Okey tajuk ala-ala tiru Sains Comot.. Tapi disebabkan profesornye tak de la comot cuma membuat sepah dan pembantunya seperti biasa kalut, tajuk kene tukar. Heee..nampak kan ai minat cite-cite gitu. Heee.. Backyard Sc pon best. Nak pupuk minat anak, kene la mak lebih-lebih. bia pon besa memang mak yang berlebih ponnn... Ok, dah melalut ke laut.
Tajuk Eksperimen : Cara Merebus Dengan Efisen Telur Yang Banyak pesal tajuk tak gaya ke-sain-an pon
Bahan-bahan : Telur sebanyak yang bos minta ande rebus
Air untuk basuh dan rebus telur
Plastik rock rak nak bungkus telur
Cuka dan garam sesedap rasa
Beras sesudu
Senduk nak angkat telur dari piyuk panas
Bekas dari kedai RM2
Kicap habuan untuk penunggu bertuah yang tak nak tido dua orang
Memula sila basuh telur-telur ayam tersebut dari najis mutawassitoh. Guna span ke apa yang ada gosok-gosok sampai bersih macam budak comel dalam iklan Lifeboy kata. Untuk tugas khas ini, ai import Cikgu selaku pembasuh periuk kawah berpengalaman di majlis kenduri untuk efek lebih bersih. Tapi kene selalu perhati, sebab ke-teruja-an Cikgu membuatkan telur-telur banyak pecah dalam sinki hehehe..
Ok..untuk eksperimen ni, ai akan buat banyak cara merebus telur dalam kuantiti banyak dengan cara paling efisen. Maknyanya peratus telur-telur tu retak pecah dan kemudian di makan orang yang sebok-sebok kat dapur tu boleh dikurangkan
Bekas Pertama : Rebus biasa-biasa je ini sebagai eksperimen kawalan kata Cikgu. Ok ikut kata Cikgu Sains
Bekas Kedua : Rebus ala-ala biasa tapi ditambah garam + cuka
Bekas Ketiga : Macam cara kedua tapi telur-telur diletak dalam plastik kecik-kecik yang bertebuk dengan garfu kemudian baru masuk dalam piyuk berisi air panas.
Bekas Keempat : Kukus grill panggang tak dela..kukus je
Keputusan.
Bekas Pertama : Sangat tidak seswai untuk rebusan berkuantiti banyak kerana kadar pelanggaran telur-telur membuatkan mereka retak menanti belah tolong la ayat makcik Dan hasil keretakan yang melampau sehingga mengeluarkan putih telur mengotorkan air rebusan seb baik ai tak rebus banyak sangat Dan di sinilah penggunaan kicap secara berleluasa bermula.
Bilangan telur retak/pecah 7/20
Bilangan retak menanti kicap : 3 biji
Bekas Kedua : Kadar pecah-retak ada tapi tidak sampai mengotorkan air. Disebabkan percampuran cuka+garam yang mengumpalkan putih telur menjadi keras.
Bilangan telur retak/pecah : 6/20
Bilangan retak menanti kicap : 1biji
Bekas Ketiga : Sangat sukses!!! Kaedah yang paling disarankan
Bilangan telur retak/pecah : Tiada
Bilangan retak menanti kicap : Pon tak de heee...sukeeee
Bekas Keempat : Disebabkan para peng-eksperimen tidak biasa mengukus telur dan membiarkan telur terlalu lama di dalam pengukus, maka kadar retak-belah sangat tinggi sape suh kukus sejam heee Mungkin kalo cara diperbaiki, keputusan ekperimen adalah lebih baik.
Bilangan telur retak/pecah : 15/30
Bilangan retak menanti kicap : 5biji
Kesimpulannya : Eksperimen diteruskan dengan kaedah Bekas Ketiga. Sehingga abis semua telur-telur terebus. Dan budak-budak tido dengan berbau telur..huhuuuu
Telur-telur yang terpilih dan siap dihias cantek.
Tanpa ande..tak adelah misi meng-ekperimen telur-telur. Terima kasih bos..hehehe
Last, model telur opis. Heee....
*Beras untuk letak sikit dalam bekas rebus sebagai petanda telur cukup direbus bila beras dan bertukar jadi nasik.
**Eksperimen tamat pukul 3pagi..huuarrrgghhh!!! Terima kasih bang sebab tolong..
terima kasih adik kerana buat experiment ni... patutnya boleh di publishkan dlm journal. Sangat membantu wpun post ni dah lama. :)
ReplyDeleteTerima kasih bt eksperimen. Sya tertnya2 juga bila nk rebus ni apa yg sesuai kekdahnya
ReplyDeleteBrpa lama ya nk rebus telur?
ReplyDelete