Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Friday, May 27, 2011

Kenapa Insuran??

pic credit to google

Kalau tak masuk insuran kenapa ?
Tak boleh hidupkah kalau tak ada insuran ? Mati ker kita ? Mak ayah kita dulu tak ada pun insuran, boleh hidup bahagia, boleh besarkan anak juga.

Kalau Mati Anak Terbela
Satu sebab masuk insuran sebab kalau kita mati, anak dan isteri kita dapat duit. Jadi kalau kita tak masuk insuran, adakah tak dapat duit ? Yer le, kalau kita ada tinggalkan duit simpanan, KWSP, ada rumah, tanah dan duit lain, anak isteri kita ada duitlah. Tapi kalau kita tak ada semua itu, sibuk bayar insuran, manalah kita nak ada duit ?

Suami Bekerja Kerajaan
Kalau suami bekerja kerajaan, meninggal dunia, anak dan isteri akan dapat pencen. Jadi apa takut ? Kalau suami kerja swasta, tentu ada KWSP atau perkeso dan lain lain.

Insuran yang dah sedia ada
Ada orang yang dah ada insuran tapi dia tak tahu dia dah ada insuran. Contohnya dia masuk koperasi atau syarikat tempat dia kerja dah bayarkan insuran. Jadi kenapa nak ambil insuran bayar bulanan lagi ?

Suami Bekerja dan Isteri Bekerja
Kenapa isteri ambil insuran ? Nanti kalau isteri mati, suami dapat duit, suami kaya. Lepas tu suami kawin lagi. Kalau isteri tak ada insuran dan mati, suami kan boleh hidup dengan gaji dia, cukuplah tu.

Masuk insuran sebab nak dapat rawatan
Ada banyak kes, agen janji macam-macam masa pujuk kita masuk insuran. Dah berlaku kemalangan, agen insuran banyak dalih. Satu cerita tu seorang ustaz ulang alik setiap hari dari Batu Pahat ke Muar naik moto. Satu hari tu dia kemalangan menyebabkan dia patah 4 gigi dan cedera di muka. Dia masih tersenyum sebab dia ada insuran. Tapi bila ke syarikat itu, dia tak dapat apa-apa sebab kecederaan yang dialami tak sampai berlaku kematian atau tiada mengidap penyakit seperti yang diinsurankan. Kesian ustaz ni, gigi dah tak ada, nak jadi imam pun suara dah tak sedap.

Kerja kerajaan hospital free
Kalau dah masuk hospital free, kenapa perlu bayar banyak-banyak pada syarikat insuran ?

Kerja swasta biasa ada klinik panel
Kalau dah ada klinik panel, kan dah free kat situ. Yang pergi habis duit bayar insuran mahal-mahal buat apa ?

Masuklah Insuran Yang Bayar Rendah
Ada satu insuran kelompok yang sebahaigan besar staf pejabat saya masuk. Bayaran dia RM 30 sebulan dan mendapat perlindungan sehingga RM 50,000 kalau berlaku kematian dan ada faedah lain yang saya dah lupa. Ini bukan dikira simpanan sebab RM 30 tu dikira bayar insuran, tiada pemulangan kalau tiada tuntutan.

Jadi kalau anda belum ada insuran, kalau rasa nak juga masuk insuran, masuklah insuran kelompok ni. Tapi kalau taknak masuk insuran pun, tak apa. Saya pun tak masuk insuran pun, saya tak rasa hidup saya sebagai kelas ketiga pun.

Fikirkanlah


 
Entry ini merupakan hasil tulisan Ustaz Mohd Khalil...suka baca tulisan die.maaflah..tulisan die panjang, so saya copy paste sket je...untuk bacaan lebih lanjut boleh klik sini yaa...
*saya pun ada masalah yang sama dulu.sanggup berpotong untuk benda lain sebab nak bayar insuran. pendapat saya, kecuali anda mmg dah lebih sgt duit tak tau nak buat apa, boleh la masuk insuran. bagi kami yang taraf hidup sederhana rendah ni..hahahaha...beginilah seadanya

4 comments:

  1. thanks she..nanti saya baca lebih lanjut entri ustaz tu ye...

    ReplyDelete
  2. no hal..tp terpulang la...
    entri ustaz tu cuma membntu untuk buat keputusan je... :)

    ReplyDelete
  3. terpulang..ada orang hari2 potong Q...tanpa kesan pun

    ReplyDelete
  4. zeq zeq..tu la..atas individu la..saya kesah lau org potong Q...
    skema la sket

    ReplyDelete

Dah tulis?? Terima kasih :)