Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, October 18, 2011

Selamat Hari Lahir Anak2 Ku


Muhammad Aliff  (3tahun)
- Sangat suka bercakap, kadang tak boleh stop. Melarat-larat sampai mama abah tak larat
- Cakap kasar. Sangat mudah terikut bahasa kasar dan tak sopan. Kadang die bukan tahu pun maknanya. Sebab bila sebut orang marah dia akan suka ulang-ulang
- Makan agak cerewet. Dan kadang akan pilih-pilih apa yang nak dimakan
- Sangat suka sanggah apa orang cakap. Kalau kita cakap gini akan die heh! dan betulkan ikut pemahaman dia
- Suka membuli adik. Apa mainan adik itulah yang dia nak, kadang2 di tolak je adik tu
-Suka tulis surat walopon cuma bulat2 je ade dalam surat tu. Lepas tu akan koyak2 dan masuk dalam beg mama atau abah yang ni abah selalu marah sebab beg die akan penuh sampah
- Baju pun akan dipakai ikut selera dia. Kadang baju sepasang akan ditukar-tukar pasangannya
- Still...pentakut air. Cakap je besar. Lepas tu akan duduk je kat gigi air.
- Sangat suka merajuk. Kadang kesian tapi bila dilayan melampau-lampau
- Kulit sensitif dah kembali. Abes seluruh badan bergerutu hmm...

Muhammad Aneeq (1 tahun)
- Dah start berjalan masa umur 11bulan lebih dan still memegang lesen L
- Banyak milestone akan bermula hari Jumaat, abah kata budak bertuah
- Tak banyak suara. Lau menangis pun sebab sakit, lapar. Takat jatuh tergolek tu cemik2 je
- Suka memanjat. Grill pintu, meja TV rumah adalah perkara biasa. Basikal playskool tu kalo naik asek berdiri je.
- Suka makan. Kalau dah kenyang akan luah balik. Tapi kalau makanan tu bagi dia sedap, siap la makan sampai muntah
- Cubaan bagi susu botol walopon mase tidur nyenyak tak berhasil. Ditutup kemas mulut, jadi still minum susu dengan cawan
- Suka minum air masak.
- Suka mandi. Kalau mandi dengan mama akan menangis. Sebab mama mandikan kejap je
- Suka tarik rambut, korek mulut dan mata. Makin buat2 tido lagi la naik tocang die
- Kalo nak tido kaki akan gerak2. Macam dihentak2 ke tilam. Dan baru2 tido jangan di sebut nama, sangat sensitip. Mudah je terbangun. Satu lagi, lau nak tido, suka golek2 atas badan kita kiri, kanan. Penat la mama...

Selamat hari lahir anak-anak mama...Maaf mama dan abah kurang pedulikan kamu, terutama Aliff. Selalu menguji kesabaran mama abah. Semoga makin bijak dan dengar cakap mama abah. Sian kamu, mama abah selalu meleret2 tugas sampai tak sempat nak sambut. Insya ALLAH hujung bulan ni kita bercoti-coti...

1 comment:

Dah tulis?? Terima kasih :)