Apa yang ai paling alert bila masuk rumah baru ni, pasal bil. Yup, sebagai menteri kewangan rumah, benda macam tu memang ai sangat-sangat alert. Mana tak, time menyewa dulu bil letrik merasa jugak dapat subsidi, tak payah bayar sebulan, ini dah naik nak cecah RM50 sebulan. Bil air dari biasa bayar dalam RM8 paling banyak, dah jadi RM30 sebulan, padahal orang rumah ni yang rajin mandi Cikgu sorang je :p kantoi hee.. Mestilah ai bising tiap kali dapat bil. Dan ayat biasa Cikgu 'baso dio doh rumoh lebar sikit, kakah koho tamboh,ore pon koho rrama..' biasa dah rumah lebar sikit, perkasasan makin bertambah, orang pon makin ramai Tapi dah al-habit, tiap kali dapat bil sure bebel-bebel sorang diri. Rimas kot ai duk bebel walopon sorang diri Cikgu pon bebel sama dekat orang PAIP tu dan bulan ni bila dapat bil, ai dah tak bebel lagi :)
Sila tengok kotak merah bawah tu. Maaf tak jelas sebab bil bulan lepas.Tulisan dah tak jelas, ini yang paling ok dalam banyak-banyak.. Jumlah patut bayar dan kene bayar bil air rumah ai RM32.00 Mahal tak?? Sebulan yu.. Walaupun ai dan 3A payah sikit nak mandi ehemm.. tapi bila kami mandi kami tak mandi biasa..kami meng-itik bak kata abah ai
Dan ini bil baru bulan ni..baru dapat semalam. Tulisan jelas lagi. Patut jangan la guna kertas karbon ni, ai tak suka. Letak dalam fail pon lama-lama hilang tulisan die. Tengok bayaran kene bayar RM28.00 tapi bayaran patut bayar setelah pengenapan dah jadi RM8.00 yeay!!! Sebab ai dah layak dapat subsidi air dari kerajaan. Dah sebelum ni tak layak ke kaya nau bunyik nyer...
Inilah cerita ai nak kabo sebenarnya. Dalam lama-lama Cikgu duk ngadu tu ada la sorang staff PAIP yang bagitahu bil air kami mahal sebab Kod Bekalan kami. Sila cek kod bekalan anda sekarang
Tengok..kod bekalan kami CO. nak jelas boleh tengok kat gambar atas ada nampak kod kami CO. CO ni kod yang digunapakai untuk kontraktor masa bina rumah sahaja. Tu yang jadi mahal. Tak layak dapat subsidi kerajaan. Tu yang tulisan tangan bawah tu staff tu tulis AO. Itu baru kod yang betul. Huuu... 20bulan duk rumah ni baru la tahu. Sedey..kalo Cikgu tak repot sampai sudah la bil air kami mahal gitu.
So entry ni nak bagi peringatan kepada semua yang tengah bina rumah ke apa, ber'alert'lah dengan kod bekalan anda. Tak kira la air ke letrik ke. Kang rugi.. jangan wehh, RM20 pon sape nak bagi free jaman penjimatan berhemah ni. Dah 20bulan tak ke dah RM240 jadinya..
*nak cek bil astro pulak kot ada kod jugak. Mana tahu boleh kasik turun rege bil bulanan hehehe
No comments:
Post a Comment
Dah tulis?? Terima kasih :)