Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Saturday, March 7, 2015

Bercuti Di Kondominium Peranginan TNB Port Dickson 3



Sambung entry bercuti lagi. Heee..jarang kami dapat ramai-ramai gini, seronok sangat. Inipun banyak gambar tak masuk lagi. Seronok...



Ini Ma saya, staff TNB senior. Tak silap 35tahun kot berkhidmat dengan TNB. Sebelah tu Cikgu Besar dari Cameron Highland. Sorang ni suara memetir betul, tu lekat nama Guru Besar tu hahaha.. Yang dua orang budak kecik tu anak dia. Hak sorang lagi tu Aliff..



Adik ketiga dan keempat ai. Sorang cikgu sorang misi. Bersama anak-anak. Cover dengan anak belaka nih, padahal lepas tangkap gambar serah anak kat suami memasing dan men-dugong belaka...



Lepas acara di kolam ke pantai la pulak. Nampak tak? Dekat sangat. Ada pintu kecik untuk penginap ke pantai. Pondok kecik tu tempat bakal kami ber-BBQ petang nanti.




Sempat la layan pasir pantai kejap. Pantai kat sini macam tak bersih sangat. Sebab anak adik yang lokek kulit tu lepas tu naik biji-biji kulit dia. Ni sesi nak mengalih pandangan si Kasyah je. Sebab mak pak ada agenda lain.





Ini ha agendanya...lama dah nak merasa naik Bot Pisang ni. Rezeki pemandu ni. Kami kan ramai, jadi naik sampai 3pusingan nak bagi semua merasa. Itupun En Duta TNB kata Bot Pisang ni tak trill mana, sebab bot yang tarik satu enjin je. Kalau dua enjin lagi best nanti bot tu melayang-layang lawan ombak. Hoishh...tak payah la.



Ini pusingan ketiga bersama Bot Pisang. Pusingan yang dikira lebih extreme. Gambar tu diorang kena baling dalam laut. Bagus pemandu ni boleh kawtim. Siap adik boleh minta nak jauh mana, laju gitu gini... Dia amik satu kepala Bot Pisang ni RM10. Ada bot lain tu letak harga RM20-RM25. Kena pandai mencari dan tawar menawar. Bila kami dah naik ualng-ulang tu, encik pemandu tu kira lumpsum je, siap  bagi diskaun. Yela, sepagi je mau cecah RM500 dia dapat. Rezeki encik yang pemurah...




Tah apa nama benda ni tah. Benda ni memang laju, melayang-layang. Naik berempat. Yang duduk menghadap sana tu daya tarikan kurang sikit tapi mata pedih lebih la sebab air laut tepercik dari enjin bot tu. Adik ai dengan Ngah duduk menghadap sini. Adik ai kata anak tudung siap tercabut, tangan pun sakit-sakit lenguh menahan dari jatuh. Tu pon En Duta dah pesan kat pemandu bot, jangan laju sangat, sebab semua perempuan. Benda alah ni RM20/sorang. Adik yang laki pun ada naik, siap tergolek-golek menahan diri dari jatuh, turun tu cakap rasa ank muntah, macam mabuk. Hahaha...




Edisi petangnya pulak. Sebelum main bakar-bakar. Ambil gambar secara paksa. Tak masuk semua lagi ni, tah sape tah yang tangkap ai lupa dah.




Ada ayam. sotong, sosej dan jagung Cameron. Ai siap buat coleslaw untuk makan. Sedap ber-BBQ dekat pantai gini. Masa ni dah ramai orang. Kolam pun dah penuh dengan pengunjung. Kami
dah tak heran dengan kolam. Mana tak, dari petang Rabu lagi berendam membawa ke pagi sampai tengahari Khamis. Lepas habis aktiviti pantai masuk balik dalam kolam. Nasib baik cafe tu tak buka, kalau tak memang tak naik bilik dah kot.




Kek tu untuk meraikan En Duta TNB dan Ngah sempena hari ulangtahun perkahwinan mereka dan hari lahir Ngah. Memasing sibuk makan yang bakar-bakar dulu. Kek letak tepi. Meja tu AJK Tugas Khas cilok dari tepi kolam, tapi lepas tu hantar balik. Cuaca baik sangat hari tu, redup je. Kami mula membakar pukul 4.30petang. Lama betul tak berkelah gini ramai-ramai...

Nak guna tempat ni kene tempah dulu masa nak check in tu. Ada tiga tempat, satu besar dan ada tempat duduk kerusi meja bagai, betul tepi kolam mandi tu. Dan dua jenis macam kami ni, gazebo dan hampir dengan pantai. Masa tempah tu dah ada orang ambil yang besar, tapi memang tak berapa berkenan yang besar tu sebab tepi kolam. Bahaya untuk budak-budak. Itupun Aneeq dah hilang diam-diam masuk kolam sendiri.

Tempat BBQ ni seeloknya tempah awal. Cakap masa pendaftaran tu bila nak membakar nanti diorang akan letak nama kita kat tempat tong bakar tu. Siap dengan kipas penyepit dan fire starter lagi orang tu bagi. Terima kasih encik BBQ lelaki india tak sempat tanya nama Sebab banyak bantu kami hari tu.



Sebelum balik bergambar kat basement dulu. Dari kiri tepi adik ai yang tingkatan 3 Amer, adik ipar terbaru dari Melaka si AJK Tugas Khas, adik ai dari Poslaju, En Duta TNB, adik bongsu perempuan dari PALAM dan incik Abah. Depan tu Su Dam, adik bongsu ai. Dah lama tak beramai-ramai dan membongok bersama-sama. Semoga semua panjang umur semua dan dapat ber-gathering lagi lain kali...

Wednesday, March 4, 2015

Bercuti Di Kondominium Peranginan TNB Port Dickson 2



Okey, tamat sesi meperkenalkan tempat penginapan sepanjang bercuti, kita masuk ke sesi kedua..sesi meng-kolam-mandi-kan diri. Satu entry khas bab meng-kolam-mandi je. Wahhh...selamat entry ai hahahaa...

Masa ni la nak merasa konon-konon model majalah Mangga hahaha.. Sebenarnya lepas je check in geng bapak sedara dan anak-anak sedara dah tak boleh nak tunggu masuk kolam dah. Memang pesen orang tak ada kolam kat rumah gini laaaa...  Selagi tak check out moh ler kita berendam!!!!




Peraturan menggunakan kolam renang. Peraturan ada yang karut sikit, tapi boleh di-ignore-kan je. Ada ke tak boleh pakai tudung kalau nak mandi kolam. Sebab nanti terbelit lemas. Apakah?? Ingat pakai tudung jenis macam Hana Tajima apa kot yang nak mandi dalam kolam ni.




Ini satu lagi papan tanda. Kami buat tak tau je. Nak masuk air berbaju putih, aduhaiiii... Lagipun kat sini tak ada pengawal yang bertugas. Atas tanggungjawab memasing, jadi buat dek jela.



Ni aktiviti kami petang Rabu tu. Ma dah masuk siap-siap, semangat nak teman cucu mandi.. konon. Tengok, tak ramai orang pon kan? Sangat surgaweeee... Nampak tak belakang tu ada tanda Gazebo Cafe, haa..tu tempat makan-makan kat sini. Kolam ni terbahagi dua bahagian. Sebelah sini untuk budak-budak, dalam air 2.5kaki je. Ada gelongsor dan cendawan hujan. Tak ada la banyak sangat benda tapi untuk budak-budak seronok je. Yang bapak budak pon ada sama je naik.




Up sekeping lagi gambar dengan model Gazebo Cafe. Ini Ngah my SIL. Nampak je comel comam, isteri En Duta TNB ke PD, si Hafiz ni hahaha... Masa kami datang ni cafe tak buka. Mungkin sebab cuti CNY kot. Ikut kata duta la sangat tu, harga makanan kat sini boleh tahan murah. Macam harga makanan kat luar je. Bukan ikut rate harga hotel la. Kalau nak room service pon boleh, tambah RM5 sekali penghantaran. 



Tepek gambar adik bongsu ai yang selalu orang salah anggap ingat anak sulung ai. Chehhh.. Sebab umur dia dengan Aliff jarak dua tahun je. Jarak umur Adam dengan ai memang jauh. macam mak dengan anak la..tapi sekali lagi, cheh!!! Hahaha




Bilik persalinan merangkap tandas. Bersih dan selesa. Ni gambar mandi kolam besok hari pulak. Pepagi lepas sarap berbondong kami turun reramai ke kolam. Meng-conquer umpama kondo ini bapak kami yang punya wahahahahaha...




Tengok, ada orang lain? Kami-kami je. Har har har... bahagia sangat. Terutama yang dah pegang title mak-mak dan nenek orang. Korum dah cukup sebab yang dekat-dekat datang lepas waktu kerja. Rabu malam tu dah penuh kondo.





Belakang tu bilik-bilik kondo. Nasib baik tak ada orang lagi walaupun dah pagi Khamis. Duta kami kata, kemungkinan orang akan check in petang nanti. Kalau dah penuh orang mesti diorang terjenguk-jenguk ikut  beranda, lepas tu komplen "Orang kampung manalah yang selok sangat ni?" Malulah kami. Cheh...



Ini Tuan dan Mem Besar berehat. Dah nak tengahari waktu ni. Tak larat dah diorang. Tuan Besar siap buat kelas berenang lagi, tapi sayem, anak perempuannya semua jenis dugong, konon je berenang hehehe Ai kat sebelah dalam usaha nak men-tidur-kan Akasyah. Menangis-nangis tak nak naik dari kolam, bibir dah biru.



Belanja gambar Duta TNB kami hehehe... En Hafiz dan isteri bersama Akasyah yang bajet model. Belakang yang bersama dolpin tu salah seorang geng dugong hahaha... adik ai yang ke empat, staff TNB juga.

Monday, March 2, 2015

Bercuti Di Kondominium Peranginan TNB Port Dickson 1




Sebenarnya jeles tengok keluarga adik ipar selalu je gathering, macam best je. Merancanglah kami adik-beradik nak buat 'family gathering' dari tahun lepas membawa ke tahun ni, Nak tarikh yang in dengan semua orang memang payah. Yang cikgu dengan masalah cikgu, yang kerja shift, bebudak sekolah lagi, belum dengan hal-hal peribadi itu ini. Alhamdulillah dalam kekecohan itu ini selamat juga kami ber-gathering buat pertama kalinya. Weeehuuuu...

Maka dengan ini juga, akan menjadi stok untuk entry dan yang pasti sangat lah entry ini bersambung-sambung dan sambung hehehe...




Usaha adik ai mem-booking kurang berjaya walaupun dia dah book tempat ni sebulan lebih awal . Bak kata Duta TNB ke Kondo PD En. Hafiz, kalau nak tempah tempat ni musim cuti-cuti sekolah memang payah sangat. Dia siap buat rayuan apa dah, tak dapat jugak. Syukurlah atas ke-senior-an Ma sebagai pekerja TNB maka permohonan diluluskan walaupun Ma mohon agak lewat, hee..bagus TNB ni, menghormati orang tua heee...

Kami bertolak dari Raub pada 18/2/2015. Ai cuti Rabu tu sebab nak samakan jadual dengan cuti Cikgu. Sekolah kan dah cuti dari hari Rabu lagi. Alhamdulillah, memang tepat keputusan ai bercuti tu. Sebab Ma book kondo pon dari 18-20 Februari 2015. Kalau ai tak cuti, dah rugi sehari hari nak berjimba-jimba.

Kondo Peranginan TNB ni terletak tak jauh dari Politeknik PD. Keluar dari Tol PD ke belah kiri, ikut papan tanda ke Teluk Kemang. Kira kalau dah nampak Poli PD boleh dah perlahankan kenderaan dan tengok papan tanda Thistle belah kanan. Kondo ni belah belakang dari Thistle tu.



Tempat pendaftaran...tak ala-ala kondo mana pon khennn... Macam hotel murahan sahajo heee... Model dalam gambar, adik kedua bongsu ai, Ayeh dan Kasyah.





Lobi. Biasa dan sederhana je, tapi ai suka, rasa macam rumah-rumah je. Eh, dah kata kondo bukan hotel kan? Kondo ni waktu check in dia 3.00petang, check out pula pukul 12.00tengahari. Kondo ni 6tingkat kalau tak salah. Lobi di tingkat 1. Tingkat bawah parking lot dan kolam mandi.




Kawasan lif. Kami di Tingkat Lima. Masa ni tak ramai mana orang. Sunyi lagi. Mood cuti baru nak mula kan??




Kondo eh dari depan. Cantik kan?? Macam rumah orang kaya kaya gitu. Boleh la buat verangan kejap heee...



Pandang bawah pulak. Kat depan tu ada gelanggang tenis tak silap. Kat sini disediakan banyak permainan macam futsal, snooker, bola tampar, ping pong apa lagi, kena bayar la sikit sewa. Adik-adik sempat main ping pong. Geng lelaki la buat perlawaanan persahabatan. Lepas tu lawan lumba motor kat arked kena tukar token je, masuk percuma  Suara diorang pepalih kuat. Dari tingkat 5 boleh dengar diorang terjerit-jerit.

Ingat nak adakan pertandingan karaoke. RM15/jam kalau sewa kat sini. Kira nak lawan balik kes tak puas hati masa kecik dulu dvd player rumah dulu ada fungsi karok dan sistem markah sekali Yang menang adik ai si Hafiz tu, padahal nyanyian paling out, lagu pulak ABC, bapok hampeh. Mesin tu bagi 95markah, memang bingung mesin tu. Tapi sayang, tak dapat nak sewa, staff kata rosak dari tahun lepas tak dibaiki lagi.




Ok, ini dalaman rumah. Ruang tamu kondo ai ambil dari arah pintu gelongsor. Model yang hensem tu incik Abah. Masa ai sebok amik gambar Abah dah tanya, pelik kot sebab korum tak cukup lagi masa ni  tapi ai dah sibuk amik gambar sana sini. Kata nak masuk blog, terus beliau pesan "Hah, jangan nok masuk dalam intenet-intenet, kang orang edit gamba abah" Har har har..harus gelak dengar statement beliau.

Ruang tamu sangat luas. Ini keadaan sebelum mendapat sentuhan mak-mak. Elok teratur je. Pintu yang belakang meja makan tu tandas. Sebelah dia bilik tidur kedua. Dari situ ada macam laluan ke bilik ketiga dan ke tempat sidai kain. 



Ini ruang tamu dari pintu hadapan. Nampak kan keluasan kondo ni. Selepas di alih kedudukan kerusi meja apa, ramai-ramai tidur bergolek depan tu ha. Malam sejuk kat sini. Buka je pintu gelonsor dengan pintu depan, angin menderu masuk. Tepi pantai pulak, lagi la... 

Kami bawa toto dengan tilam angin. Tambahan untuk tempat tidur. Kalau dibaca arahan kat dinding tepi tu, tak boleh bawak tilam apa. Alahai..nak buat camna, kami ramai. Nak sewa dua kondo tak lepas. Maksimun penghuni kat sini 12orang dalam satu-satu amsa. Alhamdulillah, staff sini bertimbang rasa sangat. Dia cuma kira orang dewasa sahaja, kanak-kanak bawah 12tahun tak dikira. Jadi kami cuma lebih 5orang dan bayaran yang dikenakan sangat berpatutan. lupa berapa tapi tak sampai seratus pon



Dapurnya kecik comel je. Bila sekali ramai chef masuk, pakat terlanggar bontot. Best jugak dapur konsep terbuka gini. Asal ada je  orang kat dapur tu, kita boleh terus nampak. Istilah nak makan curi-curi memang tak ada la kalau dapur jenis gini. Dari elok nak makan sorang-sorang dah kena buat satu kawah terus.

Dapur sini siap ada peti ais satu pintu, mikcowave dan electric kettle. Benda lain yang ada kat atas tu, benda haram heee.. Periuk nasi dan camping stove tu Ma bawa dari rumah. Kami pakat-pakat bawa makanan sikit sorang. Ai bawa sambal bilis, adik-adik ai ada bawa laksa dan kari ayam. Ma siap ada ayam goreng, kari dan rempah ratus nak masak. Belakang periuk nasi tu ada tanda amaran Dilarang Memasak. Tapi yang terlarang itulah godaan hehehe. Luar tingkap dapur tu ada kawasan khas untuk sidai-sidai kain. Ai veri the laik. Tak adala bersusun baju kat tepi tepi beranda macam rumah kongsi...



Ini la Master Bedroom atau Bilik Tidur Utama.Luas. Katil Kelamin Queen, bilik air sendiri dan ada penghawa dingin.  Bilik Utama ni ada pintu sliding yang membawa ke beranda yang dikongsi dengan beranda ruang tamu. Ini pon sebelum ubahsuai. Selepas di ubahsuai, tilam tu diturunkan maka akan menjadi katil yang luas untuk dikongsi tidur beramai-ramai.




Ini beranda...Ambil gambar dari dalam je. Sebab masa ni matahari terik sangat lagi. Panas membahang. Dah la tepi pantai. Beranda ni la yang bersambung ke bilik tidur utama. Luas dan besar. Tambahan tempat menyidai pakaian kami..heee Dari sini nampak laut tau, tapi pemandangan tak lawa,so tak ambil gambar.




Ini bilik Cikgu Besar aka adik kedua ai Nor. Itu panggilan manja je, sebab dia ni garang melampau jangan marah Nor Ini bilik kedua. Agak luas tapi tak ada bilik air la. Bilik air kongsi kat luar bilik. Bilik ni tak di makeover, sebab anak-anak dia baik, tidur tak ada istilah terjun tiruk hahahaha...




Bilik ketiga ada dua katil bujang. Aliff tengah tolong ai ubahsuai. Dia pon dah tahu, asal ke hotel je mesti nak kena ubah letak duduk perabot. Bahaya weh, budak-budak tengah melasak.. Setiap bilik ada penghawa dingin, meja solek dan almari. Memang selesa. 

Dua bilik ni dalam 10' x 12' luas dia.Bilik air biasa-biasa je. Tandas duduk, singki dan pancuran hujan. Luas bilik air dalam 6' x 8' kalau tak silap. Ai duk kira luas berpandukan tiles yang ada. Lepas tu lupa...huuu..padahal kira satu rumah dah ari tu. Gigih sangat kan??

Tips untuk yang datang beramai-ramai
*Bawak toto untuk tambahan tempat tidur kalau anda ramai. Kalau tak guna sebagai tilam pun boleh guna sebagai selimut. Sejuttttt...

**Bawak tuala lebih sebab satu bilik cuma diberi dua helai tuala bilik warna putih dan dua helai tuala kolam belang putih biru Jadi satu rumah cuma ada 12helai tuala. Untuk kami hari tu cuma dapat 4helai je tuala kolam

***Jangan lupa ubat nyamuk. Walaupun agak tinggi, nyamuk tetap ada. Adik-adik pepagi je menggaru. Kalau dalam bilik berhawa dingin memang tak ada, kat luar.

****Kain buruk yang bukan buruk eshhh...maksud ai kain untuk lap kaki. Kondo cuma bagi dua je, depan bilik air. Dengan budak-budak ramai, keluar masuk kolam lagi, mandi apa, lantai licin je

*****Bawa hanger tambahan. Sini memang ada tempat sidai baju, tapi hanger sikit. Lupa bawak?? Sila cilok kat bahagian house keeping hahahaha.. kene marah tak tahu ye??? ini tugas adik ipar ai si AJK Tugas Khas