minggu lepas dengan hepi-hepi ler ke pejabat KWSP kat Raub ni. stelah dua kali permohonan nak keluar kan duit KWSP direjek pasai borang tak lengkap kali ini memang dah sure2 sangat tidak akan direjek lagi. dah berangan dah nak beli keta Alphard sebijik,umah banglo sejibik. cheis..duit cam banyak benor. padahal lepas beli tayar keta je la kot. kung kang kung kang sgala benda..lepas siap seme kekdah nya..keluar la solan cepu wang
"cik, bila agaknya duit saya ni dapat?" dengan sinar mata yang berbling-bling ai bertanya. "emm...camni puan.memang kami janji dapat duit dalam masa seminggu tapi...." mase dengar tapi tu dah rasa tak best dah idup.
"...ada masalah dengan puan punya akaun. akaun puan kena beku.sebab nama puan kat akaun KWSP dengan IC lain"
tu diaaaaa...... time tu rasa senyum manis-kelat-kelat je. cikgu kat sebelah senyum2 comel kontrol depan aweks comel KWSP. rasa cam brangin je time tu. brangin cam makan gula2 HACKS kaler itam tu ha. "tu la..nak sangat letak nama panjang2,kam dah susah. lain kali letak je nama pendek2 senang.." eh eh..syedap pulak cikgu ni menambah. hati dah ade baran dah. ai kerling hujung mata dengan amaran awal 'abang jangan nak carik pasal'. cikgu sengeh lagik, bajet hensem.
"ni bape lama ye cik kalo kes gini?"
"saya tak berani nak janji encik. kalau cepat pun dalam 2minggu. paling cepat la..."
"kalo paling lambat?" eh eh, sakan lak cikgu ni bertanya
"makan sebulan jugak"
tang tang tu hati ku hangus. owhhhh...sebulan!!!
*kalau nak cepat dia minta pergi ibu pejabat. adeh, tak de makna nyer nak ke sana. cepat pon bukan sari terus dapat dekkk... **seb baik la kerani tu comel dengan preknan..eh,abang usha2 tu nampak tak budak tu preknen sebenarnya??tak nampak kan perut die besar bawah meja tu kan??bulan depan due tu bang..
1 day ago
No comments:
Post a Comment
Dah tulis?? Terima kasih :)