Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Sunday, May 8, 2011

Bersamamu Aliff


ni lepas kene marah pasal meng-WWF-kan adik Aneeq, terus feeling2 anak terbuang gitu..hoh dalam bahasa kelantan yer klip ini,tak paham sila amik jurubahasa,aha!!

SELAMAT HARI IBU... :)

Saturday, May 7, 2011

Hepi Enibersari..

awak...rupanya dah 10 tahun kita kapel
saya ingat g time saya tanya "kita nak declare kah?"
awak leh tanya balik "declare tu ape?"
ohh...rasa cam baru semalam
ingat hadiah pertama lepas konon dah declare??
eskrem koneto coklat kat koop matrik
awak anta dengan sekuntum bunga loceng kuning
abes romantik la konon tuh...hoh
si tukang posmen Yati H1P1
rasa nak baling dari tingkat 3 asrama B2 tu
saya tak makan eskrem la awak!!!!!

sebulan lepas tu konon nak celebrate lagi
sebab sebulan jadik kapel tah hape2
awak bagi hadiah biskut Oreo dua bungkus
ikat dengan reben merah
dan lepas tu tiap2 bulan awak bagi hadiah
dari murtabak megi sampai la ke berger Wakiki
hadiah awak asal naik bulan makanan je
badan saya pon dah jadik cam tom drum

hadiah besday saya memula awak bagi
seekor kucing Slyverster, sekuntum bunga ros merah + coklat Vochelle
aiyaaa...tak shuka tak shuka maaa....
saya ni tak suka patung2...tak makan coklat lho..
tapi bunga tu kena..heheee
esoknya awak beli kan kek plak
tapi kek tu penyek...jatuh mase bas mini tu brek

so ari ni...saya tak minta makanan
tak mintak kucing besar godang
pun tak nak bunga2 ni...membazir
simpan duit buat rumah batu atas bukit lagi bagus
cuma saya nak....



nak tahu awak ingat tak???
apa??tak ingat???
alasaan untuk saya merajuk...dapat cuti masak sari..yey!!!!

Friday, May 6, 2011

Fun-Fact Pasal Mokcik Ha

1) Jenis sangat mudah tido. Macam ada suis tau, asal petik trus dia leh tido. Paling kagum  boleh tido time baca paper. Bukan baca besa2 tau, dengan tangan pegang paper terangkat gitu, duduk bersandar kat kusi.orang tak tau sure ingat tengah baca paper.

2) Tak mudah geli. Tapi nak mudahkan geli mudah je...eh, apa jenis ayat daaa...hahaha...kata gini kat beliau "Cik Ha, saya gletek ya?" walopon anda tak mengletek ke mencocok ke mencokek wat-eve-name-of-tiger dia akan geli2 sendiri secara auto.hahaha...

3) Reseptor gelak lambat.kalo cite sal cite lucu2,jangan la harapkan beliau mengelak golek2 walopon kisah itu selucu lelucon skalipon. eh,ape makna lelucon itu?? cuba tunggu dalam sejam dua,haa...karam korang akan lihat beliau ketawa kekek2 sorang diri...baru memahami cerita.

4) Fokus yang melampau trutama tengah bawak keta. kalo jumpa beliau tengah drive, tok sah la angkat lampu ke hon ke apa...memam takkan di nampaknya.otak dah set, nak ke tempat tujuan sajo. Dan mudah ilang fokus kalo terlalu asek mengosip masa belaiu memandu. Akan ada lah cerita terlupa beli itu, terlupa amik anak ini dan segalanya walopon itu tujuan utama beliau keluar

5) Ni pon lucu..selalu menghon diri sendiri time drive. Bukan hon slow, ni hon bajet2 nak amarah. Lepas tu balik kecoh2 sape la menghonkan beliau.memula kami semua pelik2 gak..fem la sangat Mokcik Ha ni asek orang hon aja.Rupanya dia yang terhon diri sendiri. Boley???

6) Beliau mendapat lesen kereta lepas 6tahun kawen. So sebelum2 tu, beliau ke tempat kerja nek basikal di temerloh atau naik moto Honda secara haram di Besut

7) Owh,sangat pen-cinta petai. Orang makan nasik berulam petai. Nda ada! Beliau makan petai berulam nasi.Tak main sepapan dua ni...satu ikat trus untok satu pinggan nasi.

8) Jua sangat suka air soya. Di jaman kegemilangam-peminuman-air-soya-beliau, setiap hari purata 2kg air soya akan diminum. Tanpa kongsi!!! tapi tu dulu...

9) Suka menyanyi di dapur sebab itulah dapat suami tua..hahaha amponnnn!!!! besa lagu2 beliau akan alunkan lagu2 klasik dan  lulabi  kanak2

10) Dulu jaman muda2 sangat suka Chow Yuan Fatt choiii!!!seb baik tak kenan. Sekarang sangat gila tengok cite korea sanggup bangun malam2 lepas seme orang tido pasang DVD nak tengok cite..walopon nda ada anak2 beliau bermuka cina maupon korea ...muka bangla bangli banyak hahahaha....

ini gambar Mokcik Ha bersama gewam beliau selama 30tahun Pok Di Dadoh


Selamat Hari Ibu untuk Ma..
bukan hari ini je...
tapi untuk setiap hari-hari Ma....
semoga Ma sentiasa selamat di dunia dan akhirat.
Lom sayang Ma....

tunggu lom balik membawa konco2 yang bakal menyepah-sepahkan umah ma awal bulan nam nanti :)

Tuesday, May 3, 2011

The Centre Of Earth

Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?

KENAPA BEGITU?

Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.

Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.

"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke Marikh, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.

Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya

Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa
 Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.

Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini..subhanallah
 



artikel pinjam dari http://mdm7781.blogspot.com/

Sunday, May 1, 2011

Kisah 1Mei

ape reaksi anda bila anak berumur 2tahun berkata...

"mama...Aneeq ekat uwet kat gigi yo.."
lekat duit???kat gigi???
mane budak Aneeq tu ada gigi
duit ape pulak ni???




 gambar kat JJ Balakong semalam. padan muka,jalan tak hengat ade anak kecik..dari Giant Batu Caves,Tesco Ampang, JJ Balakong, Mines dgn Alamanda.konon cuti2 Malaysia..barang tak beli mana, dapat naik panas badan anak je















tak tau sama ada nak ucap terima kasih ke nak marah kat si abang
sebab memang sah-sah duit syiling 10sen tu duit dia...
suka ngat nyuap adik...hadoiii!!!


nasib baik keluar duit tu lepas tonggengkan dia...tekan kat perut...
kus semangat..nak terbang rasa diri mase tengok Aneeq mata pejam,mulut berbuih gitu
abahnya kata anak nak muntah...kalau tak sebab Aliff yang bising2 pasal duit tu tak tau la

Friday, April 29, 2011


tetibe je kawaen sebok nak promosi same
meh la wei sesame sape2 yang berminat
program berakit di sungai pahang...
nanti awok2 singgah le kejap raub ye???
nanti kawaen blanje makan gulai asamrung dengan sambal itam
*sila baca dengan dialek raub..hahaha tetiba plak ngaku orang Raub




Thursday, April 28, 2011

Belia Mahir 1Malaysia

dengan segala bau2 minyak2 motor keta pede kat badan neh...tak pe..meh nak pomot benda yang tengah oden buat sekarang ni.yang buat oden peluh berpelai, busuk masam sgala...cair mekap ahoiii!!!

BELIA MAHIR 1MALAYSIA

what the name of the tiger tuuuu??? ape ke name rima kate orang kelantan
Program ni dibuat bagi memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat terutamanya golongan belia umor 16 - 40tahun untuk mengikuti kursus kemahiran secara modular di premis kelolaan Kementerian Belia dan Sukan yang berhampiran dengan tempat tinggal kumpulan sasar. wah..skema ayat ai...

syarat2 die???
warganegara malaysia je yer..kalo i/c ande kale merah ke unggu...mintak mahap yer..umo 15-40 tahun yang dah tak skolah dan tak de sijil kemahiran tak kira la dari IKM ke, IKBN ke Voka ke...dan sanggup menjalani latihan sambil kerja selama 6bulan berterusan. lau on off nehi nehi ye...

ape yang best dengan benda alah ni???
best la ngkau...keje dekat dengan ngomah, lepas tu dah abes 6 bulan ade sijil lak dari Kementerian Belia dan Sukan.dah le PERCUMA, weii...mane nak carikkk!!! sijil tu nanti leh  dijadikan bukti bagi memohon Sijil Kemahiran Malaysia melalui kaedah Program Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) yang mana melayakkan anda dapat sijil SKM Tahap 1 tau. lepas tu korang dapat bayaran elaun tiap2 bulan dari KBS RM300. ha??keje dekat dengan umah,dapat elaun lagi...beh kan beh kan???

camna nak ikut serta???
rajin2 la kenal pejabat-pejabat belia daerah tu..tanya-tanya mereka di sana.yang penting minat hokey???
KAMI INGIN MEMBANTU ANDA!!!!! ewahhh

kepada mereka2 yang ade kedai lak, leh jadik majikan tau...nanti korang akan dibayar elaun gak untuk mengajar belia2 ni.untuk keterangan lanjut jangan segan jangan tillu silu...carik pejabat belia daerah terdekat yerr..program siri pertama dah nak mula...yang kedua akan menyusul..nak tanya ai pon boleyyy

Tuesday, April 26, 2011

Jenis2 Skendel

*entry ini ditulis berpandukan hikayat merong hidup ai..tak de referen mana2..so kalau tak stuju ke pedehal,sila la komen2 tak pon wat bodo je ye...

1) Skendel S3 suka same suke
ni besa ngat la berlaku...kalo berlaku antara bujang sama bujang tada hal la kan,kecuali lau lelaki tu bujang lagi...opss!!! ni dop masuk bok kata ipar ai gitu...besa skendel S3 ni berlaku bila konon2 nak mencari daya penarik kat opes.ye,mula daya penarik..lepas tu tertarik..tup tup gatai _______ sila isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai. huar huar...jangan mencarut,kam sakit perot. ale, ai mase muda remuja pun gitu gop.konon cam fem la sgt kan, dah keje,dressing sket2,leset2 kaler kat muka pe, ramai pakwe pakwi ensen2 taf2 chit!! mula la lupa diri, fly fly ke marikh gitu...tapi seb baik la ex-pakwe cam geli lak guna pakwe hehehe ni sabarnye tinggi, hehehe...last2 jadik isteri jugeee...hehehe

2) Skendel Bertepuk Sbelah Tangan
ini kes sorang2 je la syok.ai minat yu..yu pedulik la kat lu!!! tapi kalo dah salu ke hulu ke hilir sesame, tambah plak si Altimet eh setan plak ade sama, lama2 cair gak kot. ini tengok tahap iman la. tapi kalo tengok cam keje ai sekarang ni...memang banyak masa boleh berdua, nak2 time buat program. konon2 bersikap terbuka la.takat nak bincang program ke apa tadahal bincang dalam bilik hotel.ai pakai tutup aurat la...pintu buka.memam la..memula kan kan??hahaha...gitula kekdahnya...ai angkut anak bini lau buat program yer...bia la tak save bajet mane pon...eh,ade bini ke???

3) Skendel Terpaksa Jua
ni salah sorang memam tak nak tak nak tak nak skendel..tp kalo sorang lagi tu berpangkat, berharta, berkuasa, berupaya dan banyak lagi la ber ber nya...orang yang ber ber tu justin bierber kah?? kadang cenderung guna superpower diorang tuk memaksa ke-skendel-an berlaku. tambah lak si berber ni jenis tak kesah ko laki orang ke,mak orang ke...haaa,sudah laaa...siap ugut bagai la. ngadu??kat sape???kita ni orang baru, kecik je pangkat eh...silap2 kam, kita yang kena,tak ke sakit ati??so pepandai la larik cam besa je..hehehe

apepong,tepuk dada tanyalah iman.lau rase iman tu setebal kertas A4 sila2 lah amik jalan mencegah.bak kata AADK mencegah lebih elok dari mengubati..ewahh!!!


Monday, April 25, 2011

Aneeq 6 Bulan

si kacak mama sudah nam bulan..hoyeehhh!!!


suntik lewat untuk 6bulan,kes nye puan misi salah tulis tarikh..ade ke die buat appointment bulan Jun nanti.yang si mama lak, dah tahu nam bulan kena cucuk tapi take for granted tarikh tu...seb seb baik akak ngasuh tegur.baby Ana dengan baby Marissa dah g cucuk 6bulan, baby Aneeq belum cucuk. trima kasih kak..prihatin anak saya...saya ni kalut,salu lupa2...dah tue...huhuuu


-Aneeq dah makan makanan solid..ayam/ikan+carrot/sawi/brocoli+bubur nasik blender 200ml setiap hari

-susu pun dah bertambah kuat nyusu...hmm..gayanya nnti kene top up dgn susu tin jugakla

-melajunya sudah agak laju..kam kejap2 kat dalam bilik,kat dapur,dan bawah langsir suka main lgsir pintu bimbang kena pijak je

-pandai turun katil kadang2 la..selalunye fail!!

-dah ade bunyi2 nak sebut2 nama orang...sebut mama dulu yaa???

-mudah senyum...sangat maneeessss ini budak idung mancung la sangat

-dah pandai sepah2 barang...kalau sampai kat paeti harta karun abang die..siap laa!!!

-kalau minta makanan, kaki dua2 akan celapak celepuk.lau dah dapat makanan sebelah je bercelapak celepuk..lambat dapat makanan???hoh...siren kuat wooo

-sangat suka main diaper...ape la....


budak ni kalau die menerap jauh2 lepas tu tgk orang sebok2 kat belah sana nak keluar ke makan ke apa, die punya malas nak nerap balik mula la bukak siren..suh angkat.konon2 nak jimat tenaga la tu!!!

Thursday, April 21, 2011

Ai Yem Single...




nak wat modal tukar status kat FB....boley???

ai kam bujang g....bujang tak bape nak senang..hehehe


sape2 yang berketan dengan LHDN sila la up date akaun ande ye....tarikh tutup sblm 30 April 2011 ni...ai kam bujang...so nak ajak pakwe ai yang comei tu la pergi sane....


*ni krani abang punya pasal la tak pepasal kene g LHDN kemas kini sgala.kita ni bukannya layak dicukai ape2 lagi bang ehhh....


Wednesday, April 20, 2011

Nota Tah Hape2

nota ini untuk diri sendiri juga
mengingati bila mana melebihi orang lain
ingatlah,hanya kebaikan yang membezakan anda
maaf tidak becakap hal dosa pahala ya
bukan pangkat anda..bukan harta anda
tak kira anda pegawai pertama di daerah
mahupun anda seorang pengarah
ketua ketua pengarah KSU TKSU bla bla...
apabila anda menyakitkan hati seseorang
menggunakan kuasa konon nak nampak anda cool
konon nanti orang akan lebih menghormati
sila fikir sekali lagi...

orang yang disakiti..hatinya terguris
doanya lebih pasti :)

Tuesday, April 12, 2011

Aneeq 6bulan

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...



syukur ya ALLAH kerana dengan izin MU maka tercapai juga tekad pertama hari tu. iyer..tekad nak nyusu-berdada-kan si kecik-kacak-bermate-sipit Aneeq. dalam ragu-ragu, dalam taku-takut, dalam tak yakin berjaya juga 6bulan. walopon bukan *EKSKLUSIF tp alhamdulillah. rasanya lagi sukar nak bermula bila anak dah kedua dari bermula terus dengan anak yang pertama. sebab stigma susu tin yang-kurang-lebih-gula :) mudah dan tak cerewet. dengan sokongan incik kanda yang on off macam bateri henpon CSL tu hahaha tp ai tetap syukur. ini nak mancuba untuk target kedua. menyusu-dadakan sampai SETAHUN



susu dah agak kurang, rajin mama Aneeq memerah pun same kurang..aduhai...moga2 niat ni diredhai ALLAH..amin!!!



*kadang ade orang terlalu angungkan ke-ekslusifan die menyusu-dadakan anak.nada pun macam bagussss saja. suka dengan Puan Farhan die tak de paksa2,cara die lembut je menyokong kita. tolong la..mmg la susu ibu terbaik, tp jangan la men-down kan kami ibu2 yang tak SEHEBAT anda ni.

Kepala Baru

hehehe...terima kaseyyyyy untok cik missi sebab tulun buatkan kepala baru ni.dah lame dia janji..akhirnya,nak tungu ahkak die godek2 komputer buat...alahaiiiii...masa itu emas, dan emas banyak di kedai emas bukan di rumah kami.hahaha...tah hape2...nnti tolong2 lagik ek...nak tukar tulisan same, style pun tukar sket2 tau. lom nak ala2 urban gitu..wakakaka...sogehhhh!!! ai kam kakak kesayam-ngam yuuu nak renovate rumah belum kecapaian lagik..reno umah ni pon jadik laaaa..... *doakan kami berjaya....

Trans-Egg-Usual

ha...jangan memain..sekarang telur pun dah palsu, ingatkan pasal telur ni memain je...macam still dalam penghasilan ke ape kan?? sbb baru je baca artikel ke brita pasal telurpalsu ni, tapi kat negara China nuh la, tup tup..eh eh..dah ade...so kena berheart-heart la eh???
lagi lau nak kenal telur pelesu ni, die tak de bau tau.ale,tak hanyir la kan?? dan lagi satu die tak de ape orang panggil eh, yang cam pusat die tu.ale..kan kalo pecahkan telur akan ade cam lendir2 berketul2 sket tu..haaa...tak de benda tu. lagi dua ke dah lagi tiga??? kulit die licin halus mulus jer..kira pakai produk penjagaan kulit la kot ayam ni SK2 kah??? jadi kulit telur tak bergerutu dengan kesan2 parut jerawat dan noda2 hitam serta jeragat2 sgala.

*ade budak opes ni mereng..suh cek same 'telur' bakal suami..kot2 palsu..hahaha

Monday, April 11, 2011

Anak Sape Niee??

dalam kereta...otw nak pergi beli nasik pagi
tingkap terbuka...angin sepoi-sepoi berbudi bahasa

"eeeeeeewwwwiiiittt!!!!!!!!!!!!!!!!!!!ewe tuyyyy....nok gi koloh keeeeeee???"
peeewwiiitttt!!!!gewe tu,nok g skoloh ke?

Aliff menyuwit budak pompuan nak g tadika tepi jalan
Kussssss semangat...bederau darah
Balik karang siap sedia la soal siasat...
Cikgu Azizi!!!!!!!!!!!!!!