Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Monday, June 24, 2013

Konon Last Update Pasal Rumah..Konon

Cerita tertunggak 4bulan lebih..baru nak update..grrr...bapok lambat eh..Sebab baru dapat transfer gambar dari henpon mokcik ke dalam pendrive. Ai tak suke buat entry tak de gambar sebenarnya. Dah la entry tah hape-hape, tak de gambar lagi la macam...bukan kata orang nak baca..sendiri baca pon boooooringggg!!!!
Kita back to the future kejap...wossshhhh!!!Saat nak mencuci nak naik rumah baru. Rasanye entry dalam sbulan ni asyik la back-2-de-back je kot..hahaha

Ai dengan cikgu la sepakat nak upah orang tolong cucikan rumah. Ikutkan ai kureng la sket kan. Besa la dasar superwomen la sangat seme bajet nak buat sendiri. Sedar diri keuzuran sket, so ai pon ok la.Dan kerja mencari orang cuci tu kerja di-sub secara rela kat ai la. Ai kan suke keje semak menyemak ni. Cari orang tu orang ni last dapat la antie ankel India depan rumah pengasuh budak-budak ni sebenarnya diorang offer diri ai lak rasa segan nak menolak eh.. Melihatkan antie ankel ni punya fiil ai rasa ok la. Sebab pe?? Diorang ni pembersih sangat. Rumah diorang sangat la bersih. Diorang akan cuci rumah sminggu skali. Tingkap nako rumah tu mak aihh...berkilat. Periuk kuali cerek diorang bersinar-sinar macam kan tiap kali lalu je duk skodeng rumah orang kan kan?? Hahaha Memang jenis pembersih la. Sampai satu tahap ai penah tengok ada budak pegang kain dia kat jemuran biasa la budak-budak suka pegang-pegang dia boleh angkat kain dah kering tu basuh dan jemur balik. Dia basuh depan mata ai hokey?? Rumah diorang mesin basuh tempat basuh-basuh kat garaj depan, standet rumah teres la kot 

Diorang datang cuci hujung minggu, ai dengan Cikgu keje. Memang lepas tangan kira percaya terus kat diorang. Petangnya Cikgu pergi bayar. Balik nampak mulut die kumat kamit senyum sengat-sengat biasa gini kalo dia ada tak puas ati ke apa la Uiii..ingatkan murah, diorang cas RM200 ke memang tu rege besa eh? Rumah ai tu kosong. Memang la 4bilik..3bilik air. Tapi kami somi isteri dah sapu ape seme. Nak diorang basuhkan je je la sangat kan? lap la cermin sket kan sama. Time ai g cek, hoishh!!! Dengan kat lantai ada capuk-capuk bekas air kering, tingkap tak lap, jangankan grill lagi la diorang tak lap. Ada bekas-bekas cat yang slepet-slepet pon tak kikis. Mokcik ni la hak kikis. Bukan suh kikis cat hak kecik2 tu ni hak agak-agak beso tu. Panas mokcik...dah la kene RM200 rasa mahal gile..


Cuti hujung minggu selepas Maulud Nabi tu kami pergi cuci rumah buat kali ke dua. Tu Bobo moto kesayam-ngam Cikgu. Die jadi mat rempit untuk beli barang apa, jadi terbaik la naik Bobo. Hasil cucian garaj depan oleh kuli-kuli kecik dengan pemantauan dan jerit pekik ai hehehe... Tengok batang penyapu tercampak ke mana haa...


Dapur + bilik air dapur. Ai setel..lantai tu jenis makan air so payah sket nak tanggal kotor. Ni gambar ai amik masa lepas lelah kejap. Seb baik Cikgu ada minta buat paip air luar dari bilik air hak ada nampak paip getah tu khas untuk mesin basuh konon so mudah la ai nak sembur sana sini. 


Kuli sulung. Masa die semangat jangan tegah. Biarkan..kerja pendahuluan biar die buat, nanti nak keringkan lantai pe ai buat. Masa ni cuma pantau tak nak bagi air sampai naik ke siling. Aneeq dah rasmikan siling dengan air dari awal lagi..hangen ai tak de gambar, ai kan ketua kuli Cikgu masa ni borak-borak dengan orang kampung sampai sudah. Ni pon menimbulkan ke-amrahan mokcik hahaha  Ini di bilik utama. Pon nasib baik la Cikgu bertegas masa mula buat rumah tu nak ada bilik air setiap bilik. Bilik 2+3 share satu bilik air, jadi still mudah nak cuci. Kira air dari bilik air sembur-sembur lepas tu air tu tolak je ke dalam bilik air balik. Bilik ke 4 je payah sket la nak cuci sebab die solo-molo je.

Lepas tu dah tak de gambar daaa..sebab kerja penutupan ai yang kene buat. Kuli-kuli kecik dah pengsan lepas upah dengan KFC dua ketul sorang kan murah tu. Cikgu sudah nye lap tingkap je. Tu pon lepas die nampak ai sebok-sebok angkat tangga nak lap. Basuh rumah sendiri lagi best..pauas ati walopon lepas tu ai cuti senin sebab sakit belakang. Hehe..grill leh lap. Tingkap tandas kite lap..nak harapkan orang, jangan la.

Tips Tops...
*Kalo larat dan ada masa sila la cuci sendiri baru puas ati. Kita pempuan ni masalah cerewet tu biasa la kan?? 
**Jangan menilai orang pada luaran je. Carik biar dapat hak murah sket kalo tak bersih cam kita nak tak de sakit hati ngat. Lagi elok kalo anda ade nak monitor semua tu rasanya lagi bagus.
***Kalo adik beradik ramai sile upah adik beradik ye..upah mahal pon tak pe sebab dapat kat adik-adik je. Disamping mengeratkan sila-tuiii-rahim sangat kan.. Eh best pe leh main sembur-sembur air, pesta buih tanpa keamrahan Jabatan Agama Islam tempatan hahaha...

No comments:

Post a Comment

Dah tulis?? Terima kasih :)