni asal sungai kecik Tebing memang macam dah hilang, habis di sapu bersih pokok-pokok yang dulu merimbun kat sini.



Gambar ni ada cerita yang buat saya menangis teruk. Depan ni sikit ada pokok nampak bayang ket tepi tu Ada sekumpulan kecil mangsa banjir duk menumggu kenderaan bantuan.Sebelum ni lagi ada seorang ayah dengan anak kecik dalam umur setahun diikat ke badan guna kain naik motor penuh berselut. , keluar dari jalan kecil diorang naik motor hampir seiring dengan kami  Baby tu comot je dengan baju dan kulit berceloreng warna tanah dengan mata sayu, lapar mungkin dikawasan banjir ni payah nak tengok warna lain selain warna tanah dan selut  Ada sebuah kenderaan bantuan  pon berhenti dan membahagi-bahagikan air, mi segera dan biskut. Kumpulan yang menunggu tadi termasuk si ayah cepat-cepat tapi bukan berebut sebab diorang nampak macam lesu je ambil barang-barang tadi. Dan saya sempat tangkap si ayah tu bertanya orang di atas kenderaan bantuan tu "Cik, ado susu dop?" Orang tu jawab tak ada. Air muka ayah tu terus berubah. Ya Allah macam mana saya nak cakap keadaan masa tu. Sampai sekarang pon teringat-ingat lagi dan tiap kali teringat cepat je air mata keluar Dia pegang kepala baby tu dengan riak kecewa cakap "tak po lah". Terus saya menangis. Cikgu kat sebelah duk menyeka mata. Aneeq pon siap cakap "Mama..mama bagilah susu adik Kasyah" Alahai sayang..nyilu rasa hati.

Sepanjang jalan memang emosi sangat tercabar. Saya ni jenis hati tisu lagilah. Bandar Krai memang teruk. Macam disapu dengan penyapu gergasi. Jadi bersih yang menakutkan. Tengok sendiri stesen petrol yang tenggelam tu terasa sangat kerdilnya diri dengan apa yang terjadi. kami berpeluang bercakap dengan mangsa-mangsa banjir dan terselit rasa kagum. Diuji sehebat itu ada yang sampai tinggal baju dibadan tapi masih boleh tersenyum. Masih boleh mengucapkan syukur....

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan mereka. 
Dan satukanlan semua yang hati-hati yang terlibat
Semoga kejadian ini membuka mata, apa yang penting dan apa yang tidak...

2 comments:

  1. Rumah Queenpink baru lepas kena banjir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah area mana ye?? rumah mertua tak ada la seteruk mcm tmpat2 kat manik urai krai apa tu.. rumah sedara kat tmerloh pun plg teruk kt durian tawar je kot,sbb tepi sungai pahang

      Delete

Dah tulis?? Terima kasih :)