Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Monday, June 30, 2014

Fun Fair Versi Kami...






Ini fun fair versi kami. Dengan cogan kata "Anak gembira, mak bapak suka, kereta bersih juga" Hahaha... Dah mana nak carik fun fair siang buta kat Raub ni ha... Elok lepas keluar TF Raub tu terus Cikgu drive masuk sini. Tu pon ai yang teruja lebih dengan cite macam-macam nak bagi Cikgu basuh keta otomatik ni. Cikgu macam nak tak nak je dengan cucian otomatik ni. Tak bersih la, die guna air longkang la, rosak keta la..tapi dia mengalah juga akhirnya, mungkin sebab kesian tengok isteri die yang kagum hover kalah anak-anak hahaha...permintaan sebelum puasa kononnya. Apekah.. Dan seperti biasa, mak yang hover bukak cerita itu ini masa kecik itu gini. Nak bagi anak-anak naik hover macam mak nye. Malu la ai nanti hover sorang-sorang heeee...



Time ni anak-anak dah start kagum dari jauh bile tengok bilah-bilah pencuci tu. Bulu ayam besar kata Aliff..




Ni dalam terowong basuhan tu. Kejap sangat. Mungkin sebab masa kami pergi tu ramai orang beratur menunggu. Ingat masa kecik-kecik dulu kat Temerloh abah suka bawak keta basuh otomatik ni. Sebab ai dan adik-adik pon memang akan enjoy duk dalam keta goyang-goyang ada air dan sabun splash sana sini..memang macam rollercoaster versi kebersihan. Hehehe..cuma ingat masa kecik dulu lama jugak dalam terowong tu. Dan terowong tu tak dela transparent macam sekarang ni.



Ok...esok datang lagi kata anak-anak. Sebab tengah promosi pembukaan sampai 09 Julai ni. Keta besa RM2 je. Kalo setakat basuh jela. Nak wax tayar tambah singgit. Vakum tambah lagi. Kira okey la. Bersih la keta kami yang sebulan sekali je mandi nyer. So meh abang, kita ber-fun-fair lagi esok hehehe...

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Dah tulis?? Terima kasih :)