4 hours ago
Thursday, November 8, 2012
Alkesah Basi
Teka meneki... Apekah yang sepatutnya kelihatan di sini tetapi tidak kelihatan?? Haa...cepat cepat. Sape yang jawab betul maaf la eh, tak de hadiah. Sebab kos untuk hadiah dah disalurkan kat benda yang tidak kelihatan itu. Aci?? Aci kat estet yaa..
Alkisah basi pertama on the way balik selepas ada hal rasmi di Putrajaya+hal kurang rasmi, keta Cikgu macam pelik. Asal jem keta die senyap lepas tu mati. Sekali di Sungai Buloh. Dia kata ok lagi ni.. Kali kedua masa dah nak masuk tol Gombak ke apa nama eh.. Kali ni Cikgu dah cuak. Ai awal-awal bagitau tak nak tolak keta. Hehe.. Ai kam fonfuan so lelaki tiga orang la tolak dengan anak pon berkira ape la fonfuan ni Nasib sempat sampai Bentong. Kedai yang biasa Cikgu pergi tutup, sebab cuti Hari Keputeraan Sultan Pahang kan perkhidmatan baiki2 kereta atau barang2 biasanya di Bentong lebih murah dari Raub ya. Alhamdulillah di celah2 bangunan ade kedai yang buka. Cikgu kata sedia la kene semelih. Sekali lagi alhamdulillah syukur kami tak kene semelih. Pomen tu tukar bateri cek apa tah lagi dalam tu, dalam RM200 je. Kami pon hepi-hepian bertolak ke Raub esok nak balik Kelantan tuuu...
Alkisah basi kedua pulak sedang elok je sebelum masuk Raub, betul2 depan papan besar ade gambar Selamat Datang Ke Raub tu.. keta depan Kancil 850 warna Emas no plat DAN 94** brek. Padahal depan keta tu tak de sape2 pon. Cikgu brek mengejut kiri sikit. Elok ai nak pusing tengok sape belakang dah... Selamat la sangat datangnya. Motor Honda EX5 warna merah langgar side mirror keta Cikgu. Siap melambung dua budak tu dalam longkang. Sikit nak langgar tiang TNB. Aneeq melambung ke cermin depan Sian sepet tu...Keta depan tu? Dia dengan best memecut meninggalkan tempat tu. Cikgu memang mulut dah keluar bukan-bukan dah. Kalut tengok budak motor dua orang tu. Sian pulak. Yang bawak motor luka-luka banyak juga sebab seat belakang keta Cikgu banyak kena darah Yang membonceng tangan dia macam tergeliat skit sebab nampak macam pelik je tangan dia ha.. Gambar ni di ambil depan kedai baiki motor.
Ai tanya lepas semua dah setel. "Abang dah anta g hospital, bawak baiki motor siap bagi budak2 tu duit belanja pulak lepas tu kenapa, padahal bukan salah kita pon..."
"Abang teringat time abang kene langgar keta waktu duk UPM dulu..." Ai diam je. Cikgu keje part-time kat hotel waktu study UPM dulu gini lah cara budak PTPTN kalo tak cukup duit hehe Balik kerja awal pagi ada Cina mabuk langgar dia. Motor rosak teruk. Kaki berlubang siap kene jahit dalam 7jahitan tak silap. Dah tu kene pulak dengan Cina tu. Dah la sakit, duit melayang. Lepas tu Cikgu sambung lagi "Kita ni hidup biar memudahkan orang..insya ALLAH tuhan akan mudahkan kita pulak esok"
"Yela bang..." Padahal dalam otak ai tengah piki berapa la plak fulus melayang tu hehehe...cam tau-tau je nak dapat bonus hujung tahun kan?? Tak pela... :)
*sape ada kenal kat mana tempat jual side-mirror kete jenis Nissan Sentra hak potong pon tak pe..bagitau la eh...
Labels:
my little family
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Dah tulis?? Terima kasih :)